Saturday 6 August 2011

Ramadhan Kareem...

Puasa baru saja beberapa hari berlalu.. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat  Menyambut Ramadhan.. Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah.Kerana aku masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini...Bayangkan kalau kita tak sempat nak jumpa Ramadhan kali ni... Huhu.. Tak terbayangkan..????
So,rebutlah peluang ini sementara kita masih ada waktu...



Kalau kita tengok balik pada sejarah kita.. Sejarah Nabi Muhammad.. Pada bulan Ramadhan nie laa terjadinya perang Badar Al-Kubra... Time nie,hanya ada 313 orang tentera Islam sahaja yang berdepan dengan 1000 orang tentera  kafir Quraisy yang lengkap bersenjata...  313 vs 1000... Kalau kita tengok pada nisbahnya,memang Islam takkan menanglah punyer... Tapi akhirnya Islam pun menang...



Tengok....!!! Umat Islam zaman dulu, time puasa diorang boleh jer berperang.. Siap menang lagi...
Kita??? Nak study pun dah tak berdaya.. Kenapa mesti merungut... ???

‘Puasalah... Letih... Tak nak study r...’

Padahal kalau nak dibandingkan perang dan study,yang mana lagi payah....??? Orang zaman dulu boleh jer bejihad...
Kita??? Apa jihad kita??? Jihad melawan hawa nafsu..??? Bazar yang penuh dengan makanan... Pandangan mata yang tak terjaga... Masa yang banyak dihabiskan dengan tidur... Borak-borak kosong laki dan perempuan ...  Kalau nak dilistkan semua memang r  banyak..Tapi,semua tu,mampu ker kita nak lawan...??? Insya Allah... kita usaha dulu... Kalau tak usaha,camne nak lawan kan???

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Semoga Ramadhan kali ini menjadi madrasah tarbiyah untuk kita semua.. Coz

“Ramadhan nie bukan hanya tahan lapar saja... Ramadhan nie lah untuk bersihkan roh... Kembali ke fitrah... Bersih dan suci...”

All da best semua !!!!
Fighting !!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....