Thursday 31 March 2011

Pilih u???

Bler result SPM kuar..Soalan yang paling dibenci bdop lepasan SPM ialah : result camne? lepas nie nak pilih couse ape?u mana?

So…Lepas nie nak kena pilih course dan universiti r…


Bagi aku,nak pilih course dan u nie bukanlah macam pilih baju apa yang kita nak pakai…Bukanlah macam pilih kasut apa yang kita nak pakai ..Tapi ia macam nak pilih bini/laki..Salah pilih,meranalah hidup…..

Oleh itu,sebelum nak buat pilihan,fikirlah molek-molek…

Kawan aku pernah kata, yang ayah dia kata, yang kalau kita nak pilih course,tengoklah dulu apa cita-cita kita…Kalau nak jadi doctor,tapi pilih course senibina..InsyaAllah,cita-cita tu takkan pernah tercapai…

Tapi…orang kata…Utamakan minat & kebolehan kita dahulu…Barulah kita bley berjaya coz minat tu ada…

Bagi aku,minat boleh dipupuk…Asalkan kita berusaha semaksima yang kita boleh…Untuk itu,paksa diri..Jangan manjakan diri….Kita boleh lakukannya….

Pikir pasal result SPM yang tak seberapa???
Kakak aku pernah bagitau yang success is not being better than someone else, but success is becoming better than you were yesterday…

Apapun yang orang kata…

Pilihan mesti dibuat…Kita tak bley nak lari…Hadapi dgn tenang…Mintak petunjuk dariNya..Jangan pening-pening..Relax…..

Yup..Pilihan nielah yang bakal tentukan siapa kita pada hari esok…Apa yang bakal kita jadi 3/4/5/6 tahun nanti..Jadi,jangan salah buat pilihan….Pikir betul-betul…

So..kawan-kawan…Selamat buat keputusan korang…..Belum cuba belum tau..Acu try test…. :D

Jodoh..Camne nak cari ek??



Ha….Siapa kata yang jodoh nie kaum adam saje yang boleh cari…Kaum hawa pun boleh laa…Tapi mesti berusaha dan kena caranya la…Bagaimana????Ermm…..

1.Kita mestilah jadi  wanita solehah  yang menjadi idaman para lelaki...Apabila  sesuai masanya dan tepat orangnya,maka bersedialah  untuk dipinang dengan jalan yang betul….

2.Mintalah ibu,bapa, abang atau saudara mara kita tolong mencarikan jodoh itu...

3.Kawal diri kita supaya tak gedik,mudah menyerah dan ,mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya senang dimiliki oleh lelaki yang tak elok akhlaknya….

4.Sekiranya terpikat kat agama dan akhlak seseorang lelaki ,kitalah yang mulakannya dahulu tapi dengan cara yang betul..Gunalah orang tengah yang soleh  untuk menyampaikan hasrat itu ..

Diharapkan kita semua dapat apa yang dihajati… :D Struggle for it...


Untuk seorang  sahabat...Aku cadangkan dia pilih cara nombor 4...Chaiyok..Chaiyok...




#Rujukan:Denyut Kasih Medik oleh Dr. Farhan Hadi



Wednesday 30 March 2011

Kenapa aku nak jadi doktor???



Aku tak tahu kenapa aku nak jadi doktor…Bler aku tanya kakak aku kenapa dia nak jadi doktor,dia cakap tak tahu..Dia cakap,dia dah ada dalam bidang tu….Macam orang menyesal jer kan…???
Tapi bler mak aku tanya kenapa aku nak jadi doctor,aku jawab :

“Nisbah seorang doktor ngan pesakit ialah 1:1000..Sebab apa jadi gitu?Sebab ramai tak nak jadi doctor,so,kak chik just nak ramaikan doctor supaya nisbah tu kurang r cket..So,tak r doctor sibuk memanjang rawat  pesakit-pesakit diaorang yang ramai sampai tak tengok langit..Sampai tak tahu siang ke malam....”

Tapi hakikatnya…
Aku nak jadi doktor kerana………..
Erm..aku tak dapat nak merungkaikan perasaan tu dalam kata-kata…
So,aku bagi penghormatan kepada my sis untuk merungkaikan segala persoalan itu…

p/s: rsenye matlamt kita sama..so tlglah…please….




Sahabatku

Orang kata, sahabat terbaik adalah yang selalu bersama kita ketika suka & duka…

Tapi bagi aku,sahabat terbaik adalah yang bersama aku ketika suka sahaja…

Korang semua adalah sahabat terbaik aku…

Korang membuatkan saat dukaku menjadi suka…

 Dalam hidupku,tiada istilah duka kerana adanya kamu semua dalam hidup aku..

Terima kasih kerana menjadi sahabat-sahabat terbaikku selama ini…

 Kita study sama-sama…

Kita pekse sama-sama…

Kita ambik result sama-sama…

Kita outing sama-sama…

Semua kita lakukan bersama-sama…

Kenangan bersama korang adalah kenangan terindah dalam hidupku…

Walaupun selepas ni kita akan terpisah beribu batu jauh jaraknya…

Aku harap kita takkan pernah berpisah dihati masing-masing…

Friends forever…

Keep in touch…











Monday 28 March 2011

Addmath ak B+........



Addmath aku B+….Huhuhu..Betapa kecewanya aku…Bler addmath aku B+,ia sedikit membataskan aku untuk isi borang tajaan…Petronas,JPA,Mara & banyak lagi …Semua nak addmath sekurang-kurangnya A-….Dan aku???Hanya cukup sekadar B+….

Tapi takpe…Aku redha..Aku kena sabar….Kerana….:

“Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Surah al-Baqarah ayat 286

Dan aku yakin bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya….Hanya Tuhan sahaja yang tahu…..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagimu,Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Surah al-Baqarah ayat 216

Yup..!!!Semua dah dijelaskan dalam Al-Quran…Aku kena kuat & sabar jer untuk hadapi semua ini….Aku boleh!!!Dan jangan menyerah kalah..!!!


GOOD LUCK & CHAIYOK,CHAIYOK…………..!!!!!!

Thursday 24 March 2011

Hijrah


Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


Bait2 nasyid diats mmg best bler kite dgr.Tp lagi best kalo kite hayati..Hayati bkn shj bermaksud kite just bce,tp kite rase kat hati kite....(korang sentuhlah kat hati korang..ley tak rase?? :P)

Result..!!!! Menyesalkah aku???



Hari yg dinanti-nantikan pun dtg jua..Hari kuarnye result SPM..Alhamdulillah..Result aku okay r..Nk bangga pun tak ley..Nak cdey pun tak ley gak..Cukup2 makan laa...Aku terima aje result aku..Aku dah lame redha...Menyesal???Korang menyesal ker dgn result korang??Menyesal pun dah tak gune..Bende dah lepas..Tapi kalau korang seme dah berusaha lbey,korang takkan menyesal..Korang akan redha jew coz itulah hasilnyer untuk seme penat lelah korang ...Yg bijk.Yg cerdik.Seme same.Yang beza usaha shj...Kalo selame nie tyme orang lain seme tgh busy study,korang duk busy 'fb'ing,duk SMS makwe/pakwe,duk bce manga, camne korang nak dpt result gempaq2..??Fikirlah adakah korang dah lakukan yang TERBAIK selame ini??Tanye pd diri korang.Jawapannyer akan terjawab..Tapi ape2 pun,tahniahlah buat shbt2 yang berjaye..Buat shbt2 yg kurang berjaye,usaha lagi..Ade hikmahnyer disebalik seme ini..Korang kene igt,dlm kite berusaha,sedikit pencapaian lbey baik drp tiada langsung pencapaian..kalau dlm Englishnyer 'something is better than nothing'...Terhenti di persimpangan bukan bermakna dh tiada peluang...Simpang msh byk....Jgn berhenti separuh jln..Truskan perjalanan kte coz ianye msh jauh..So,skrg mst korang busy nk isi borang..Diharapkan pilihan yg dibuat itu tepat..Ianya utk mse dpn kite seme..Bkn mse lalu kte...Fikirkan mse dpn kite..Susah payah tu dh mmg adt..Jika niat ikhlas,insya Allah dipermudahkanNya.......



Sunday 20 March 2011

Berubahlah....



Kita baru form 4.SPM lambat lagi.Buat apa nak belajar awal-awal.Sekarangkan honeymoon year.Relax la…

Alahh….. Buat apa nak berubah..Buat apa nak jadi budak stok masjid..Hidup muda ni sekejap jer.Jomlah kita enjoy...

Berubahlah...

Takkanlah nak tunggu fail final exam form4 baru nak belajar...

Takkan nak tunggu malaikat maut datang `melawat’ baru nak berhenti mengumpat orang...

Kata ahli sufi sebagai metafora...

Allah sering mengingatkan manusia dengan ‘melontarkan’  batu-batu kecil.Tetapi jika peringatan itu diabaikan,Allah mula ‘melontarkan’ dengan batu-batu besar...

So,takkan nak tunggu gunung menghempap kita baru kita nak berubah...

Hidup ni cuma  sekali.Kita tak tau lagi lama mane kita hidup.Mungkin hari ni.Mungkin esok.Mungkin 10 tahun lagi....

Manusia hanya merancang.Tuhan yang menentukannya...

Masa muda,sanggupkah disia siakan???

Berubahlah walaupun payah...

No pain,no gain…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....