Wednesday 29 January 2014

Laut


Laut... 
Kadang-kadang sukar untuk diteka,
Tenangnya ia bisa membawa gembira,
Tenangnya ia tiada siapa menduga bisa membawa bahaya.




Begitu juga manusia,
Sukar untuk diteka apatah lagi dijangka,
Tenangnya bisa menggambar bahagia,
Tenangnya bisa juga menggambar sengsara.

Namun, mereka punya pilihan.
Merana atau bahagia?
Menyerah atau berusaha?
Membabi buta atau tawakal kepadaNya?




Thursday 2 January 2014

Report



lab report yang dah macam tesis
"Amboi.. Lama mandi?Dari aku masak air sampailah aku dah nak siap bancuh kopi pun kau tak siap lagi. Apa kes?"

Dia pandang Wani yang sedang kacau kopi. "Biasalah.. Manjakan diri. Dah dua hari mandi tak basah.. Lab report punya penangan...Tidur pun tak lena..”

“Tu la... Sekarang boleh relax-relax la kejap. Tapi...” Ayat Wani tergantung bagai tak bertali.

“Tapi what?” Mata Aini sedikit terbuntang. Masalah ke kalau dia nak relax kejap?

“Kita bukannya dah habis sem pun.  Baru habis kuliah dan hantar last lab reports. Final exam masih ada la...” Wani menyambung ayatnya yang tergantung tadi dengan senyuman sinisnya.

“Jangan ingatkan boleh tak?” Tiba-tiba dia rasa nak siram Wani dengan air kopi.

“Trauma. Trauma. Tahu tak?”Dia menambah lagi. Cukuplah lab report je yang buatkan dia tidur 2 jam sehari je. Sekarang dah nak kena fikir exam pulak? Aini geleng kepala. Lama-lama macam ni, dia boleh dapat darah tinggi la.

“Woiii. Realiti kena hadapi. Bukannya lari.”

“Ya, aku tahu. Perjalanan kita masih panjang. Jadi student ni hidup bukan hanya assignment semata-mata. Kita takkan lepas daripada test dan exam bagai tu...” Baju kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh di tepi tandas. Dia tuang pula sabun baju. Kemudian, butang start ditekannya.

“Tapi kau juga ada hak. Hak untuk menikmati hidup ini. Hak untuk gembira. Hak kepada diri sendiri lepas kau dah penat berusaha. Yang paling penting, hak kau kepada matlamat kau sendiri.” Dia panggung mukanya memandang Wani. Dia tayang sengih.

“Buat lab report  tak gembira ke?” Wani tanya Aini pula.

“Eh, kau gembira ke?” Aini tanya balik. Bukan dia tak tahu, orang buat lab report dengan tangan, tapi Wani buat dengan mulut.

Aini basuh tangannya di singki. “Assignment tu hanya alat untuk kita dapat ijazah tu. Untuk dapat ilmu tu. Macam cawan yang kau pegang tu jugak. Tu hanyalah alat untuk kau isi kopi kau. Hakikatnya, apa yang kau nak adalah kopi tu.”

Dia dah pun menyandar pada mesin basuh. Macam lama je nak sembang dengan Wani. “ Tapi kenapa kita selalu pilih mug yang cantik time beli tu?”

Wani angkat bahunya. Tak tahu dan terdiam dengan kata-kata Aini mungkin. Tu la, siapa suruh ajak Aini borak. Kan dah jadi melarat. Karang terus tak jadi nak belajar.

“Sebab cantik tu mahal dan mahal tu lambang kekayaan, eh?” Aini angkat kening pada Wani. A typical reason.

“Hakikatnya, kita biarkan keadaan sekeliling yang kawal kita. Bukan kita yang kawal keadaan. Macam hidup kita juga. Kita biarkan ijazah, pangkat dan harta tu kawal hidup kita. Kita kejar ijazah dan pangkat sampai lupa nak nikmati hidup ini. Kadang-kadang sampai lupa nak jalankan tanggungjawab kita sebaga hamba.  Padahal pangkat dan harta tu hanya alat untuk kita penuhi hidup kita dan ia bukannya matlamat kita. Sebab matlamat kita kat dunia ni adalah afterlife. Akhirat sana.” Aini sambung lagi. Ha. Kan dah kena. Sekali dia balas, rasa macam makan sambal yang sangat pedas. Sampai rasa nak nangis pun ada. Wahhai..

“Sebab tu, kalau kau dah penat berusaha dengan bersungguh-sungguhnya, kau kena rest dan tenang kejap. Untuk kau fikir balik kenapa kau buat benda tu. Betul ke tak niat kau. Jangan sampai kau buat sesuatu tu gempak giler, but in fact kau tak dapat apa-apa.”  Dia tatap muka Wani yang tengah teguk kopi. Sungguh, tu dia tak nak sangat benda tu berlaku.

“Jadi, apa-apa pun, live your life. Enjoy your life. Tapi kena ikut syariah la.... Dunia letak kat tangan, bukan dekat hati, sis.  Okay la weh.. Aku chow dulu la. Lepas solat, aku nak layan PMS kejap. Lepas tu aku study la balik.”

“Boleh pulak kau ya...”



#Hanya rekaan semata-mata... Perjuangan masih panjang. Suka atau tak, tetap kena tempuhi jua. Best of luck. doakan saya juga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....