Showing posts with label one pic one story. Show all posts
Showing posts with label one pic one story. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Report



lab report yang dah macam tesis
"Amboi.. Lama mandi?Dari aku masak air sampailah aku dah nak siap bancuh kopi pun kau tak siap lagi. Apa kes?"

Dia pandang Wani yang sedang kacau kopi. "Biasalah.. Manjakan diri. Dah dua hari mandi tak basah.. Lab report punya penangan...Tidur pun tak lena..”

“Tu la... Sekarang boleh relax-relax la kejap. Tapi...” Ayat Wani tergantung bagai tak bertali.

“Tapi what?” Mata Aini sedikit terbuntang. Masalah ke kalau dia nak relax kejap?

“Kita bukannya dah habis sem pun.  Baru habis kuliah dan hantar last lab reports. Final exam masih ada la...” Wani menyambung ayatnya yang tergantung tadi dengan senyuman sinisnya.

“Jangan ingatkan boleh tak?” Tiba-tiba dia rasa nak siram Wani dengan air kopi.

“Trauma. Trauma. Tahu tak?”Dia menambah lagi. Cukuplah lab report je yang buatkan dia tidur 2 jam sehari je. Sekarang dah nak kena fikir exam pulak? Aini geleng kepala. Lama-lama macam ni, dia boleh dapat darah tinggi la.

“Woiii. Realiti kena hadapi. Bukannya lari.”

“Ya, aku tahu. Perjalanan kita masih panjang. Jadi student ni hidup bukan hanya assignment semata-mata. Kita takkan lepas daripada test dan exam bagai tu...” Baju kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh di tepi tandas. Dia tuang pula sabun baju. Kemudian, butang start ditekannya.

“Tapi kau juga ada hak. Hak untuk menikmati hidup ini. Hak untuk gembira. Hak kepada diri sendiri lepas kau dah penat berusaha. Yang paling penting, hak kau kepada matlamat kau sendiri.” Dia panggung mukanya memandang Wani. Dia tayang sengih.

“Buat lab report  tak gembira ke?” Wani tanya Aini pula.

“Eh, kau gembira ke?” Aini tanya balik. Bukan dia tak tahu, orang buat lab report dengan tangan, tapi Wani buat dengan mulut.

Aini basuh tangannya di singki. “Assignment tu hanya alat untuk kita dapat ijazah tu. Untuk dapat ilmu tu. Macam cawan yang kau pegang tu jugak. Tu hanyalah alat untuk kau isi kopi kau. Hakikatnya, apa yang kau nak adalah kopi tu.”

Dia dah pun menyandar pada mesin basuh. Macam lama je nak sembang dengan Wani. “ Tapi kenapa kita selalu pilih mug yang cantik time beli tu?”

Wani angkat bahunya. Tak tahu dan terdiam dengan kata-kata Aini mungkin. Tu la, siapa suruh ajak Aini borak. Kan dah jadi melarat. Karang terus tak jadi nak belajar.

“Sebab cantik tu mahal dan mahal tu lambang kekayaan, eh?” Aini angkat kening pada Wani. A typical reason.

“Hakikatnya, kita biarkan keadaan sekeliling yang kawal kita. Bukan kita yang kawal keadaan. Macam hidup kita juga. Kita biarkan ijazah, pangkat dan harta tu kawal hidup kita. Kita kejar ijazah dan pangkat sampai lupa nak nikmati hidup ini. Kadang-kadang sampai lupa nak jalankan tanggungjawab kita sebaga hamba.  Padahal pangkat dan harta tu hanya alat untuk kita penuhi hidup kita dan ia bukannya matlamat kita. Sebab matlamat kita kat dunia ni adalah afterlife. Akhirat sana.” Aini sambung lagi. Ha. Kan dah kena. Sekali dia balas, rasa macam makan sambal yang sangat pedas. Sampai rasa nak nangis pun ada. Wahhai..

“Sebab tu, kalau kau dah penat berusaha dengan bersungguh-sungguhnya, kau kena rest dan tenang kejap. Untuk kau fikir balik kenapa kau buat benda tu. Betul ke tak niat kau. Jangan sampai kau buat sesuatu tu gempak giler, but in fact kau tak dapat apa-apa.”  Dia tatap muka Wani yang tengah teguk kopi. Sungguh, tu dia tak nak sangat benda tu berlaku.

“Jadi, apa-apa pun, live your life. Enjoy your life. Tapi kena ikut syariah la.... Dunia letak kat tangan, bukan dekat hati, sis.  Okay la weh.. Aku chow dulu la. Lepas solat, aku nak layan PMS kejap. Lepas tu aku study la balik.”

“Boleh pulak kau ya...”



#Hanya rekaan semata-mata... Perjuangan masih panjang. Suka atau tak, tetap kena tempuhi jua. Best of luck. doakan saya juga...

Sunday, 20 January 2013

Makan dengan timun




“Eh, korang bawa tak timun?”

“Nak buat apa?”

“Nak makan dengan ni la.”

“Makan dengan ni?”

“Orang kata makan ni boleh sebabkan kanser. So, bila ada timun, tak jadi la kanser tu.”

“Serius?”

“Iye…”

“Tak bawa la pulak.”


True fact…

Makanan BBQ macam ni atau pun sate biasanya dibakar dengan arang. Arang tu mengandungi karbon dan karbon itu boleh menyebabkan kanser.

Then, bila makanan tu dibakar, karbon tu juga akan pergi melekat dekat makanan kita. Biasanya,part yang hangus-hangus tu la tendency dia lagi tinggi.

So, untuk mengelakkan kanser, biasanya sate dihidangkan bersama timun.

Oleh kerana sate mengandungi unsur karsinogen, timun mengandungi unsur-unsur antikarsinogen yang boleh mengelakkan kanser.


Pengajarannya, apabila buat bbq, sediakan timun sekali..

So, Makan secara sedap @ makan secara sihat?
 Pilihan anda…
:)




Saturday, 19 January 2013

Langit itu teguh






Short conversation maybe…

“Nak tahu tak apa yang saya bayangkan saat ini?”

“Hmmm…”

“Saya harap saya dapat berlari sampai hujung sana, menggapai impian yang setinggi langit ni. Tapi itu tak semudah yang disangkakan.”

 “Well. Tinggi mana pun cita-cita kita, kita tak mampu capainya sorang-sorang. Kita tetap perlukan tempat sokongan untuk jadi tempat berpaut. Tempat bergantung saat arus datang menongkah. Kita bukan macam langit yang kat depan ni..”  

“ Langit ni?”

“….Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya. Luqman 31:10..”

 “Ya. Langit ni tetap teguh berdiri walau tanpa tiang sebagai tempat sokongan. Tetap kuat walau tanpa tempat bergantung..”

“Harapnya  awak akan tetap teguh berdiri mengejar impian. Dan saya yakin, suatu hari nanti, apabila awak sampai kat penghujungnya awak akan mampu tersenyum.”

“Ameen..”

“Dan kita manusia, sebaik-baik tempat bergantung adalah Allah..”

Angguk-angguk :)

p/s : yeah.. face all the difficulties with a smile. And enjoy doing it. Chaiyok..chaiyok..

Friday, 18 January 2013

Yang retak sebenarnya




Short conversation maybe...


“Cantiknya langit.”

“Kan?”


“Nak tahu tak satu fact tentang langit ni.?”


“Apa dia?”


“Langit ni dari kita lahir sampailah sekarang tetap sama. Dah nak masuk 20tahun, tapi tak pernah sekali pun kita tengok ia  koyak atau pun rosak. Apatah lagi retak.”


“Qaf 50 : 6. Maka apakah mereka tidak melihat akan langit di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya  dan langit-langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun.”


“Subhanallah…”


"Dan cuma hubungan manusia je yang kadangkala retak.."


"Harap-harap kita tak macam tu lah.."


Angguk. "Friends till jannah.."


:)


p/s : untuk mereka yang bernama teman, kawan,dan sahabat. kawan sampai syurga. in sha Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....