Wednesday 20 July 2011

Syaaban yang kian pergi,Ramadhan yang kian hampir...



Bulan Syaaban tinggal beberapa hari jer lagi... Sekejap je masa berlalu...
Rasa macam baru semalam je berazam nak puasa sunat banyak-banyak...

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban”
Al-Bukhari

...Cam baru semalam jer sambut nisfu syaaban...

Nie dah nak masuk bulan Ramadhan...
Pasti ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu bulan Ramadhan...
Nak puasa kan......
Kalau budak-budak kecil,biasalah soalan “Kenapa kena puasa???”

Bukankah berpuasa di bulan Ramadhan nie termasuk dalam rukun Islam... Cam mengucap dua kalimah syahadah dan solat fardhu 5 waktu laa...
Dan setiap umat Islam wajib mematuhi rukun Islam nie.... 

 “Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa.”
Al-Baqarah : 183

Nie pun kena puasa ker???

Pasti ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu 10malam terakhir... Harap-harap dapat jumpa Lailatul Qodar....
Dan kalau nak tau,ganjaran yang ada dalam malam nie bersamaan dengan beribadat 1000 bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan...

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Al-Qadr : 1-5

Sebenarnya,masih banyak lagi amalan yang boleh kita buat pada bulan Ramadhan nie selain tunggu malam Lailatul Qadar je ... Contohnya pergi solat sunat terawih,menggandakan membaca Al-Quran dan mempelajarinya, banyak bersedekah, Qiamulalail dan  banyak lagilah...

Diharapkan bulan Ramadhan yang akan menjelang nie membawa seribu makna dan kebaikan untuk kita semua... Dan amalan yang kita buat tu tidak sia-sia....

“Betapa ramai yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.”
Riwayat Ibnu Majah

Study-study jugak..Tapi semua nie janganlah lupa...
Manalah tahu mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir....
Gunalah masa yang ada ini sebaiknya...
Masa muda,sanggupkah nak sia-siakannya...???
FIGHTING!!! J






Sunday 10 July 2011

Renung sejenak...

Kawan aku pernah cakap yang kebanyakan student kat Malaysia nie study sebab nak exam..Bila aku fikir-fikir balik betul la jugak..

Kenapa aku  beri-ria balajar r..Sampai pukul 2..Pukul 4...Kenapa ek???
Sebab esok ada quiz???Minggu depan ada test??

Sampai semua buku nie nak kena bace on the sport???


Bila nak exam jew,trus je semanagt nak study...
Sampai niat nak study tu  kerana nak exam...Bukan kerana Allah.....

Sepatutnya,kita study sebab nak dapat ilmu yang ada...
Sebab nak cari keredhaan Allah...

Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam
Surah Al-An’am ayat 162

So,betulkanlah niat supaya apa yang kita buat tu dapat pahala...

Pastu pernah tak.....

“Malam nie ada  usrah...Esok ada quiz...Nak pergi ker tak ea???Kalo pergi mesti tak sempat nak study nie...Tak payah pergi usrah laa....”
“Hari nie ada ceramah...Tapi report kimia tak siap lagi ni...Camne ea...”


Chemistry lab report...


Mesti kita biasa dalam keadaan  camni kan... Kalau pergi majlis ilmu,takut tak sempat nak study....sayang bazirkan  masa pergi program camtu...Tapi kalau tengok tv???

Wahai orang-orang yang beriman.! Apabila dikatakan kepadamu,”Berikanlah kelapangan di dalam majlis-majlis,” maka lapangkanlah,nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.
Surah Al-Mujadalah ayat 11

Sebenarnya kita tak rugi pun kalau pergi program-program camtu...Lagi tambah ilmu ada r....

Demi masa.Sungguh,manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah Al-‘Asr ayat 1-3

So,janganlah rasa rugi untuk buat kebaikan....
Fighting...:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....