Wednesday 20 July 2011

Syaaban yang kian pergi,Ramadhan yang kian hampir...



Bulan Syaaban tinggal beberapa hari jer lagi... Sekejap je masa berlalu...
Rasa macam baru semalam je berazam nak puasa sunat banyak-banyak...

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban”
Al-Bukhari

...Cam baru semalam jer sambut nisfu syaaban...

Nie dah nak masuk bulan Ramadhan...
Pasti ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu bulan Ramadhan...
Nak puasa kan......
Kalau budak-budak kecil,biasalah soalan “Kenapa kena puasa???”

Bukankah berpuasa di bulan Ramadhan nie termasuk dalam rukun Islam... Cam mengucap dua kalimah syahadah dan solat fardhu 5 waktu laa...
Dan setiap umat Islam wajib mematuhi rukun Islam nie.... 

 “Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa.”
Al-Baqarah : 183

Nie pun kena puasa ker???

Pasti ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu 10malam terakhir... Harap-harap dapat jumpa Lailatul Qodar....
Dan kalau nak tau,ganjaran yang ada dalam malam nie bersamaan dengan beribadat 1000 bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan...

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Al-Qadr : 1-5

Sebenarnya,masih banyak lagi amalan yang boleh kita buat pada bulan Ramadhan nie selain tunggu malam Lailatul Qadar je ... Contohnya pergi solat sunat terawih,menggandakan membaca Al-Quran dan mempelajarinya, banyak bersedekah, Qiamulalail dan  banyak lagilah...

Diharapkan bulan Ramadhan yang akan menjelang nie membawa seribu makna dan kebaikan untuk kita semua... Dan amalan yang kita buat tu tidak sia-sia....

“Betapa ramai yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.”
Riwayat Ibnu Majah

Study-study jugak..Tapi semua nie janganlah lupa...
Manalah tahu mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir....
Gunalah masa yang ada ini sebaiknya...
Masa muda,sanggupkah nak sia-siakannya...???
FIGHTING!!! J






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....