Friday 23 November 2012

Langkah


Langkah ini yang tercipta.
Tika mentari terbit pagi.
Langkah ini yang kini menjadi cita.
Sekali melangkah, takkan berpaling lagi.


Test???


“Esok ada test?? Harap-harap madam lupa nak buat soalan...”

Kalau esok ada exam,pastinya dia akan berharap yang exam tu ditunda.
Kenapa? Kerana dia rasa yang dia still tak habis belajar lagi. Rasa tak bersedia sangat.
Tapi perlu ke setiap kali esok ada test, dia berharap perkara yang sama..?

Ya. Hidup ini, kita kena sentiasa pandang ke hadapan.
Terima dan hadapi kenyataan tu.
Sedarlah  wahai diri yang masih berada di takuk lama.
Takut macam mana pun. Tak bersedia macam mana pun diri itu..
Lambat laun kita akan laluinya jugak.
 Jadi, berhentilah daripada melarikan diri..
Jadilah orang yang super berani untuk hadapi hari yang mendatang.

“Tapi saya tak bersedia lagi...”

Huh... Dah kalau tahu diri masih belum bersedia, bersedia la mulai sekarang.
Walau pun lambat. Walaupun tempoh hanya ada 5 saat.
Usaha hingga akhir waktu.
Dan bukan usaha di akhir waktu.
Ya, Allah tengok usaha kita...

Dan janganlah kamu iri hati dengan kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian apa yang mereka usaha. Dan perempuan pun, ada bahagian apa yang mereka usahakan. Mohonlah dari Allah sebahagian dari kurniaNYA. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
An Nisa’ : 32

“Dia bijak la.Dia baca sekali dah ingat.”
“Aku baca 10 kali pun belum tentu ingat..”

Setiap orang memang berbeza caranya.
Namun, itu bukanlah penghalangnya.
Kerana,kadangkala kelemahan itu boleh bertukar menjadi kelebihan.
Dan kelebihan itu boleh bertukar menjadi kelemahan.
Yang pasti...
Apa yang kita usaha, itu yang Allah bagi.

Kerana bagi lelaki ada bahagian apa yang mereka usaha. Dan perempuan pun, ada bahagian apa yang mereka usahakan.

Oleh itu.....
FIGHTING!!!!!

menjadi bahan ujikaji.
walaupun sakit, perjalanan tetap diteruskan....


Sunday 18 November 2012

Sahaja Aku MencintaiMu


Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...

Sahaja Aku MencintaiMu
Du'at feat Ustaz Amal


p/s: dengar nasyid kadangkala buatkan diri rasa.... 
fuhhhh... speechless..

Ujian Hidup



Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku teteap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini


Ujian Hidup
Imam Muda

Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


Langkah Tercipta
UNIC



p/s : kiranya kesempitan masa membuatkan saya tak dapat nak update post yang sewajarnya... jadilah lirik ini sebagai penggantinya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....