Monday 26 March 2012

My Diary : Kembara Jalanan




Awal semester  2, penghuni R2607  dah mula membincangkan rancangan lepas asasi..  Terus terang saya kata kan, saya memang suka bila kami buat mesyuarat agung yang pertama. Kedua . Ketiga .
Tetapi di lubuk hati nie,ada sedikit kerisauan. Takut –takut rancangan kami tu  tak menjadi.

Dan akhirnya kami  mencapai kata sepakat. Here is kembara jalanan.


Perjalanan suatu ukhuwah, mengutip pengalaman, memahami rencah kehidupan, mengenal erti kasih dan cinta padaNya.


22 jam, 1320 minit, dan  79200 saat.

24 Mac 2012

Pagi tu semua bangun awal kecuali dua pemegang rekod terbaik . Tapi apa-apa pun, still awal daripada biasa.  Nie kembara jalanan punya penangan. Semua dah tak sabar-sabar.  Tapi sebelum tu,kena siapkan breakfast.  Satu buat,satu masuk mulut. Entah sampai bila bekas tu nak penuh. Yang pasti,untuk  seorang sahabat tu adalah sandwish mayo dan untuk kami yang lain sandwish yang pedas tu.

8.45 a.m.
Kembara jalanan R2607 bermula. Perjalanan suatu ukhuwwah.Bermula dengan bacaan doa oleh driver kami, Lily.
Tetapi, sebelum tu,restu ibu bapa adalah yang utama walaupun waktu kepulangan ke rumah adalah di rahsiakan..


Destinasi pertama kami adalah Hutan Lipur Kanching. Sebenarnya, memang saya tak sangka yang apa yang kami rancangkan awal sem 2 menjadi kenyataan. Memang tak sangka.

Dan kami  sesat juga..  Mujur lah lebuhraya tu kami yang empunya. Bawa 130 pun macam sedar tak sedar jew. Tapi apa yang penting,kami  selamat sampai.

9.45 a.m.
Sampai di kawasan Rawang. Menunggu pukul 10 untuk membeli snack plate kfc.
Dan masih teringat ayat lily  “saya nak ayam ...”
Sampai terguling-guling depan kfc tu.

10.00 a.m.
Okke. Kami yang buat grand opening untuk kfc tu. Apa yang  penting, kami happy.

10.16 a.m.
Alhamdulillah. Kami selamat tiba ke  Hutan Lipur Kanching, Selangor. Kedatangan kami disambut mesra  oleh kera-kera di sana.



Dan  setiap kesenangan pastinya ada kesusahan. Kesusahannya, kami  kena panjat tangga dulu. Dan tetiba teringat tangga kat puncak alam. Siyes,memang semput habis.

Dan saat sampai kat air terjun,mulut seakan berkunci. Indahnya ciptaan Tuhan. Cantiknya tak terkata.


Then, kami cari port. Yang nie laa yang meletihkan. Naik tangga,turun tangga.. Akhirnya jumpa la port yang sesuai.

Kira–kira 11.00 a.m.
Pabila air terjun dah depan mata, kfc dah tak terasa.
Air terjun dah mula memanggil.
Kami makan cepat-cepat dan kemudiannya  apa tunggu lagi..  Jom !!!!

Air terjun yang menyejukkan,memang dapat release tension laaa….
Memang enjoy…

“ Memang keluar balik apa yang dibaca untuk final hari tu...”

Sempat la jugak kami  berkenalan dengan warga asing. Dua orang budak kecik. Rima’ dan Seif. Memang satu cabaran nak communicate dengan diorang memandangkan  bahasa arab yang mereka guna berbeza dangan apa yang kami belajar dulu. Habis semua ilmu kami keluarkan,tapi mereka  still tak faham.. Yang mereka  faham  laa’ dan  na’am jer..  =).

Kami punyer la takut mereka terjun dari batu yang kami duduk tu,sampai terkeluar ayat

“Laa’ jump !!”
Memang lawak habis laa… =)



1.40 p.m.
Naik ke daratan. Bersihkan badan dan solat zohor.

Then bertolak ke Tesco. Sebenarnya, yang nie tiada dalam tentative. Tetapi terpaksa dimasukkan di dalam tentative kerana ada seorang sahabat nie lupa nak bawa baju. Padahal dialah yang semangat ingatkan orang pagi tu..

Nak buat camnekan, manusia hanya merancang, tapi Tuhan menentukan.

Nie ayat kak tiha kami. Dan memang betul pun. Sebab tu kita perlu sentiasa berdoa padaNya. Semoga apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan.....
Lagipun kalau tak, tak dapat lah Lily nak masuk tesco. Cita-cita sem 2 kowt…

Kami solat asar di surau  uitm shah alam.. Nilah yang dinamakan jalan- jalan round uitm. Keluar uitm puncak alam,masuk uitm shah alam. Mungkin kitorang nie tak boleh berpisah dengan uitm.

6.00 p.m.
Kalau mengikut perancangan,masa ini, kami tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tapi memandangkan masih terlalu awal untuk solat maghrib, kami pergi ke tasik Raja Lumu dulu.
Ambil angin petang katakan. Memang cantek.. 



6.45 p.m.
Ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Shah. Environment kat sana memang cantik. Rasa sejuk jer..



 8.00 p.m.
Bertolak ke Restoran Flamming. Semuanya dah tak sabar  nak makan steamboat. Perut pun dah buat konsert.
Tapi malangnya,kami  sesat lagi. Sesat tahap mana?? Sesat tahap berhenti tepi jalan dan buka lampu emergency. Time tu memang dah tak tahu nak buat apa. Dan ada satu ketika,sampai ada satu Merz nie berhenti . Dan ada dua kemungkinan,samada dia orang baik atau orang tak baik ….  
Lepas 2 jam,baru lah jumpa flaming tu..

Tapi berbaloi.



25 Mac 2012
12.00 a.m.
Kalau tadi kami buka kedai,sekarang nie kami  tutup kedai.  Customer yang last.

Then, kami pergi rumah lisa punya mak cik  dan uptown Shah Alam.
 Memang kami round habis laa…



2.15 a.m.
Tiba di i-City. .
Kali nie,suasana adalah berbeza.  Bersama teman-teman dan tiada bunyi bising muzik. Kenapa??? Kerana jam dah menginjak ke pukul 3. Kerja gila katakan…

3.13 a.m.
Masuk dalam kereta dan cepat-cepat kunci kereta. Takut kowt. Pagi-pagi nie,macam-macam orang ada. So,lebih baik ambil langkah berjaga – jaga.

Bertolak pulang ke Puncak Alam. Siapa kata pukul 3 pagi jalan lengang??? Sebenarnya, banyak jer kereta. Yang tak tahan, ada yang drift. Takut pun ada. Nie lah pengalaman. Mengutip pengalaman, memahami rencah kehidupan..  tengok orang rempit dan drift. Sampai kereta kami pun terikut drift sekali.

4.00 a.m.
Tiba di Mc Donald Puncak Alam.
Overnight  di sana…

6.15 a.m.
Masuk Uitm Puncak Alam.
Solat Subuh dan packing barang untuk pulang ke rumah.

Satu lagi pengalaman yang berharga yang tak dapat dibeli di mana-mana.

Sekalung penghargaan di ucapkan kepada semua sahabat yang menjayakan  kembara jalanan  ini.

Biro kewangan
Fatin Syafiqah

Biro makanan
Fatin Ain
Alisa Yasmin

Biro Pengangkutan
Merangkap driver
Lily Zakiah
Hannan Syazwani

Biro Fotografi
Tiha Fatihah
Alang

Biro tugas-tugas khas
Nazihah Azlan


Untuk mereka, terima kasih untuk kenangan yang terindah ini. Terima kasih untuk gelak tawa itu.Terima kasih untuk persahabatan nie. Terima kasih untuk tunjuk ajar selama nie. Terima kasih untuk memahami. Terima kasih untuk segalanya.
Dan maaf andaikata sepanjang persahabatan nie ada terlanjur kata,ada tersilap bahasa, terkurang ajar, terasa hati dan segala jenis ter lah.. 
Kita sahabat selamanya ek. Friend till jannah. Insya Allah... =)
Semoga jumpa lagi..!!!
uhibbukunna fillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....