Monday 23 January 2012

mid valley,di situ ada kenangan dan pengalaman...


Cuti kali ini masih ke tempat sama tapi dengan tujuan yang berbeza…
Menghabiskan baucar RM200…Bagaikan mendapat durian runtuh..

Perjalanan bermula kala semua orang masih diulit lena…
Dan hujan turun agak lebat..Hujan  rahmat barangkali…
Jalan masih lengang…KL Sentral masih kosong...







Dan hati sedikit kecewa pabila melihat booth MPH dekat KL Sentral tutup..
Terlepas diskaun 70%..Tapi percaya masih mampu membeli di Mid Valley…




Tiba dekat Mid Valley,destinasi pertama adalah MPH… Nama pun nak habiskan baucar 1Malaysia tu..RM 200 tu…Memang buntu r nak pilih apa….

Saat sampai kat MPH,hati seakan-akan tersentap… Sukar nak percaya…
Rak buku semua kosong… Yang ada hanya clearance stok…
Hati berbisik “Penangan baucar rm200..….




Ada jer sahabat yang dah nak nangis.. Dia cakap “dah kita nak beli buku apanya ni..”

Menyusur di sebalik rak-rak itu ,ada seseorang bagitau…
“Kalau nak beli buku,lepas pintu nie,belok kiri,turun ke LG,dan pergi kat hujung sekali..Kat sana ada kedai MPH yang baru….”

Hahaha..Akhirnya mampu tersenyum kembali…So,apa tunggu lagi,terus terjah MPH tu…


Dengan baucar RM 200 tu,tak tahu nak beli apa.. Dan beli jer apa yang rasa nak baca….







Selesai  shopping,pergi solat dan berjalan-jalan tanpa arah tujuan…Menolak troli yang tidak kurang beratnya..Merasa seolah-olah sebuah keluarga…

Orang kata,bila kita banyak ketawa,kita akan bersedih kemudiannya…

Berjalan beberapa langkah keluar dari jusco punya scanner,hati terkejut dengan seorang sahabat yang berhenti mengejut…Tertanya-tanya…
 “Kenapa nie??”
“Hanset saya hilang..”  tak diakui yang mata dia sedikit merah….
“Mungkin masa langgar lelaki tu tadi kot… Patut lah saya tak rasa pun langgar dia,tapi dia buat macam langgar…”

Bergegas ke tempat perlanggaran…

Suspek masih ada disana… Beritahu dekat security guard kat situ…
“Kita tak boleh buat apa laa…Kita bukannya nampak dia yang ambil..”
“Kalau saya tahu dia ambil,saya boleh pergi tanya dia..Tapi saya suspek dia…”
“Buat report polis r…Tapi report jer laa…Tak boleh dapat juga hanset tu…”
“Tu cctv…….”

Suspek masih disana dengan muka bersalah dan lagak orang bersalah…
“Okke..Tiga orang pergi buat report dan tiga orang tunggu tengok diorang…”
Sungguh…Rasa nak jer pergi ‘aproach’ lelaki tu..Tapi sayangnya diri tak seberani tu… Mampu berdoa agar hati dia lembut…

“Bukan dialah… Dia tunggu makwe dia laa…”
Hati dah cuak… Apa hukumnya berburuk sangka?? Apa hukumnya fitnah..??
Huhu…Hanya mampu berisighfar…
Nanti malam nie saya tengok cctv.. Apa-apa saya contact semula..bagi nombor yang boleh dihubungi…

... “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut 2-3

Walau bagaimana kuat pun diuji,hidup mesti diteruskan…

Rasa lapar… Dan singgah kat Chicken Rice Shop… Memang best dan kenyang…








9.30malam….Terpaksa  bersesak dalam bas U90 yang last untuk pulang ke puncak…

Sedang bersesak,seorang sahabat menerima panggilan telefon…Daripada polis tu… Hati dah takut…
“Ha…!!!!Betul la lelaki tu…???”
The rest,history….

Okke…Alhamdulillah..Hati dah lega…Rasa bahagia… Curiga kami berasas…
Harap-harap kes tu dapat diselesaikan…

10.30malam..Sampai kat bilik…Badan sedikit letih..Pak cik bas tu sempat lagi tanya nak main roller coaster tak…Memang roller coaster puncak alam laa…

Pengalaman yang memang best…Pengalaman yang kita tak sangka kita akan lihat dan rasa dengan sendirinya…Pengalaman yang berharga…Dan pengalaman lah yang menjadi guru kita…










lepaskan stressmu...


Housemate kata “Study test 1 nie macam study untuk final jer..
Dan mungkin betul dan mungkin tidak….

Doa apabila stress..(Boleh dijadikan sebagai zikir)
“Cukuplah Allah untuk menolong kami,dan Dialah sebaik-baik pengurus
dan terserah kepadanya segala urusan kami…”
Ali Imran  173

Dan hakikatnya,stress perlu dilepaskan….

Masa :Lepas habis paper last, math…

Destinasi :
1-Klang Parade
2-Jusco Bukit Raja
3-Klang Sentral
4-Padang Kawad Puncak Alam

Pukul : 3.30 ptg..

Kiraan bermula…
Kiraan harga kereta sewa..
Kami,housemates  sewa 2 buah kereta..
Dan dengannya…..
Kami tersilap jalan.
Kami terperangkap dalam jammed.
Dan paling penting,kami dapat pergi window  shopping…Menghabiskan masa…

rasa ibarat keluar dari hutan



dari jauh dah nampak

terjumpa.....
'terimalah pinanganku..'
Dan sungguh..
Ukhuwah itu indah…
Pabila kita menghargainya…

Saturday 21 January 2012

i'll be standing like a tree.....


You asked me what was wrong..And I smiled and said “nothing”
Then I turned around and whispered “everything..”

Something precious comes..
But i just let it go..
Try not to stop it..

It’s hard dicision
And it kills me ….

And i don’t want to cry…
But the tears just flow out..

My hope whispers “ try it more time
But the world keep saying “give up” ….

But I won’t let them put my fire out,
I’ll standing strong like a tree in the wind
And I know that i just want to keep climbing and fighting….
To make it become reality..
Insha Allah…


  


Allâh burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned. "Our Lord! Not punish us if we forget or fall into error, our Lord! Not lay on us a burden like that which You did lay on those before us (Jews and Christians); our Lord!! Not put on us a burden greater than we have strength to bear. Pardon us and grant us Forgiveness. Have mercy on us. You are our Maulâ (Patron, Suppor-ter and Protector, etc.) and give us victory over the disbelieving people."
Al Baqara 286



And never say of anything, "I shall do such and such thing tomorrow."Except (with the saying), "If Allâh will(insha Allah) !" And remember your Lord when you forget and say: "It may be that my Lord guides me unto a nearer way of truth than this."
Al Kahf 23-24








Sunday 1 January 2012

Hadiah Tahun Baru…

 Okke…just nak kongsi hadiah tahun baru yang adik- adik saya dapat…
Cuba teka apa…
Jeng..jeng…
Hehehe…
 Nie dia…

borang mutabaah amal
Diaorang cakap memang menusuk hadiah tu…
Tapi tengok cam diorang suka jer terima…
Dan diaorang cakap akan usahakan…
Dan saya akan usahakannnya juga…

Moga-moga meningkatnya tahun masihi ini dan umur kita,
Semakin meningkat juga iman kita,
Dan juga semakin meningkat amal kita..
Okke…
Masa muda bukan untuk disia-siakan…
Fighting…~

p/s : sepatutnya hadiah nie dapat ketika awal muharram hari tu. Tapi disebabkan sibuk,tak dapat nak bagi…harap-harap masih belum terlambat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....