Pengalaman dicari, sejarah diterokai.
bersambung lagi....
19/02/2014,Rabu:
Pejam celik. Pejam celik. Rupanya dah empat hari kami ada
kat Mesir. Macam sekejap je masa berlalu. Walaubagaimanapun, kembara tetap
diteruskan. Makanya, hari ini antara tempat lawatan kami termasuklah:
1) Piramid Giza
Rasanya ni tempat wajib kalau melawat Mesir. Tempat yang dikatakan tempat perkuburan
firaun. Kat sini ada 3 piramid utama. Kat sini juga ada binaan yang bernama
sphinx yang berkepalakan manusia dan berbadan singa.
2) Masjid Amru al As
Amru Al As ni salah seorang sahabat nabi. Banyak peperangan
yang disertai beliau. Amru al As ni juga yang bebaskan Mesir daripada jajahan
Rom. Oleh itu, beliau yang pertama kali
buka Mesir. masjid ni ialah masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Sebenarnya,
yang kekal sejak zaman dahulu ialah tapaknya saja. Masjid ni dah lalui banyak
pembaikan.
3) Universiti Kaherah Mesir
Okay, yang ni sebenarnya tujuan asal kami ke Mesir. Tengok kakak saya
graduate. Akhirnya setelah 6 setengah tahun, dia akhirnya berjaya capai
cita-cita dia. Tahniah my sis!!!
Hanya di Mesir je kot yang semua family boleh masuk dalam
dewan konvo. Pulak tu, lampu dewan sampai kena tutup untuk suruh semua orang
keluar. Sebab semua sibuk bergambar dan tak sedar hari dah lewat malam.
20/02/2014,Khamis:
Lawatan masjid-masjid
Kembara hari ini bertemakan masjid. Makanya, tempat yang
kami pergi adalah ke masjid-masjid di sekitar Kaherah. Antaranya adalah:
1) Masjid dan makam imam Syafie
Mungkin kami terlalu awal, tempatnya masih tidak dibuka
ketika kami sampai. Dan setelah pintu pagarnya dibuka, makamnya masih belum
boleh dibuka. Jadi, kami hanya pergi melawat masjidnya, dan hanya berdoa dari
luar makam Imam Syafie.
Pulang dari tempat ni, hati jadi teramat kagum. Jiwa berkobar
kobar nak ikut perjuangan Imam Syafie. Imam Syafie tokoh yang penuh dengan
ilmu.
2) Masjid Sultan Hasan
Masjid ini juga dikenali dengan masjid empat mazhab
kerana di dalam masjid ini terdapat 4 madrasah yang mengajarkan empat mazhab
umat Islam; mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali.
Di setiap sudut masjid ini
terdapatnya madrasah bagi keempat-empat mazhab itu.
madrasah |
asrama pelajar |
Hospital dalam masjid |
Kata ustaz, dia pernah menjadi bilal di
situ dan ketika melaungkan azan, mikrofon tak diperlukan sebab masjid itu memang dah bergema.
3) Masjid Ar Rifai
Sebenarnya masjid Sultan Hasan dan masjid Ar Rifai ini
bersebelahan. M.Sultan Hasan di sebelah kiri dan M. Ar Rifai di sebelah kanan. Ar
Rifai ini ialah pengasas tarekat Rifai. Di dalam masjid ini ada makam Shah
Iran. Shah Iran ini ialah pemimpin yang digulingkan oleh komunis.
Jarak dua masjid tu |
4) Masjid Ahmad Tulun
Masjid tertua di Mesir. Masjid terbesar di Kaherah dan
ketiga terbesar di dunia. Masjid ini tidak lagi menjadi tempat untuk solat,
hanya sekadar menjadi tempat lawatan orang ramai. Di masjid ini, ada satu menara
yang kita boleh melihat seluruh Mesir.
5) Masjid Al Azhar
Masjid ini sudah tentulah berdekatan dengan universiti al
Azhar. Oleh itu, kebanyakan yang datang bersolat dan beri’tiqaf di sini ialah
pelajar uni Al Azhar.
6) Masjid Husin
Masjid ini berdekatan dengan Husin, tempat shopping
tu. Jadi, sesiapa yang pergi shopping di
situ akan singgah bersolat di sini.
21/02/2014,Jumaat:
Selamat tinggal Mesir.
Okay, hari ni adalah hari kepulangan kami ke Malaysia. Tapi
pagi tu, sempatlah kami pergi bergambar di menara jam di Universiti Kaherah
Mesir. Kata kakak saya, tak lengkap kalau pergi uni dia kalau tak ambil gambar
dekat menara tu. Jadi, pergi la kami.
![]() |
Sungai Nil. Sungai Nil dan Mesir tu jodoh. Kalau takde Sg. Nil, takde la tamadun Mesir Purba. :) |
Hati berat nak tinggalkan Mesir. Rasa tak cukup lagi
kembara Ini Sejarah Kita Mesir. harap-harapnya dapat datang lagi Mesir. One
fine day. Dan pergi ke tempat-tempat yang tak saya lawati lagi.
22/02/2014,Sabtu: Selamat
pagi Malaysia!
Orang kata hujan emas di negara orang, hujan batu di
negeri sendiri. Tapi hujan batu juga yang kita suka. Lega dapat sedut udara Malaysia. Hehe..
Pulang dengan pelbagai rasa untuk teruskan
perjuangan. Walaubagaimanapun,
perjuangan tetap perjuangan.
Sekian saja catatan KISK kami. Kalau nak dibandingkan catatan ini dengan pengalaman yang kami dapat kat sana, memang banyak la.
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat ini.
Dan sungguh, kenapa kita nak nampak ujian yang kecil tu besar padahal ada je rezeki Allah yang lain yang boleh kita perbesarkan lagi.
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat ini.
Dan sungguh, kenapa kita nak nampak ujian yang kecil tu besar padahal ada je rezeki Allah yang lain yang boleh kita perbesarkan lagi.
Akhir kata, usia muda sanggupkah kita nak sia-siakannya?
Makanya, berjalan dan bermusafirlah.
Tapi, musafir atau berjalan tu bukan terhad ke luar
negara saja. Kita keluar ke tempat yang kita tak pernah pergi itu pun dikira
berjalan.
Moga dalam derap langkah kita, Allah pimpin langkah itu
ke jalan yang lurus.
Moga sentiasa dalam redhaNya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment