Monday 18 August 2014

Keputusan Part 2


                   Akak, saya dapat kat UiTM. UiTM Sabah. :’[

Keputusan UPU baru saja keluar dan mesej itu yang dia dapat daripada seorang juniornya. Tak semena mena, peristiwa dua tahun lepas bermain-main di mindanya.

Sungguh, dia akui, saat itu hatinya berkecai. Bukan retak, tapi dah berkecai.
Ya, dia tak dapat apa yang dia nak. Ya, air matanya tetap mengalir walaupun berkali-kali akalnya mengingatkannya untuk redha.

Imannya lemah walau, ayat quran ni bermain-main di mindanya.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz). Al An’am:59

Dan

Tiada Suatu Bencana Yang Menimpa Di Bumi, Dan Tiada Pula Pada Dirimu Sendiri, Melainkan Ada (Tertulis) Di Dalam Kitab (Lohmahfuz) Sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya Yang Demikian Itu Mudah Bagi Allah Mengadakannya. Al Hadid: 22

Tambahan pula, sehari sebelum tu dia baru saja mendengar ceramah tentang sabar dan redha.

Positif. Itu yang dia cuba terapkan dalam dirinya. Apa-apa pun, fikir positif. Akhirnya, dia terbang juga ke Sabah. Terbang dengan pelbagai rasa. Dengan pelbagai harapan. Dengan semangat dan kekuatan baru.

Ya, dia tutup buku lama dan buka buku baru. Dia dah tak nak pandang ke belakang lagi.

Betullah. Apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka tak baik untuk kita. Kat sana dia dapat kenal ramai orang. Dia dapat banyak pengalaman yang baru.

Dia mula belajar berdikari. Sebab dia sedar, dia kini sendiri. Dia mesti teguh berdiri. Apatah lagi dia mendapat UMS di Sandakan. Jauh terperuk.

Kawan-kawan. Senior. Pensyarah dan HEPA.  Asrama. Kuliah. Hujung minggu. Semua tu adalah moment terindah dia di sana. Mereka la pemberi semangat, peneman, dan  penghiburnya.

Hampir sebulan di Sabah, dia mendapat satu panggilan telefon pada suatu pagi. “Tahniah, rayuan awak dah diterima.” Terjerit dia mendengar khabar gembira itu. Sungguh dia gembira.

Namun, dalam gembiranya dia susah hati. Dia berat hati nak tinggalkan Sabah. Ya, sebenarnya dia dah mula sayangkan Sabah dan seisinya.

Dia menangis lagi. Berat nak tinggalkan mereka-mereka yang mulai menjadi sebahagian daripada dirinya.

“Ahh.. bestnya.” Senyuman gembira tak lekang daripada bibirnya. Dapat hirup udara semenanjung memang nikmat yang tak terkata baginya.

Perjuangannya diteruskan lagi di university baru. Dengan persekitaran yang baru. Mujur la dia punya sahabat-sahabat yang banyak membantu. Yang sentiasa menceriakan harinya. Kadangkala, letih belajar, hatinya terdetik. ‘Betul ke keputusan aku suatu ketika dulu?’ Ya, dia hampir berputus asa lagi.

“Hari ni giliran kau masak kan?” teguran Wani membawa dia ke alam nyata.

“A’ah.” Amni berkata datar. Dia membawa apron ke badannya. Langkah kakinya dibawa ke singki pula. Ayam yang sudah dinyahbekukan disentuhnya. Ya, hari ini hajatnya nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah.

“Harap-harap jadi la.” Dia berbisik perlahan. Itu la benda yang bermain-main di fikirannya setiap kali masuk dapur.

Sungguh, kalau nak diakui yang dia sebenarnya susah nak masuk dapur. Dulu, kalau pegang sudip tu probabilitynya memang sangat sedikit. Dietetics changed her. Ya, bidang dietetik sedikit sebanyak mengubahnya. Itulah hikmahnya dia tukar university dan kos.

Mana taknya kalau start semester 4 dah kena masuk dapur. Pastu siap ada exam memasak yang dah macam Master Chef tu... maunya dia tak gerun.

“I hate cooking.” Saya tak suka memasak. Itu la ayat pertama yang diungkapnya saat kaki masuk ke dapur di universitinya.

Sekarang, persepsi itu sudah berubah. Walau tak 360 darjah, 160 pun jadi la. Dia dah mula suka memasak. Bergelumung dengan bawang yang kadang-kadang masih buat dia menangis.

“Mananya carrot ni. Lada mana pulak. Timun?” dia sudah pun berlari ke peti ais.

“Ni pun.” Dia capai segala benda yang dicarinya tadi dan lantas menghala ke singki. Setelah dibersihkan, bahan-bahan itu dihirisnya dalam bentuk julienne. Dia ingin membuat acar buah keras juga. Nasi minyak tak lengkap kalau takde acarnya.

“Lecehnya.” Dia sedikit mengeluh. Ya, dia masih belum mencintai ‘memasak’ sepenuh hatinya. Dia baru belajar untuk mencintainya.

“Lepas tu…” jari telunjukknya dibawa ke buku resepinya, benda sunat untuk masuk dapur. Kalau takde buku resepinya, dia akan minta mr.google untuk jadi buku resepinya.

“Masukkan ayam pula.” Dia lantas memasukkan ayam ke dalam kuali. Sementara menunggu ayam masak, dia menyiapkan bahan untuk masak acar pula. Nasi minyak sudah selamat di atas rice cooker.

Dia kini sedar. Allah hantar dia ke Sabah supaya dia dapat kenal mereka-mereka yang osem itu. Dan kemudian, Allah bagi dia dapat kos dietetic tu pun supaya dia masuk dapur.

“Alhamdulillah.” Dia mengucapkan syukur. Hidup memang sentiasa kena bersyukur.

Selesai masak, dia capai smartphonenya di dalam kocek seluarnya. Dia ingin membalas mesej junior yang menghantar mesej tadi.

Alhamdulillah. Tahniah. J Yakinlah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.  Kalau bukan pada masa sekarang pun, mungkin pada masa akan datang. Redha dengan semua takdir Allah. Positif. Walaubagaimanapun, cita-cita, selagi tak menyalahi syariatNya, tak salah untuk kau usaha biar ia jadi nyata. Namun, kalau tak dapat apa yang kau nak, redha la. Kalau pun tak mampu nak redha, bersabar la. Sebab Allah tak saja-saja nak uji hambaNya kalau Dia tahu hambaNya itu tak larat untuk pikul beban tu. Hidup walau sakit mana pun, perit mana pun, kita tetap kena tempuhi juga. Tu bukannya end of your life. Cuma sekadar persinggahan yang sampai masa akan pergi jua.

Dia menekan butang send setelah jari jemarinya siap menaip mesej itu.

Amni tatap nasi minyak, ayam masak merah dan acar buah yang dah siap terhidang di atas lantai. Tanpa sedar, ada senyuman manis terukir di bibirnya. Senyuman syukur barangkali.

Menyesalkah dia? Ya, dia belajar dan berazam untuk redha.

p/s:
1. Ya, ini kisah saya. Yang saya jadikan cerita. 50% juga rekaan semata-mata.
Sungguh. Masa saya tulis post ni, ‘hujan’ tiba-tiba turun. UMS masa lalu saya dan
UniSZA masa sekarang saya. Dua-dua saya sayang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....