Friday 31 August 2012

Sabah : Episod 1

Episod pertama kepada pelbagai episod yang mendatang....
Biarlah gambar yang bercerita

Jom!








panduan hidup




Perjuangan baru bermula.
Perjalanan di hadapan masih belum diketahui.
Tetapi janji Allah itu pasti.
Fighting!!!!



Wednesday 15 August 2012

Mags 7 : Suatu ketika



“Aku tunggu kat sini ya.”  Qil sudah pun berdiri tegak di simpang empat  yang  menuju ke bilik disiplin itu. Tanggungjawabnya besar. Tanggungjawab eh? Haha. Tugasnya mengkhabarkan berita kedatangan guru disiplin itu kepada teman-temannya yang lain yang turut ‘bertugas’.

“Kitorang  tunggu dekat sini ea.”  Syam dan Biha juga sedang mengawal keadaan. Port mereka adalah berhampiran tangga lelaki. Bimbang andai kata ada yang turun dari tangga itu dan maklumat yang disampaikan oleh Qil tidak sampai kepada yang lain. Mati la kalau messega still pending..

“Weh,cepatlah. Karang ustazah datang pulak.”  Iz yang menunggu di muka pintu bilik displin itu masih malu-malu kucing  untuk masuk ke dalam. Kasut sudah pun ditanggalnya. Tunggu kakinya sahaja  untuk melangkah masuk.

“Kat mana kita nak cari ni?” Mata  Ira sudah pun meliar mencari barangnya  yang sudah menjadi harta rampasan itu . Masih dia ingat pabila berita tu sampai kat telinganya.
“Ira,novel tu kena rampas la?”
“Apa????” Hancur luluh hatinya. Novel kegemarannya KENA RAMPAS. Saat tu,nak je dia hancur lumatkan manusia dihadapannya itu. Dan yang dia tahu,tendency untuk barang yang kena rampas tu untuk dapatkan balik adalah zero. Dan apabila ada temannya memberitahu boleh dapatkan kembali,apa tunggu lagi!!

“First time kot masuk bilik disiplin. Siap ada air cond kot. Special  gitu.” Tangan Syaz ligat membelek buku rekod yang ada di atas meja itu. Matanya juga meliar memandang ke sekeliling bilik. Ada pelbagai kata-kata hikamah ditampal di dinding bilik itu. Juga gambar manusia-manusia  yang banyak berjasa kepada sekolah itu. Syaz,ni nak buat projek ke lawatan sambil belajar? Hatinya bertanya. Sinis.

“Diorang tak tutup ke bilik ni? Bahaya betullah. Eh,bilik ustazah dekat mana? Diorang kata biasanya barang-barang cenggitu ada dekat bilik ustazah. Dan mungkin ada kena tulis nama kot.” Nana bertanya. Dia cuba membantu Ira yang sedang mengerah keringat mencari apa yang dicari itu. Baginya,gembira sama-sama. Sedih pun sama-samalah.


“Iz!!!” Qil,Biha dan Syam memanggil Iz.
Iz yang baru berkira-kira untuk masuk itu berpaling.”Apa?”
“Ustazah on the way la.”
“Apa?" Terkejut.
“Ustazah on the way.” Satu nada Syam menjawab.
“Ha!!!  Weh,ustazah on the way la.” Cepat sahaja Iz menyampaikan maklumat.

“Apa? ??”  Syaz, Nana dan Ira bergegas keluar dari bilik disiplin itu.
“Mati kita kalau jumpa ustazah.”
“ Maunya terkencing.”
“Cepat la.”

“Lari!!” Iz sudah pun melarikan dirinya.
“Weh tunggulah.” Syaz yang tidak sempat menyarungkan kasut ke kakinya itu memegang kasut di tangan. Di pertengahan untuk sampai ke tempat Qil,dia berhenti sekejap menyarungkan kasutnya itu.


“Mana ustazah?” Iz risau.
“Mana?” Ira termengah-mengah. Macam baru sudah keliling dewan ketika  training taekwondo je.
“Tu.” Semua mata memandang ke arah yang ditunjukkan Qil.
“La jauh lagi.” Syam menyangkal.
“Tak la jauh sangat.” Nana pula menokok.
“Kotnya tak sempat nak lari macam mana?” Syaz gelisah.
“Kena jawab soalan la kita.” Biha selamba.


Ustazah yang sedang berjalan menghampiri mereka itu dipandang tak beriak.
“Assalamualaikum ustazah.”  Tujuh manusia berpadu suara memberi salam kepada guru disiplin itu.
“Waalaikumussalam.” Salam dijawab. Dengan suara yang tegas lagi… Ahhh.. Tak tahu nak describe macam mana.


“Dapat tak?” Qil bertanya kepada teman-temannya yang masih memandang belakang ustazah yang sudah pun berlalu.
“Tak.”Ira menggelengkan kepalanya. Hampa.
“Lain kali kita try lagi ea”
                “Hmmm....”


****

Ira tersenyum mengingatkan kenangan lama itu. Matanya  melihat kad raya yang baru diterimanya. Juga tag nama yang terdapat namanya. Tak sangka. Peristiwa tu dah empat tahun berlalu. Dan enam tahun juga sudah mereka bersahabat. Tetapi ianya masih kemas tersemat  dalam ingatannya. Masih utuh dalam hatinya.  Harapnya persahabatan yang terjalin kerana ALLAH itu akan kekal selamanya.

Sekali lagi fikirannya cuba untuk kembali ke masa lalu. “Haish. Tak boleh jadi ni.”Tangan kanan pula segera mencapai tafsir di atas meja tulis. Laju tangannya membelek helaian tafsir itu. Membuka di mana dia berhenti untuk tilawah dan tadabbur.
“Memang la sekarang mood raya. Tapi ramadhan janganlah di lupa.”  Teringat pesanan ustazahnya di universiti itu.
 “Ramadhan dah nak habis. Takkan aku nak biarkan semua tu berlalu begitu sahaja. Takkan nak stop dekat akhir-akhir. Padahal kat akhir-akhir la aku kena makin struggle. Bukan abaikannya begitu sahaja.” Dia berkata-kata kepada dirinya sendiri.
“Hohoho. Ramadhan bulan ibadah. Ramadhan bulan  nak change. Change for good. Insha ALLAH. Belum terlambat. at least aku try.  Fighting!!!”

Soalan

Teringat kepada cerita yang pernah kakak saya ceritakan. 
Soalan yang ditanyakan seorang temannya kepada seorang doktor.

"Doktor,kenapa kanta saya nipis?"
             "Kenapa awak pendek?"

Dan mungkin hati juga pernah bersoal jawab.

"Kenapa aku dapat macam ni?"
             "Kenapa kau buat macam tu?"

Ya,kadangkala soalan tak perlu dijawab dengan jawapan yang berkajang-kajang panjangnya.
Cukuplah dijawab dengan soalan kembali.
Kerana jawapan yang panjang berjela belum tentu ada benarnya.

Dan pagi kelmarin terjumpa ayat ni. 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

Setelah segala usaha itu, tawakallah kepada Allah.
Segala-galanya datang daripada Allah..
Jangan pernah menyerah. 
Sekali melangkah,itulah arahnya.

Fighting!!!




Thursday 9 August 2012

Kem... Part 2





“Hensem kan?”
“Lelaki mana ni?” Ira yang berada di hujung ingin menyertai perbualan itu. Syam hanya diam.

***

Selepas berbuka,tujuh sahabat itu  mengambil angin di kawasan resort yang bersebelahan dengan pantai itu, sebelum masuk ke dewan ceramah. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa sangat mendamaikan.

Syam,pandang  ke kiri. Syam bagai terdengar ada yang memanggilnya . Dia memandang ke kirinya iaitu kawasan pantai. Hanya gelap yang menyapa pandangan mata.

Tetapi, dia ternampak seorang pelajar lelaki yang sedang berdiri di bawah lampu. Menyandar pada pagar yang separas peha itu. Pelajar itu sedang menghadap ke arah pantai. Mata Syam merenung lama ke arah pelajar lelaki itu. Tangan itu dimasukkan kedalam poket seluar. Terdapat jaket hitam yang  tersarung di badan itu.Iras wajahnya begitu tenang. Jantung Syam bergetar kencang. Terasa aura pelajar lelaki itu begitu kuat.

“Haish..” Dia menggeleng kepalanya. Di telinganya bagai terngiang-ngiang lagu nyanyian Devotees.

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

“Astargfirullahalazim...”

Syaz : PENAMPILAN

“Takkan nak pakai seluar pun tak boleh. Agak-agak r.” Ira sedikit membentak.
“A’ahlah.  Nak pergi pantai ni. Karang ada yang terselak kan. Kita pakai tutup aurat apa.” Iz seakan menyokong.
“Terselak okay lagi. Takut ada yang terbang je.Angin kuat kot.” Nana memberi pendapat.

“Aku nak tukar pakaian.” Nak pakai baju kurung.Enam sahabat jatuh rahang bawah mendengar kata-kata Syaz itu.
‘Syaz nak tukar?’
‘Pakai baju kurung?’
‘Bukan selama ni Syaz taiko ke?’
‘Bukan selama ni dia belasah je ke?’
‘Syaz takut ke?’
‘Syaz tukar?’

Syaz segera melangkahkan kakinya ke arah bilik mereka. Semuanya mengekorinya. Namun begitu,semua masih bingung. Masih tidak percaya.Kalau Syaz yang boleh tahan taikonya  nak tukar,takkan yang lain tak nak tukar? Musykil ni.

Syaz mengambil baju kurungnya. Setelah ditegur tadi,dia rasa bersalah. Walaupun dia masih memakai pakaian yang menutup aurat,nama sekolah mesti dijaga. Nama mesti jaga,imejnya apatah lagi. Sekolahnya yang terkenal dengan persekitaran Islamnya , cukup rapat dengan imej baju kurung dan bertudung labuh. Apatah lagi,tahun ni aku exam. Aku tak nak lah buat salah lagi.

Lantas,dia menukar pakaian  yang dipakainya dengan baju kurung. Yang lain juga turut mengikut tindakannya kecuali Nana dan Ira.

“Kita bukannya tak tutup aurat pun.” Ira memandang pakaian yang dipakainya. Jilbab,baju labuh bawah punggung dan seluar slack.
“Tak salah pun. Takpe. Relax r.” Nana menenangkan.



Qil : TRUTH AND DARE

Angin sedikit kencang sekencang hati 7sahabat yang sedang berada di pondok yang beratapkan nipah di tepian pantai itu. Sesekali,angin itu menerbangkan botol mineral kosong yang ada di atas meja.

“Okay. Semula..semula.” Iz mengambil botol yang terjatuh diterbangkan angin. Dia kemudiannya  duduk kembali. Syaz kemudiannya memusingkan botol yang diambil Iz tadi.

Tolonglah jangan aku. Tolonglah. Hati Qil gundah gulana. Qil bagai mengharapkan keajaiban tiba. Semua sahabatnya telah terkena. Lebih tepat lagi telah membocorkan rahsia masing-masing. Jadi,sekarang yang tinggal hanyalah dia. Dah memang sah-sahlah sahabatnya itu akan memusingkan botol itu kearahnya.

“Qil!” Qil tersentak. Dia memandang botol yang ada di atas meja.
Tengok. Kan dah kata.Dia tersenyum. Telinganya bagai teringat soalan-soalan  yang telah ditanya tadi.

“Betul ke kau suka dia?”
“Cuba cerita pasal dia?”
“Cuba cerita siapa yang kau suka?”
“Cuba cerita orang yang suka dekat kau tu?”
“Siapa kau suka sebenarnya?”
“Kau suka siapa?”

Soalan yang sama jenis. Tetapi berbeza cara penyampaiannya. Aduh,apa pulak kali ni?

“Qil truth or dare?”
“Eh,semua kena truth,jadi Qil pun truth lah.”
“Okay. Aku memang nak pilih  tu pun.”
Syaz memandang tajam Qil. “Cuba cerita pasal your personal life. Love story exactly.”

Qil tergamam.... ‘Personal life? Love story ?’
Qil memandang ke hadapan. Enam pasang mata memandangnya. Menanti jawapan.

“Common on Qil...”
“Hehe.”

The rest, history..........

Ira-MALAM

“Takde orang kan?”
“Agak r.” Iz memandang ke arah jam di tangannya. Jam sudah menginjak ke pukul 1 pagi.
“Takde orang kot.” Ira sudah meletakkan tuala dikepalanya. Menutup rambutnya yang panjang itu. Tak kesahlah janji tutup aurat.
“Nak pergi camni je ker?” Baju tidur berlengan panjang yang tersarung di badan dipandang Iz.
“Okay lah kot.” Ira selamba.
Pintu bilik dibukanya.kepalanya sedikit tertoleh ke kiri dan ke kanan. Mengintip barangkali. “Line clear.”
“Okay. Ready? Go..” mereka membuka langkah seribu. Dirasakan tidak cukup tanah untuk berlari. Suasana pagi yang hening sedikit terganggu dengan derap kaki diorang.
Sampai sahaja di tempat yang dituju,pintu diketuk kuat...
            “Weh,kena kejar hantu ker?” Pintu bilik dibuka. Tersembul Syam.
            “Kitorang nak tidur sini ea?”

***

“Weh. Janganlah tutup lampu. Gelaplah.”
“Aku rasa macam baring atas batu jer.”
“Keras giler katil ni.”
“Haha..”
“Memanglah. Dah tilamnya kau ambil.” Penghuni bilik seramai 8 orang itu terasa masih belum ingin tidur. mereka sibuk bergelak ria.jam yang sudah menunjukkan pukul 2.30pagi itu masih terasa awal.
“Weh. Kalau macam ni tak tidur lah kita.”
“Biha. Aku dengar ada nenek panggil kau la. Cu....”
“Cuba tengok kat sliding tu.”
“Tidur-tidur. Pagi esok tak terkejut sahur kan..”

Nana- CERAMAH

Iz memandang ke kanannya. Nana masih duduk tegak. Sedikit tidak tergugat.
“Nana.” Nana memandang ke kirinya.
“Apa?”
“Kau tak ngantuk ke?”
“Ngantuk?” Nana menayangkan muka hairannya.
“Aku tak tahan r.”
“Agak-agak r kau. Cikgu tu punye la best. Kau boleh pulak ngantuk. “
“Ye la. Ngantuk kot.Sejarah petang-petang...”  Aku tak faham lah kenapa diorang ni tak boleh go on dengan sejarah. Sejarah best apa.
“Haduh Nana.. Dahlah pagi tadi kau bangun awal kejut kitorang. Sekarang ni tak ngantuk pulak. Terbaik la kau..”

***
“Ira,iz,Biha .. Bangunlah.” Nana menggoyangkan sedikit badan sahabat-sahabatnya itu. Namun masih tidak berkutik.
Haish. Macam mana nie.
Dia memandang sahabat-sahabatnya yang masih lena itu. Senyuman sinis diukirnya. 
Tahulah.....


The rest,history...

***

Pulang saja dari kafe,mata semuanya dah kuyu. Tadi adalah juga terbuntang luas melihat makanan di kafe.  Sekarang,terbuntang tengok katil ada la.
“Nana,subuh nanti kejut aku balik yer.”
“Aku pun.”
“Ha’ah. Aku sekali.”
“Okay.”


7 sahabat  : Iz,Ira,Syam,Qil,Biha,Nana,Syaz

Tujuh kepala memandang laut yang terbentang luas. Juga langit yang membiru.
“Petang ni kita dah nak balik.”
“A’ah.”
“Bestnye kenangan kat sini.”
“Yup”
“Aku harap,kita akan ada masa untuk benda macam ni lagi.”
“Aku harap,bila kita dah besar nanti,kita still macam ni.”
“Even kita terpisah jauh.”
“Even kita lain-lain bidang.”
“Yup.okay.”
“Friends forever.”
“Insha Allah,friends till jannah.”
“Ameen...”

7sahabat  saling berpelukan berlatarkan matahari yang terbit pagi.



okke..done!!! sekadar catatan untuk ingatan waktu akan datang... ;D

Wednesday 8 August 2012

Countdown...

Alhamdulillah...
Hari ini Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bernafas



Nak kira countdown..
20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 ,29 ..

Hoho.. Dah tinggal sepuluh hari lagi.. Dah tak lama...
Dah tak lama apa? 
Nak raya... Yeahhh......Mesti dah tak sabar kan? 
Baju raya dah siap ke? Kueh raya dah masak ke?  Rumah dah kemas ke?
Senang cerita,semua dah ready ke untuk raya? 

Tapi..

Sedar tak sedar... Tinggal sepuluh hari je kita nak puasa.. 
Sayu je bila mengenangkan ramadhan yang dah sampai ke penghujungnya.
Dan terfikir apa yang dah kita lalui 20 hari yang lepas. 
Sudah cukupkah amalan kita pada bulan mulia ni? Huhu. 
Tepuk dada tanya amal.

Aisyah memberitahu: "Selama sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, Nabi (saw) akan memperketat ikat pinggang dan menghabiskan malam dalam ibadah. Dia juga membangunkan keluarganya.." 
(Al Bukhari)

Ya,pada sepuluh malam terakhir ni,Nabi melipat gandakan usaha baginda. Kenapa? 
Jawapannya mudah. Kerana di sepuluh malam terakhir adanya malam Lailatul Qadar..
Malam Lailatul Qadar?


Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.



Lebih baik daripada seribu bulan? Cuba kira berapa tahun tu.. Huahua..
Hoho..Masa ni la nak rebut pahala banyak-banyak. Nak lipat gandakan ibadah kita.
Ya. Berusahalah untuk jumpa malam Lailatul-Qadar. Bukan Lailatul Kamdar.

Akhir kalam...

Selamat menyambut sepuluh malam terakhir.
Selamat meningkatkan amal ibadah.
Selamat berjuang.
Fighting!!!



Monday 6 August 2012

Kem... Part 1



“Kak cik.”
“Hmm…Apa dia??”  Adiknya yang sedang melepaskan lelah selepas pulang dari sekolah itu dipandangnya.
“Kem nanti pada bulan puasa.”
“Kem apa?”
“Kem negeri.”
“Owh…” dia menyahut.
“ Eh kejap… Kak cik dulu pun masa bulan pusa jugak.”
“Best ker?”
“Best? Hmmm. Best tak best……”



7 sahabat  :  Iz,Ira,Syam,Qil,Biha,Nana,Syaz

“Ustazah kata totally kelas aku akan pergi ke kem dekat  hotel  la.” Qil memulakan bicara. Tujuh sahabat itu sedang menghabiskan masa rehat mereka di port biasa mereka. Pulau. Mengapa pulau? Kerana port mereka tu di tengah-tengah kolam ikan. Dan sebelum mereka sampai ke sana,mereka perlu menyeberangi laut. Ceewah.
“Ye ker? Kelas kitorang akan pergi ke The Beach Resort.”  Biha dan Nana mengangguk, mengiakan kata-kata Ira itu.
“Nampaknya kita akan berpisahlah.” Syaz sudah berwajah muram.
“Takpe. Kita tunggu senarai nama dulu ek.” Syam cuba menenangkan sahabat-sahabatnya yang kerisauan.
“Betul tu. Kita tunggu la dulu.” Iz menyokong Syam.

****

“Tiga,dua, satu. Yes.”  Qil bergegas menuju ke arah papan kenyataan. Pengumuman yang dibuat oleh guru  kelasnya tadi yang mengatakan senarai nama pelajar tingkatan 3 yang akan pergi ke kem telah ditampal di papan kenyataan membuatnya tidak senang duduk. Sejurus gurunya melangkah keluar,dia pun melangkah keluar.
“Alhamdulillah.” Qil lega. Kakinya dihalakan ke arah pulau.

“Aku dapat The Beach Resort.” Qil memberitahu sahabat-sahabatnya.
“Oh ye ke? Kitorang pun kat sana.” Syam menjawab. Mewakili Syaz dan Iz.
“Aku pun.” Ira yang baru sampai menjerit.
“Haish. Kau ni bising r.” Iz sudah mengeluarkan aura mencari gaduh dengan Ira.
“Dah. Dah. Semua dapat kat sana kan?” Nana  bertanya.
Tujuh kepala mengangguk.
“Okke hug...”  Tujuh sahabat saling berpelukkan kegembiraan.
Terdengar  suara-suara sumbang dan ketawa riang keluar daripada pelukan itu.
“Aku dah tak sabar nak pergi ni.”
“Tu r. Semangat dah berkobar-kobar ni.”
Kuatnya diorang ni bercakap.



Iz : BILIK

“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda : “Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.....
[Muslim]


“Aku tak nak tidur dalam bilik tu.”  Suara yang dikeluarkannya sudah macam ingin menangis.
“Bilik kau kat mana?Kau sebilik dengan siapa?” Nana caring.
“Kat tingkat atas.Dengan budak kelas lain. Aku tak nak. Mesti tak best punya.”  Iz,niat nak belajar k. Tak kesahlah sebilik dengan siapa pun... Mestilah kesah. Macam mana nak belajar kalau semua kawan tak best?
“Ala. Jauhnya kau. Kitorang semua dekat tingkat bawah.”
“Tu la.Aku rasa diaorang  ikut nama r. Nama aku kan biasanya jauh.”
“Ye la kot.” Ira yang tadi berdiam diri menyahut.
“Aku tak nak.”
“Habis tu macam mana?”
“Entah la..”
“Ha. Kalau macam tu,jum r  pindah  bilik kitorang.” Haaa. Ni idea bernas.
“Eh,boleh ke?”
“Kita tukar orang r.”
“Boleh je kot. Dia tak tanya pun. Habis dia tanya, best tak tidur malam tadi.”
“A’ah. Diorang mestilah nak dengar keselesaan kita.”
“Kalau macam tu aku nak  pindah bilik r.”
“Set. Nanti aku tanya.” Kau pack barang kau ea..
“Okay.” Dia tersenyum lega

***
“Aku nak letak beg aku dekat mana ni?” Bilik yang sedikit berselerak itu dipandangnya. Tudung-tudung yang sudah siap bergosok tergantung merata-rata.
“Sibuk je kau ni.” Ira yang sedang  membaca nota di tangan  menyampuk.
“Jeles ke?”
“Tolonglah.”


BIHA : TERAWIH

Biha meletakkan semangkuk dessert di atas meja. Diorang baru sahaja berbuka puasa di kafe resort. Memang sayang la dengan kerajaan negeri ni. Makan dan penginapan selama 3hari 2malam itu semuanya ditanggung beres. Memang mementingkan keselesaan pelajarnya. Hehe.
“Tengok sikit apa yang kau ambik.”  Ira melihat apa yang ada di dalam mangkuk itu.
“What!” Dia terkejut. Satu mengkuk tu penuh dengan agar-agar milo.
“Memang kemaruk dengan milo betul.” Nana  menggelengkan kepalanya. Faham sangat dengan Biha itu.
Biha hanya mampu tersengih. “Nak buat macam mana...”
“Eh,malam ni kita tiada aktiviti lagi kan?” Iz yang duduk kekenyangan bertanya. Dia dah tak larat nak sambung lagi. Tadi matanya dah terbuntang. Nasi putih. Nasi ayam. Puding laici. Puding koktail. Bubur lambuk. Pengat pisang.Jus limau. Jus mangga. Air kopi. Tembikai. Honey dew. Limau. Senang cerita,macam-macam ada r. Ni ke rezeki orang berbuka puasa?
“Malam ni je la. Malam esok ada r.” Syaz menjawab. Kemudian dia  menyudu bubur lambuk ke dalam mulutnya. Takat ni,sudah tiga kali dia menambah bubur tu. Puasa..
“Owh. Kalau macam tu kita terawih ramai-ramai r malam ni.” Qil memberi cadangan.
Syam yang sedang menyusun pinggan yang kosong itu menganggukkan kepalanya.  “Cantek jugak tu. Dalam bilik kitorang pun takpe. Besar sikit.” Mentang-mentanglah biliknya paling hujung...
“Okay. Ajaklah orang lain jugak.”
“Okay. Lepas maghrib semua kumpul ea.”

***

Semua orang khusyuk mendengar bacaan Biha  yang merdu itu. Malam itu,solat terawih diimamkan oleh Biha. Tak dinafikan,suara Biha memang mendayu-dayu. Kalam Allah yang dibacanya kedengaran begitu syahdu.

Tuk! Tuk! Tuk !
 Bacaan Biha sedikit terganggu. Ada orang ketuk pintu ke? Suspen?
“Siapa ada kat dalam nie? Bukalah pintu”

“Orang tengah solat la.” Shah yang tidak boleh solat cuba memberitahu orang yang mengetuk pintu supaya tidak mengganggu konsentrasi para jemaah itu. Dia tidak boleh keluar kerana terhalang dengan jemaah yang sedang solat itu.

Setelah memberi salam,Nana bangun membukakan pintu.Selipar-selipar yang berterabur di sebelah pintu ditolaknya sedikit.  “Takde orang pun.” Dahinya sedikit berkerut. Kemudian  dia duduk kembali ke dalam saf.
“Aku tak tahulah baca doa lepas terawih.”
“Alaa. Aku tak ingatlah nak bawa buku panduan.”
“Takpelah bacalah doa biasa pun. Boleh jer...”



Syam : MAHAR CINTA

“Biha, kau perasan ke lelaki semalam?”  Dia bertanya kepada sahabat di sebelah. Suara penceramah sayup-sayup kedengaran.Duduk dekat barisan  belakang nie,kebiasaannya tendency untuk keluar daripada tajuk adalah tinggi.
“A’ah lah.” Biha masih memandang ke hadapan.

*
*
*
*
okke..to be continue ^-^

p/s: sorry..terlampau 'pendek'...cerita ini sekadar menggamit kenangan lama.... cerita ini sudah pun ditokok tambah.. harap maklum..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....