Thursday 6 September 2012

Sabah : UMS

Disaat semua orang di Semenanjung masih enak dibuai mimpi,
saya telah pun bangun pagi. 
Agak pelik juga untuk bangun solat subuh pada pukul 5pagi. 
Tapi itulah kenyataannya. Saya kini berada di Sabah.
Lebih specific lagi,saya kini berada di UMS.
UMS stand for Universiti Malaysia Sabah.


Pertama kali memandang bilik di sini..
Hati berkali-kali berkata untuk belajar bersyukur.
Kerana masih ramai lagi insan yang mendapat lebih teruk daripada ini.
Dan bukannya susah pun nak bersyukur....
^-^

keadaan bilik selepas dikemas.


dewan cancelor. 


Dewan ini telah menyaksikan betapa air mata ini hampir menitis.
Betapa hati ini terharu setelah selesainya majlis ikrar.
Saya kini mahasiswa UMS.
Saya kini pelajar tahun 1 yang menggalas harapan ramai orang.
Saya akan terus fight!!!


Paling menghappykan,tak sampai seminggu berada di sabah,
 kaki sudah pun dijejakkan ke pantai.
Pantai dalam UMS. 
Hebatkan UMS KK ni. Siap ada pantai lagi.
Airnya hijau. Bayunya nyaman.
Rindu dekat pantai di kampung halaman.










airnya hijau. menunjukkan betapa dalamnya laut itu.




Button sekolah pertanian lestari


deretan botol air yang diterima sepnjg msm



Habis sudah msm(minggu suai mesra) di ums kk. 
Perjalanan seterusnya adalah ke ums sandakan...
Satu lagi coretan baru di bumi sabah...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....