Tuesday 26 June 2012

Kali keempat,kecewa tiada lagi

 Alhamdulillah...
Untuk kali keempat,
Tidak lagi kecewa,
Tiada lagi derita,
Tiada lagi duka….

Yang ada hanyalah suka.
Ya,
Jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi,
Juga sekalung ucapan terima kasih
Diucapkan untuk semua
Yang mendoakan saya
Dan yang membantu saya.

Terus terang,saya masih belum mempercayainya
Namun,
Di setiap kesusahan tu adanya kesenangan,
Itulah yang membuatkan kita menghargai kebahagiaan hari ini.

Tapi,
Tiadanya kecewa untuk kali ini
Bermaksud yang hubungan saya dengan ‘dia’
Automatiknya TERPUTUS.

Sungguh,
Dia banyak mengajar saya erti usaha,
Dia banyak mengajar saya suka dan duka,
Dia juga banyak mengajar saya erti kesabaran
dalam sebuah penantian.

Senang cerita,
Kerana dia,saya melalui pelbagai pengalaman
yang sukar untuk dilupakan,
Dan yang penting,
Dia juga mendekatkan  diri saya kepada Allah.

Namun,
Disebalik pertemuan,adanya perpisahan.
Perpisahan kali ini adalah pasti
Dan saya redha kerana harus berpisah dengan dia.
Selamat tinggal ‘dia’.....


Terima kasih kerana tidak buat saya kecewa untuk kali keempat ini.




p/s :  ‘dia’ stand for inche-inche jpj and psm academy... sesuaikan mengikut keadaan..=)

Thursday 21 June 2012

Cinta?


Dush!!! Dia rasa macam ada satu pasu bunga jatuh kat atasnya. Kecil je. Tapi sakitnya,ya amat.....
Ustazah dihadapan dipandangnya. Kata-kata ustazah begitu mendalam maksudnya.

“Perasan tak kita selalu je lebihkan manusia daripada Allah. Pernah tak kita fikir yang kita ni terlalu cintakan manusia daripada Allah.” Dia senyum segaris.

“Terlalu cintakan manusia...” Dia mengguman perlahan. Tiba-tiba dia rasa seakan ada belati yang menoreh jantungnya. Rasanya perit.

“Habis tu ustazah....” Semua kepala menoleh ka arah pelajar lelaki itu.

“Macam mana nak dapatkan cinta Allah?”
Ustazah tersenyum. Senyuman ustazah melegakan hatinya.

“Ya. Cinta yang hakiki adalah cinta Allah. Cinta manusia tu,abaikan dulu.. Ada dua cara nak cari cinta Allah. Yang pertama,kita mulakan hari kita dengan mengingati Allah. Perasan tak,kalau kita cintakan seseorang,kita selalu je ingat kat dia. Apa yang kita buat,ada nama dia dalam hati kita.”  Aduh ustazah ni. Main cinta manusia pulak.
Semua pelajar menganggukkan kepala mereka mendengarkan kata-kata ustazah itu.

“Okay. Macam mana nak mulakan hari dengan ingat Allah ea? Bangun pagi tu,kita baca tak doa bangun tidur? Ya,kalau kita bangun dan kita baca doa bangun tidur,maknanya kita ingat kat Allah. Kalau tak,faham-faham je laa..”

“Lagi ustazah.. Apa yang boleh kita lakukan untuk ingat kat Allah?”

“Oh.. Lagi,kita bolehlah zikir dekat Dia. Sebut dan agungkan nama Dia. Samalah macam mana kita cintakan kekasih gelap kita. Kita selalu je sebut nama diakan?” Dia rasa panas. Air cond yang sejuk itu sedikit tidak membantu. Peluh yang jatuh menitik di pipinya diseka perlahan.

“Kau okay? Aku tengok kau berpeluh je.” Teman di sebelah menegurnya.

“Aku okay...” Menipu ke dia yang dia okay? Hakikatnya,jantungnya berdegup 210 km/jam. Normal ke tu?

“Dan ada satu ketika,jika Allah kejut kita pada malam hari, bangkit lah. Jangan  malas, even though solat 2 rakaat je pun . Memang  itu perkara sunat tetapi dengan melakukan perkara sunnat, kita akan dapat cinta Allah. Yup. Maharnya sikit je iaitu  bangkit solat sunat dan lakukan perkara sunnat yang lain.. Namun,tanya pada diri kita,adakah kita bangkit dengan ingat kat Allah atau tanpa ingat kat Allah?”

“Astargfirullahalazim....” Dia beristighfar.

            “Dan yang kedua,ialah membaca Al-Quran. Kita mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Apabila kita mulakan hari kita dengan yang baik,kita akan terpandu sepanjang hari. Jika awal-awal hari kita tak bukak quran, sepanjang hari akan berbeza. Dengan baca quran kehidupan kita terpandu dan tidak lagha dengan izin Allah,siapa yang bersungguh baca quran pada malam hari dan siang hari kerana ketika bangkit daripada tidur, itu adalah permulaan cinta dengan Allah.”
Semua terdiam mendengar kata-kata ustazah. Ustazah berhenti sebentar. Mengambil nafas barangkali.

“Jadi ustazah,macam mana kita nak tau yang kita dah dapat cinta Allah?”

“Apabila dah dapat benih cinta, selepas itu hati kita akan tertarik untuk ikuti kuliah. Ya,even kita  hadapi kesukaran pun. Bila hati dah mula tertaut kepada Allah, rasa mudah je semua tu. Dan apabila kita rasa dah tenang meaning that kita dah berjaya grab cinta Allah...”
Semua masih khusyuk mendengar.

“Jadi,tinggallah cinta manusia tu. Rebutlah cinta Allah dahulu dan barulah cinta manusia. Apabila kita dapat cinta Allah,insya Allah,kita akan dapat perkara lain... Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan bimbingan kepada kita. Insya Allah....”
Semua menganggukkan kepala mereka.

“Tinggallah  cinta manusia.” Dia tiba-tiba rasa sakit. Dadanya dipegang kuat. Terasa bagai ada air jernih di tubir matanya. Ya,tinggallah cinta manusia itu. Hatinya seakan menjawab.

“Ya. pergilah.... Biarkan ku sendiri. Janganlah kembali lagi seandainya aku belum meraih cinta Allah.” Air jernih yang seakan ingin mengalir tadi dilap perlahan.

“Pergilah..” Dia berkata perlahan.

“Meskipun hatiku sakit,perit.Aku akan mencuba kerana cinta Allah tu tak pernah menghampakan....” Dia tersenyum kembali.




Tuesday 19 June 2012

:: Pantai

Assalamualaikum..
(beri salam tu sunat. Jawabnya wajib)
[smile J]


Sekali lagi ke pantai.
Dengan  novelholics.
Riuh rendah pantai.
Ya,mereka tak pernah berubah.
Masih yang sama.
Yang masih membuatkan senyuman itu mekar mewangi.
Semoga mereka kekal begitu.

"hari tu aku mimpi................."


Dan untuk my beloved sis yang tengah dalam demam exam tu.
Aja-aja fighting!!!
Jangan stress-stress..
Sempoi…
Semoga dapat mumtaz.
Ameen.
























Fighting!!!!

Tuesday 12 June 2012

Sabar dan Redha...


Sabar dan redha itu  amat berbeza.

Sabar bila kita menerima musibah,kita hanya mampu berdiam diri.
Hanya mampu menahan diri kita daripada terlalu mengikut perasaan kita.

Redha pula apabila kita ditimpa musibah,kita akan tersenyum dan berkata “Alhamdulillah” …
meskipun hati masih berbekas.

Ya.
Sabar dan redha itu lain.

Sabar ialah menguasai dan menghalang diri daripada  marah di samping wujud keperitan
dan mengharap ia hilang.
Sabar juga menghalang badan kita daripada bertindak mengikut  keresahan.

Redha ialah berlapang dada dan tenang  menerima qada’ dan qadar
Di samping tidak mengharapkan keperitan  itu hilang meskipun kepedihnnya masih terasa..

Kiranya ucapan “aku redha" itu sedangkan hati kita menangis adalah salah?
Tepuk dada tanya iman.

Redha…
Sebenarnya amat sukar untuk redha.
Dan saya akui,begitu perit untuk tersenyum di saat kita begitu terluka.

Redha..
Ianya mampu menghilangkan keperihan yang dirasa.
Redha tarafnya lagi tinggi daripada sabar.
Walaubagaimana pun,sabar tunggak orang mukmin.

Mampukah kita  untuk mencapai tahap redha?
Orang redha dia takkan marah.
Dia takkan putus asa kerana semuanya daripada Allah.
Dia dah usaha dan dia tawakal.

Ya. Tawakal.
Setelah kita usaha,jangan lupa tawakal.
Kerena semua datangnya daripada Allah.
Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Dan…


FIGHTING!!!!!

p/s : nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 19 untuk
syahirah mat aman, aqilah abd rahman, shahirah a.kadir dan syuhada adnan.
semoga umur yang ada dimanfaatkan dengan sebaiknya..

Saturday 9 June 2012

Kali keempat...

Setiap kali saya memandang no telefon tu hati saya berdebar kencang .
Terasa bagai ingin terus offkan handphone.
Terasa bagai ingin mecampakkan objek bewarna hitam itu…

Orang kata sungguh panjang jodoh awak dengan ‘dia’.
Ya sungguh panjang sampaikan 3kali saya harus kecewa.
3kali yang membuatkan saya tidak serik untuk mencuba.

Dan sekarang kali keempat.
Saya tidak tahu saya akan dikecewakan lagi atau pun tidak.

Tak dinafikan,hati saya merintih..
Jiwa saya merayu..
Supaya saya tidak dikecewakan lagi.

Ya. Kecewa itu sakit.
Sangat sakit bila ada yang sering bertanya  tanpa merasainya.

Ya,saya tahu mereka ambil berat.
Tapi…
Sungguh sukar  untuk menjelaskannya.

Betul….
Kecewa itu ujian. Gembira itu juga ujian.
Semuanya ujian.
Bezanya cara kita menerima dan menanganinya.

Ya. Saya akan terus berusaha.
Saya akan terus  berdoa.
Supaya saya tak akan dikecewakan lagi.

Teruskan bangkit.
fighting.



p/s :doakan saya.huhu.kecewa itu sakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....