Sunday 13 April 2014

Panjat




Aini pandang botol di tangannya. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman segaris.

Selesai. Siapa sangka kan?  Hatinya berbisik perlahan. Hampir-hampir dia mengalah tadi. Namun, dikuatkan jua kakinya untuk melangkah. Kalau tak, dia takkan berada di mana dia berada sekarang.

Aini pandang pula pada Wani yang sedang duduk di sebelahnya. Dia senyum lagi.


Cerita beberapa minit yang lalu.



“Huh.”

“Kau ni kenapa? Mengeluh semacam je.”  Dia menegur Wani yang sudah pun berhenti melangkah.

“Serius weh. Aku dah tak larat nak panjat.” Wani yang sudah duduk di penghadang jalan dipandang tak beriak.

“Kau, belum apa-apa dah cakap tak larat.” Dia berkata selamba. Kenal sangat dia dengan sahabatnya yang seorang tu. What she needs is support. Just support. Not more than that.

“Betullah. Aku letih la. Kau tak letih ke?”

“Letih la. Siapa yang tak letih. Tapi bukannya selalu pun kita panjat Bukit Besar ni. Setahun pun belum tentu sekali. Nama je tinggal kat Terengganu. So, bila ada aktiviti macam ni, ini lah peluang kita.”

“Ye la tu.” Wani sekadar mengiyakan. Dia sudah pun duduk berlunjur di atas jalan. Mak aih? Ni tempat orang lalu lalang kot. Dah tak larat sangat ke cik kak oii?

“Kau bernafas guna mulut. Jangan guna hidung. Kalau tak, sikit je oksigen yang masuk.”

“Hmmm...”

Dia turut duduk di sebelah Wani. Mujur la hari tu bukan hari cuti. Kalau tak, tak berpeluang dia nak buat macam tu.  Botol mineral di dalam beg dikeluarkan dan lantas dihulurkan kepada Wani. “Nah!”

Aini pandang jalan bertar di hadapannya.  “Sebenarnya, dalam sesuatu pendakian, adatlah ada susah tu masa mula-mula tu. Macam kau nakkan sesuatu jugak. Takkan benda tu akan tiba-tiba datang pada kau. Kau kena usaha untuk itu.”

Dia capai botol mineral yang dihulurkan oleh Wani. Dia buka penutup botol itu sambil matanya leka memandang pemandangan di sisi mereka. “Fetus tu takkan lahir-lahir je terus jadi adolescence yang boleh makan sema benda. Kena jadi infant dulu. Then, jadi child. Baru la boleh jadi adolescence.  Tu tak masuk lagi dengan taste bud. Semua kena develop bagai.  Keywordnya, develop. Semuanya kena develop. Takkan dah lahir, terus-terus jadi pandai.  Kalau yang ada pun, tu anugerah namanya.” Dia sambung lagi.

“Dan hakikatnya…” Aini berhenti sejenak. Air di dalam botol diteguk perlahan. Pemandangan di sisinya dipandang lama.

“Ain, dan hakikatnya?” Wani bertanya apabila melihat lama Aini terdiam. Dia tayang double jerknya. Mungkin sudah tidak sabar menunggu.

“Dan hakikatnya, kau akan sampai jua dekat puncak itu, kalau itu yang kau nak. Asalkan kau tak mengalah, tak give up walaupun tarpaksa berhenti untuk beberapa kali. Walau kau terasa letih. Yang penting, kau jangan give up. Kau kena keep walking, even your step is a baby step.” Dia masukkan botol air mineral ke dalam beg galasnya.

“Hmmm… Sebab kalau kita nak sesuatu tu, kita yang kena kejar ia. Kita yang kena fight for it. Sebab ia takkan datang sendiri.” Wani pantas membuat kesimpulan.

“Yup.” Aini mengiyakan.

“Macam kau nak syurga jugak. Tak guna jugak kalau kau beria-ria nakkan syurga tu, tapi kau tak fight for it. Contohnya, kau tak solat. Kau tak puasa. Aurat tu kau buat macam angin lalu je. Langsung tak kesah. Kau tutup ke. Balut ke. Tapi kau kata nak syurga? ” Wani berkata random dan mungkin kedengaran agak sinis.  

“Kan…” Tiba-tiba Aini hilang kata nak membalas sebab dia cuba untuk tangani masalah dengan rasional bukan emosional. Ya, dia cuba.

“Ramai je yang doa mintak jauhkan dari azab api neraka dan masukkan kat dalam syurga. Tapi tak ramai yang nak usaha untuk buat benda tu jadi nyata.”

“Hmmm…”  Dia tidak membalas panjang. Dia cuba memahami perasaan Wani. Sedih melihat orang yang kita sayang jauh tersasar. Pakai tudung untuk tutup aurat kononnya. Tapi langsung tak sebenarnya. Pakai tudung, tapi baju ketat sampai nampak shape badan. Pakai baju lengan pendek. Kalau pun bertudung, sekadar menutup rambut.  Tudung kadang-kadang singkat. Sekadar tutup leher. Padahal ada benda lain lagi yang perlu ditutup.

Dan sebabnya?

Sebab tudung tu kadang-kadang pakai sebab nak fesyen. Bukan sebab nak jaga aurat tu. 

“Kau tak sedih ke?” Wani tiba-tiba menyoal. Random barangkali.

“Ha?” dia bingung. Ke-na-pa? hatinya bertanya pula.

 “Sebab kadang-kadang kita kata nak ke syurga, tapi jalan kita ke neraka. Langkah kita jauh terpesong…” Wani berkata datar. Mata langsung tidak memandang Aini.

Ya. Kadang-kadang aku jauh terpesong. Terlalai. Dan aku kata aku nak ke syurga, tapi jalan aku ke neraka. How come?

Ya, tepuk dada tanya iman.


“Ain!”

“Eh ya?” dia terkejut daripada lamunannya. Dia buat-buat membetulkan tudungnya.

“Kenapa?”

“Coach ajak turun bawah sana kejap. Then, kita patah balik sini dan terus turun.”

“Oh ya?”

“Iya la. Jom la.”

“Okay.”

Ya Allah, pimpinlah langkahku agar sampai ke syurgaMu. Sungguh, hanya Engkau tempat aku meminta dan bergantung harap. Perlahan hatinya berbisik.




nota kaki
1*rekaan semata-mata. Kalau salah tolong tunjukkan.  Moga terus istiqamah atas jalanNya. Jalan menuju syurga.

2*perjuangan bermula lagi. Doakan saya tak ‘mati’ sebelum berjuang. Salam perjuangan untuk semua. Ya, sebab hidup ini suatu perjuangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....