Friday 17 February 2012

17 Februari & Februari...

Er,hari nie 17 hb la kan..
Berfikir sejenak..”A’ah la….”
Zulpp… terlupa…birthday seorang sahabat..

Untuk sahabat yang saya sayangi kerana Allah itu..
Syamimi Raidah...

SELAMAT HARI LAHIR
Semoga panjang umur dalam kebaikan
dan dimurahkan rezeki selalu
Semoga sentiasa dalam kerahmatan..
Sayang kamu…

Dan bila teringat balik,masih ramai lagi sahabat yang hari lahirnya adalah dalam bulan Februari nie..
Jadi,untuk itu,SELAMAT HARI LAHIR juga untuk diorang..

Nadia Shuhada
Fatin Razana
Nur Hasnalina
Dan mungkin ramai lagi..

Semoga sentiasa dalam kerahmatan dan berbahagia..

Dan tak lupa juga untuk miss Asyikin..
SELAMAT HARI LAHIR…
Semoga berbahagia selalu dengan yang tersayang..

Dan jangan lupa… Panjang atau pendek umur kita  bukanlah pada kuantiti tapi pada kualiti.. Juga bukan pada ukuran yang zahir tetapi pada nilai maknawi..

Kaedah untuk memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal, ilmu, dan jasa.Sedekah contohnya.Pahalanya berterusan…Menyambungkan silaturrahim juga boleh panjangkan umur…

So, selamat beramal….
Fighting !!!!






Cinta tu perlukan pengorbanan
Korbankan segala-galanya…
Cinta kadang-kadang buat kita rasa sakit
Yang kadang-kadang buatkan kita akan kata
“ Pain bro… Pain …..”
Dan cinta itu perlukan kesabaran yang amat tinggi…
Bersabarlah…
Dan mungkin cinta tu buatkan kita perlu mengembara jauh…
Dan itu yang terbaik..
Maka fighting and live your life…!!!!



mode:pening lalat nak pilih course untuk upu... perlu fikir sedalam-dalamnya..:(

Monday 6 February 2012

Thursday 2 February 2012

Jangan direnung pahitnya usaha...

Jangan direnung pahitnya usaha.Tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan…




Ya.Allah tengok usaha kita, bukannya hasilnya…
Kita dah usaha semampunya..

Tapi kan…
“Aku dah usaha..Dua malam aku tak tidur…Tapi kenapa aku still tak boleh jawab..
Atau lebih tepat lagi,result aku hancur…?? “

Yup..Kadang-kadang kita dah usaha sedayanya..
Tapi keputusan yang kita dapat masih teruk…
Ketahuilah sememangnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya…
Dalam hidup ini,semua orang akan berjaya..
Cuma lambat atau cepatnya…

“Tapi aku dah usaha…”
Mungkin kita masih tak layak untuk menerima kejayaan tu…
Masih banyak yang kita perlu perbaiki…
Oleh itu,hadapilah dugaan ini dengan penuh  tali kesabaran…

“Cakap senanglah kan..Tapi aku yang rasa..”
Dalam Quran ada sebut…
‘Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar….’
Al Nahl : 96

Bila melihat sirah Rasulullah…
Rasulullah pernah berhijrah ke Thaif untuk menyebarkan dakwah baginda..
Tapi apa yang baginda dapat daripada orang Thaif???
Baginda dibaling dengan batu sehingga luka kaki baginda..
Kaki baginda penuh dengan darah..
Sampaikan selipar baginda boleh melekat kat kaki baginda..
Begitu banyaknya darah kan…
Tapi baginda still tak putus asa dan terus bersabar…
Dan cuba teka bila Islam tersebar luas kat Thaif…?

Tengoklah,baginda pun tak pernah berputus asa dengan rahmatNya..
Jadi,siapalah kita nak dibandingkan dengan baginda
 yang nak putus asa dengan rahmatNya yang tak terhitung tu…….

Mungkin air mata itu pernah mengalir..
Tapi sedarilah bahawa air mata itu bukan air mata lemah..
Namun air mata harapan yang akan manampung semangat kita
untuk tetap bertahan dalam iman..

Dan harapan kepada Allah bukanlah harapan mainan,
Tapi harapan kepada Dia yang tak tidur,
Yang selalu mendengar doa kita…..



Dan fighting….:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....