Monday 17 September 2012

Sabah : Sepilok

"Hari Sabtu ni tak free jugak." 
"Kenapanya?"  Kepalanya dihalakan kepada temannya di sebelah. 
"La. Tak tahu lagi ker?"
"Kenapa?" Dia masih bingung.
"Kita nak pergi sepilok kan?"
"Serius?"
" A'ah...Orang ada post dalam fb..." Dan saat itu,hatinya sudah pun melonjak gembira... Hujung minggunya terisi jua.

****

"Best sepilok tu.." Dia yang sedang memakai sandalnya memandang ke arah senior yang sedang berdiri di muka pintu. Menghantar si junior yang baru hendak bertatih itu barangkali.
"Betul ea.."
"Betul.. Korang enjoy la ye.."
"Okay..."


Dan...



Akhirnya kaki berjaya juga dijejakkan ke sepilok. Kalau selama ini hanya mampu melihat di dalam buku Geo,akhirnya mimpi menjadi nyata.




First time masuk,memang terasa hutannya. Bimbang juga andai ada yang datang menerjah...



Lain yang ditunggu,lain pula yang menerjah.. Dan saat itu,hanya ALLAH tempat bergantung...

^_^

Tapi,jangan ingat yang sepilok itu hanya orang utan semata-mata. Sepilok hanya sekadar nama tempat. Di sana juga ada RDC. RDC? RDC stands for rainsforest discovery centre. Hutan hujan tropika.







Serius...
Pertanian tu tersangat la luas. Semakin kita kaji,semakin kita akan mengembara jauh. Semakin dalam akan kita selaminya. Juga semakin kita sedar yang nikmat dan kurniaan Allah itu begitu tak terhitung. 

Subhanallah...

Semoga kita pandai menghargainya...

Fighting!!!




Wednesday 12 September 2012

Sabah : Sandakan


Sandakan. Tempat perjuangan yang  kini bermula.
Perjuangan yang tidak pernah terlintas di fikiran tetapi sudah pun tertulis oleh Dia.
Perjuangan yang hakikatnya bukan sesuatu yang senang.

"Truly,this programme is not easy."
Dr. Bonaventure





bilik tidur di ums sandakan

  
Di sini kami semua diibaratkan seperti keluarga.Susah senang bersama.
 Syukur atas segala nikmat itu. 

Walau bagaimana pun,rindu kepada makanan semenanjung memang tak dapat dibendung. Sabar je la kan.

Untuk beberapa hari ini,kebosanan begitu melanda.
Bangun,tidur. Bangun,tidur.
Nak ke bandar? Perjalanan yang sekejap tetapi menyeksakan itu memerlukan saya untuk berfikir banyak kali. Bayangkan selama ni naik bas tak pernah pun nak muntah,ni....

Dan sekarang, surau hanya sebelah bilik je. Aduh. 
Speechless.. Tak tahu nak kata apa...

Hakikatnya,sini bosan. 
Dan terfikir,orang yang tak layan kpop pun mungkin akan layan kpop dekat sini. 
Dan orang tak minat cerita korea pun at last akan teraddicted.

jalan yang harus dipilih

Terfikir.....

Tapi tu ke perubahan yang mampu kita lakukan? 
Dan mungkin orang yang tak pernah pergi surau pun at last akan pergi surau. 
Dan mungkin yang tak pernah baca tafsir pun at last akan baca dan digest isi Quran tu.

Kan?
Setiap hari kita lalui perubahan.
Cuma samada perubahan itu kearah kebaikan atau pun keburukan.

Berubahlah walaupun payah.
Walaupun sakit..
Walaupun perit.
Ya,berubahlah.
Fighting!!!!

Thursday 6 September 2012

Sabah : UMS

Disaat semua orang di Semenanjung masih enak dibuai mimpi,
saya telah pun bangun pagi. 
Agak pelik juga untuk bangun solat subuh pada pukul 5pagi. 
Tapi itulah kenyataannya. Saya kini berada di Sabah.
Lebih specific lagi,saya kini berada di UMS.
UMS stand for Universiti Malaysia Sabah.


Pertama kali memandang bilik di sini..
Hati berkali-kali berkata untuk belajar bersyukur.
Kerana masih ramai lagi insan yang mendapat lebih teruk daripada ini.
Dan bukannya susah pun nak bersyukur....
^-^

keadaan bilik selepas dikemas.


dewan cancelor. 


Dewan ini telah menyaksikan betapa air mata ini hampir menitis.
Betapa hati ini terharu setelah selesainya majlis ikrar.
Saya kini mahasiswa UMS.
Saya kini pelajar tahun 1 yang menggalas harapan ramai orang.
Saya akan terus fight!!!


Paling menghappykan,tak sampai seminggu berada di sabah,
 kaki sudah pun dijejakkan ke pantai.
Pantai dalam UMS. 
Hebatkan UMS KK ni. Siap ada pantai lagi.
Airnya hijau. Bayunya nyaman.
Rindu dekat pantai di kampung halaman.










airnya hijau. menunjukkan betapa dalamnya laut itu.




Button sekolah pertanian lestari


deretan botol air yang diterima sepnjg msm



Habis sudah msm(minggu suai mesra) di ums kk. 
Perjalanan seterusnya adalah ke ums sandakan...
Satu lagi coretan baru di bumi sabah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....