Sunday 15 May 2011

Takut hantu????


Al-kisahlah suatu malam tu aku tinggal sorang kat rumah….Dipendekkan cerita,datanglah satu rombongan nie yang nak tumpang sembahyang Maghrib…Ketika diorang masuk tu,adalah seorang mak cik yang cakap…
          “Tak takut ker duk sorang nie?Beraninya….”
Pastu adalah yang menambah
          “Aaahhh…Beraninya…”
Terlintas kat fikiran aku..
‘Ye laa..!!!Betul ker aku nie berani?Bukankah aku nie penakut.. pontianaklah.. poconglah.. toyollah.. dan macam-macamlahh…’
Tapi siapa yang perlu aku takutkan sebenarnya???
Hantu???
Jin???
Perompak???

Perlu ker aku takut kat diorang melebihi takutku padaNya???????

Bukankah Allah saje yang perlu kita takut..??Kalau tak salah aku laa…
Kalau difikirkan balik,semua tu makhluk Tuhan jugak..Lemah dan tak berdaya,kecuali dengan izin Allah…

Bukankah Allah sentiasa  ada menemani kita??Dan aku yakin yang kalau kita rasa yang hidup nie bertemankan Allah,tentu kita akan berani…
Sebenarnya,takut tu especially hantu r,mindset kita jew..Kita dah setkan kat otak kita yang kita nie takut hantu..Pastu mulalah kalau kat tempat gelap tu,takut tak bertempat…Padahal hantu tu takde pun sebenarnya…..So,cepat-cepat laa ubah mindset kita…

‘Tapi camne ea kalau terserempak dengan hantu???Dia nak cekik kita…Kalau dengan perompak????’

Kalau terjumpa dengan diaorang,tawakallah kepada Allah….Tapi sebelum tawakal tu,kenalah usaha dahulu….Contohnya kalau jumpa perompak tu,buka r bunga silat,even tak pernah belajar pun…Tak pun lari r laju-laju….Nie just cadangan jer,nak buat,buat laa….


Teringat kat ayat seribu dinar…

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akn membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya...Dan barangsiapa yang bertawakal kepada kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya….Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu……
Surah At-Talaq ayat 2-3

So,lepas nie,janganlah takut lagi…Jadilah seorang yang berani………




Sunday 1 May 2011

1 Mei = Kembara Perubatan = Heartbeat.....

Hari nie 1 Mei…Hari apa yer???Hari pekerja kan…Yup…Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja di Malaysia dan di dunia…Kerja baik-baik ea…..

Tiba-tiba aku teringat pulak yang pada 1 Mei 2010,aku ada pergi satu kem…Kem Kembara Perubatan namanya…Unikkan nama kem nie…Seunik orang yang anjurkan dan jayakan kem nie…Yang anjurkan tu adalah students UKM dan yang jayakan faham-faham je laaa…Tentulah students SHAMS dengan bantuan students UKM ….:D


Kat kem nie,aku dan kawan-kawan memang happy r coz kitaorang didedahkan pada bidang perubatan dan pelajar-pelajarnya….Dan kitaorang boleh enjoy…!!!!

So hari nie,1,Mei,genaplah setahun aku kenal fasi-fasinya………Fasi??Yup..Kat kem nie aku dan kawan-kawan dibahagikan kepada group masing-masing dan dalam group tu adanya fasi-fasi yang banyak membantu…

Kumpulan aku diberi nama HEARTBEAT….Nielah first time aku dengar nama heartbeat dan terus tersuka kat nama nie…
Heartbeat??Kenapa hearbeat??Dalam banyak-banyak cadangan,heartbeat jugak yang terpilih..Nama heartbeat nie sebenarnya dicadangkan oleh seorang ahli group aku  yang 
masa tu tengah fanatic giler kat lagu heartbeat nyanyian 2p.m. tu...So,kitaorang pilih aje….


Heaartbeaat…Beat for you…..Ohhhhhhhhhhhh…Heartbeat…….

Nielah cheers kitorang….Kitorang sama-same fikir dengan bantuan fasi kitaorang…Memang semangat r kitaorang laungkan statement nie…..

Balik pada kem nie pulak………
Teringat  kat forum yang diadakan..

“Realiti pelajar perubatan….Memang no life..Tapi nak jadi ulat buku tu,itu semua pilihan kita..dan keluarga mesti diutamakan……..”

Teringat kat LDK…Memang seronok r..Kitaorang,satu group,heartbeat, diwajibkan reka hospital sendiri dengan  carta organisasinya + kemudahan hospital tu…..Dengan tunjuk ajar para fasi..Masa nielah kitaorang kenal ENT,O&G dll…..


Dan akhirnya ‘wujud’lah Hospital Darul Syifa’…Pengarahnya tentulah ketua group dan konco-konconya yang terdiri daripada 2orang students fom5 dan beberapa orang students fom4..Aku memegang jawatan sebagai pakar O & G…

Masih lagi aku teringat soalan juri tu ketika present pasal hospital nie supaya dapat diluluskan oleh kerajaan…..:D

”O & G tu,ape nama panjang dia ea???”
“Obs and Gyne??”
“Hahaaaa…tu singkatannya…Nak yang panjang punyer…..”
…the rest is history…..

Masa kat akhir pertandingan tu,group aku seri, dengan satu kumpulan lagi…So,adalah satu soalan penentuan….

          “Bagitau nama penuh fasi korang……..”

Aku tengok ‘pengarah hospital’…Aku tengok ‘ahli farmasi Darul Syifa’…Diorang semua angkat bahu….Dan akhirnya kitorang kalah coz kumpulan satu lagi tu sempat lagi tanya kat kawan fasi diorang…….So,kitaorang terpaksa r terima kenyataan……Yang kitaorang takley nak laungkan ….

Heaartbeaat…Beat for you….. Ohhhhhhhhhhhh… Heartbeat…….

kat atas stage….

Bila kitaorang citer pasal tu,nie ayat kak fasi kitaorang
          “Terror gak korang ea…..”

Tapi sekarang nie,kakak and abang lagi terror coz korang  bakal mencapai impian korang tak lama lagi…Jeles ea..Apa-apapun,tahniah laa untuk kak Zati dan abang Aliff…Nanti bila dah kerja nanti,kerja baik-baik ea…hehe…..Ada jodoh,kita jumpa lagi….:D


Dan aku….???Kamu …???Mungkinkah impian itu menjadi kenyataan?????Tepuk dada,tanya iman….All da best semua!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....