Monday 25 November 2013

Ukuran kejayaan

Letih...
Kadangkala dalam perjuangan ni saya rasa tersangat letih.
Letih dengan test, assignment,  dan presentation.
Letih sampaikan terasa nak tidur sepanjang malam tanpa bangun-bangun (dah terbuat pun).
Letih nak memikirkan cara nak maintain dan naikkan pointer.

Dan kadangkala saya terasa sakit.
Sakit kerana ukuran kejayaan saya adalah pada pointer.
Ya, pada pointer yang 4 rata [baca:flat] tu.

Hakikatnya, 4rata tu adalah nilai semata-mata.
Kerana....

Orang yang 4rata tu belum tentu berjaya dan yang tak dapat 4rata@atas 3.5 belum tak berjaya.

Sakit. Sungguh...

Kenyataannya, berjaya tu subjektif. 
Ada yang berjaya itu apabila dia rasa bahagia.
Ada yang berjaya itu bila dia dapat 12A+.
Ada yang berjaya itu apabila dia menjadi seorang photographer @ penulis @ pelukis walau tanpa 4rata.
Dan....

Sebetulnya.....
Berjaya itu didefinisikan apabila  dia lakukan sesuatu yang sedikit tetapi tetap istiqamah. 

Itu definisi berjaya yang sebenarnya.



"Bukan berjaya namanya kalau hanya belajar untuk exam je. Bukan untuk ilmu. Dan bukan berjaya namanya jugak kalau belajar hanya time exam je dan tak konsisten untuk belajar."

"Walaupun BERJAYA dapat pointer yang tinggi?"

"Yup... Sebab berjaya tu apabila kita lakukan benda yang sedikit tapi istiqamah. Tak kesah la kalau tak dapat 4rata pun. Asalkan istiqamah belajar. Bukan time exam je."

Jatuh rahang...


"Tapi tak salah pun kalau nak score 4rata. Asalkan niat dan caranya betul."

Wednesday 23 October 2013

Assignment mikrob

Untuk dua tiga hari ni, satu fenomena dah terjadi untuk budak diet sem 3. 

Fenomena mikrob.

Kami ada dapat satu assignment mikrob yang memerlukan kami untuk berkomunikasi dengan sahabat yang bukan satu tempat tinggal. Jadinya, kampus saja la tempat untuk segala perbincangan.

Dan ini adalah dialog yang tak asing lagi untuk dua tiga hari ini.

"kami nak pergi library ea. Nak wat mikrob."

"awak dah siap part awak? Bila kita nak combine?"

"dah tiga malam n hari berturut-turut nak siap kan assignment ni tau."

"kalau virus, dia mati bila kena high temperature. Tapi kalau prion tak."

"tak habis- habis virus dia. Mentang-mentang buat virus."

Dan sampai satu tahap.....

"tengok muka awak, saya terus ingatkan assignment kita. Huh..."

Itulah penangan food mikrobiologi.

Juga penangan seorang pelajar,seorang pejuang.

Hectic. Fatigue. Restless.

Mula- mula nak buat assignment ni, hati tertanya-tanya.

"sempat ke nak buat semua ni?"

Sebab....

Kita punya tanggingjawab. Dan kadangkala tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yag kita ada.

Tapi....

Adapun masa yang kita ada itu banyak, adakah kita guna itu untuk buat tanggungjawab kita yang berlambak tu?
Boleh ke nak cakap tak cukup masa kalau masa yang ada tu sepuas-puasnya kita guna untuk tidur? Untuk berfb pada yang bukan-bukan?

Ya....
Banyaknya masa yang kita ada bukan pada kuantitinya. Tapi pada kualitinya.
Bukan pada angka tapi pada usaha.


Ayuh guna masa yang ada dengan benda yang berfaedah.
Untuk siapkan tanggungjawab kita.

Tanggungjawab sebagai pelajar. Anak. Kakak. Kawan. Dan yang penting sebagai muslim...





Thursday 10 October 2013

Housewarming

Cerita hari-hari lepas

“Cepat! Kawasaki.. Kawasaki...” Hana menjerit memanggil housematesnya saat mendengar bunyi enjin motorsikal Kawasaki  Ninja yang berwarna hijau itu.

“Wah. Dengar bunyi yang sayup-sayup tu pun dah boleh tahu ea?” Seorang teman serumahnya berkata. Itulah rutin mereka untuk beberapa hari yang lepas.

Stalk jiran-selang-dua-buah-rumah.

“Ooooo.......” Semua bagaikan terpaku melihat Kawasaki hijau itu melewati rumah mereka.

“Handsomenya Kawasaki...”

“Dia pakai speck la..”

“Dia baru balik makan la...”

“Rasanya dia baru balik surau tu...”

Rumah mereka riuh lagi...

Nota farmakologi di atas meja jepun langsung tidak terusik. Terganggu dek  kehadiran En.Kawasaki @ gelarannya Casper.

******

“Huh.. Letihnya..” Imran menghempaskan badannya ke sofa. Jaket hitam yang berbalut dibadannya dibiarkan begitu saja. Dia penat.

“Siapa yang datang tadi?” dia menyapa teman serumahnya yang sedang duduk menonton tv.

“Siapa?”

“Aku nampak macam ada girls je yang datang rumah kita tadi. Diorang buat apa?”

“Owh.. diorang ajak pergi housewarming diorang..”

“Ye ke? Tapi kenapa macam masam je...” dia bertanya apabila mengingatkan raut wajah perempuan yang juga melewatinya tadi. Dia senyum. Tapi senyumannya tak berbalas.

‘Dan ia bukan seperti biasa,’ Imran berbisik sendiri.

“Ceritanya........”

“Woi. Pwit..Pwit..” Dani memanggil perempuan yang berlalu melewati rumah sewanya. Tanpa salam dan sangat.... Annoying....
“Ya?”
“Student u ea?”
“A’ah.”
“Medic ke?”
“Tak la. Dietetik.”
“Owh... Ingat medik....” dengan senyuman penuh sinisnya.

"Kenapa kau buat macam tu?" Imran bertanya kepada Dani. 

"Hmmm?"

"Kita nak berjiran bukan dengan doktor je. Mungkin kebetulan yang jiran sebelah rumah kita ni doktor. Tapi tak semestinya semuanya doktor... Dietitian okay apa..."

"Lain macam je bunyinya..."Dani sudah tersengih.

"Takde maknanya..."


Cerita hari ini

"Kita boikot Casper and da geng. Dia datang buat macam biasa je." Hana berkata dengan penuh semangatnya.

"Tapi dia tetap tetamu kita..." seorang temannya yang lain berkata.

"Sabda Nabi, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.." temannya yang lain menambah pula...

*****

"Hari ni 10 haribulan. Dan esok 11 haribulan...." Imran ralit melihat kalendar pada plannernya.

"Dan esok housewarming tu......" Dani tersengih penuh makna. Dan tak semena-mena, sebiji bantal empat segi mengenai mukanya...


Friday 20 September 2013

A baby sitter with three kids

Dia menjenguk bilik mandi yang bising. 

"Adib,Aqil, cepat sikit mandi!!!!" Suaranya naik satu ton. Sudah setengah jam dia menunggu untuk budak- budak itu siap mandi, namun tidak siap juga...

"Cepat sikit!!!" dia sudah pun masuk ke bilik mandi dan lantas memandikan mereka. 

Usai mandi, dia pantas mendapatkan baju dan pampers budak- budak tu. Sekali lagi kepalanya pening melayan kerenah kanak- kanak itu.

"Aqil,mari pakai pampers," dia mengejar Aqil yang sudah pun berlari lari tanpa baju...

" Adib, cepat mari sini,"dia memanggil Adib yang pergi mengambil bajunya semula setelah tidak puas hati dengan baju yang dipilih dia.

"Cepat baring,"dia memberi arahan kepada Aqil yang tidak boleh duduk diam itu.

"Eh, nak dengar cerita tak?" dia berkata setelah melihat keadaan seakan sukar nak dikawal. 

"Nak..." Aqil membalas. 

"Dah... duduk diam sikit," dia memakaikan pampers kepada Aqil sambil lututnya gigih mengulit kerusi baring Amni.

"kak chik, tunggu dulu," Adib tetiba datang ketika dia hampir memulakan cerita.

"Jangan cerita lagi!!!"

"Dah cepat sikit," dia memakaikan pula pampers kepada Adib.

"Cepat!!! pakai baju pula," dia menghulur baju kepada dua beradik itu.

"Dah. citer la..." Adib memberi arahan pula.

"Citer pasal Nabi Yusof....." matanya bercahaya ingin bercerita kisah Nabi Yusof, Nabi yang hensem dan menjadi idaman ramai wanita.

"kak chik citer dah...." Adib ttetiba menyampuk.

Gulp. Dia telan liur. Dah citer??? Dah tu je kisah Nabi yang kak chik ingat. Dia berkata dalam hati.

Serius, lepas ni kena khatam cerita nabi lain pula. Hatinya menjerit pula...

dia pandang Adib dan Aqil yang sudah pun duduk diam, bersedia nak mendengar cerita.. Amni yang berbaring di atas kerusi diulit perlahan pula.mencari idea barangkali.

Blackout....

Akhirnya dia menyambung cerita nabi Yusof itu semula tapi dengan bahagian yang lain dan gaya penceritaan yang lain.

Aqil,Amni n Adib








Monday 12 August 2013

Musim Raya


Dia membuka pintu peti sejuk dan dalam pintu peti sejuknya dipandang tak berkelip. Air yang pelbagai warna membuatkan dia tidak tahan.

“Betul la...” Dia berkata kepada dirinya sendiri.

Betul la apanya? Hatinya bertanya.

“Betul la yang even budak diet pun boleh lari dietnya pada musim-musim raya ni.” 

Dia lantas mencapai sebotol air berkarbonat berperisa strawberi dan menuangkan ia ke dalam gelas. Sebelum tu dia sudah pun meminum air berkarbonat berperisa anggur di rumah saudaranya sebelah emak.

Musim raya ini, dietnya bagaikan lari bertempiaran. Langsung takde trek.

9pagi, dia melantak satay dan air berwarna hijau.
10pagi, dia melantak pula nasi dagang dan air berwarna merah+pink.
11pagi,.......
12tengah hari,.......
2petang,........
3petang,....
4petang,.....
5petang,......

“Ahhh.. Kalau macam ni, kencing pun boleh terlebih manis. Darah pun boleh terlebih tinggi.” Dia berkata lagi.

Tapi sukar nak elakkan semua tu. Especially pada musim raya ni. Kalau bulan puasa tu pesta juadah, bulan syawal ni karnival makanan pulak. Macam-macam juadah ada. Lebih-lebih lagi semuanya free bukannya macam buffet ramadan tu... Hatinya membalas.

“Habis tu, ingat senang ke untuk katakan tidak???”

Mujahadah wei... Hatinya memberikan jawapan yang boleh menghentikan bicaranya. 

Kalau dah tahu nak pergi beraya, bawalah jugak air masak. Buat spare dalam kereta kalau-kalau dah terlebih minum ‘air segera’ tu. Musim-musim raya ni, ‘air segera’ tu la paling cepat nak siap dan mudah nak buat. Pastu, kalau dah tahu nak pergi beraya banyak rumah, janganlah makan banyak-banyak. Berpada-padalah ketika makan tu. Ingat sikit! Hatinya menambah.

“Simpan 1/3 ruang perut untuk makanan. 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk udara. Tapi sekarang?” Dia tiba-tiba teringat satu hadis nabi.

“Perut sekarang rasa macam terlebih muatan je. Overloaded.”Dia lantas berbaring diatas kerusi panjang sambil matanya masih pada skin televisyen. Tangan kiri diletak di atas perutnya.

“Ni satu lagi. Lepas makan terus baring. Langsung takde exercise. Dah tahu makan banyak, pandai-pandailah bersenam. Kalau tiap-tiap hari macam ni, mane taknya dapat penyakit.”Dia membebel kepada dirinya sendiri.

“Haish....Ni susah jadi budak diet. Dietetik. Apa yang dipelajari kat dalam kelas susah nak diaplikasikan dalam daily life.”

Betul ke? Cuba bagitau apa maksud dietetic dan apa maksud nutrition tu? Hatinya bagai menyangkal.

Nutrition= the science of how the living organism obtain and use food to support all the process required for their existance and to prevent disease. nutritionist relate to healthy people. 

Dietetic= the study of nutrition as it relate to the patient.

So, dietetik untuk orang sakit dan nutrition untuk orang sihat. So, apa yang kau belajar tu hanya untuk orang sakit. Bukan orang sihat macam kau.

“Habis, nak kena tunggu sakit dulu ke baru nak jaga makan? Jaga badan? Makan ikut suka hati dan tak payah bersenam???  Alahai, masa sakit tu menyesal je la jawapnya. Jaga makan pun dah tak guna. Prevention is better than cure.” Iqram pantas bangun daripada baringnya. Jam di dinding dijelingnya. 10 malam.

“Kena tidur awal ni. Pagi esok nak bangun awal. Nak exercise. Pergi jogging ke. Buat seat up ke. Atau brisk walk ke. Tak pun, bangun qiam 9rakaat pun jadi.”



# Makan sedap atau makan sihat??? Pilihan di tangan kita.~

Saturday 11 May 2013

Malas



Life sebagai student kadangkala tak lepas daripada perasaan ni.
Dia akan jadi double bila assignment datang bagai hujan yang mencurah. 
Uncontrol.

tapi...

walau kaki memberat, 
jangan pernah berhenti...

teruskan melangkah
sampai hujung nyawa.
sampai last minute. eh?

fight!!!


*this assignment totally cracked my nerve. macam mana nak tulis  and describe pasal kristian tu??? tambah-tambah bila kerja dah sampai last minute. haila.. fight je la

Wednesday 1 May 2013

Untuk sehelai kertas ker???



“Dah siap pun print.” Pantas saja dia mengambil kertas yang baru keluar dari printer itu.

“Cuba bayangkan, kita belajar empat tahun hanya untuk dapat sehelai kertas ni… Memang tak berbaloi la kan???” Dia menunjuk kearah kertas itu. Sehelai ijazah yang dibuat semata-mata untuk menghadiri mock interview pada keesokan harinya.

“Tak sangka betul. Kita belajar selama ini, hanya untuk benda ini.” Dia berkata lagi.

“A’ah la.. Langsung tak berbaloi..” Seorang temannya menyampuk pula…

“Kita belajar bagai nak rak, hanya untuk mengenggam segulung  ijazah yang hanya sehelai kertas. Memang takde benefitnya…” Temannya itu menyambung lagi.

“Penat-penat kita belajar siang malam dan hasilnya macam ni?”

Dia geleng kepala. Tidak percaya barangkali.

“Hmmm..” Hanya itu yang keluar dari mulut temannya.

“Kita buat nota. Kita karang esei. Kita tekan kalkulator sampai nak patah jari jemari kita. Eh, bukan kita, tapi sayalah... Dan alasannya hanya untuk memegang segulung ijazah.” Dia geleng kepala. Terasa bagai semuannya sia-sia belaka.

“Tu la kan...” Temannya menambah.

‘Tapi betul ke aku belajar hanya untuk ini?’ Terdetik suatu persoalan di lubuk hatinya. Dari dasar hatinya yang dalam.

‘Aku belajar hanya untuk genggam ijazah ni ke?’ Dia bertanya pada dirinya. Tiba-tiba dia jadi buntu. Lagi buntu berbanding saat ingin menyelesaikann soalan midterm food analysis yang kata Malin adalah soalan yang paling susah sepanjang hidupnya.

‘Betul ke aku belajar sekadar nak dapat markah tinggi. Sekadar nak score. Nak bahagiakan mak ayah aku?’ Dia bertanya lagi.

“Tak. Kita belajar bukan untuk genggam ijazah je la.” Tiba-tiba mulutnya berkata. Random.

“Kita belajar untuk dapatkan ilmu. Kita belajar untuk kutip pengalaman berharga yang sukar nak kita cari.” Dia menyambung lagi.

“Ya.Bukan ijazah semata-mata.” Dia menguatkan lagi hujahnya.

“Hehehe..” Temannya itu hanya tersengih. Mungkin hilang bicara.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.Hadis sahih riwayat Muslim

Bagai terngiang-ngiang tazkirah yang pernah dia dengari ketika di SHAMS suatu masa dahulu. Dia angguk kepalanya.

‘Ya. betulkan niat kau kembali. Belajar bukan untuk score. Tapi belajar kerana ilmu. Kerana Allah.’

“Ilmu yang diamalkan tu adalah pencen kubur kita. Ia akan bantu kita bila kita dekat kubur nanti.”  Dia berkata. Lebih kepada mengingatkan kepada dirinya sendiri.

“Dan selalulah berdoa moga-moga kita dikurniakan ilmu yang bermanfaat. Ilmu tu bermanfaat bila ilmu tu semakin mendekatkan diri kita dengan Allah. Bukan semakin menjauh. Sebab takde gunanya stay up sampai tiga empat pagi, tapi Subuh terlepas. Tak pun, dah alang-alang stay up sampai tiga pagi tu, pergilah ambil wuduk dan solat sunat.” Temannya pula menokok.

Gulp. Dia telan liur. Terasa. Siapa yang makan ubat, dialah yang rasa pahitnya.

“Yup.” Dia angguk kepala.

“Okay la. Nah.” Dia menghulurkan syiling 20sen kepada temannya. Duit-print-sijil.




p/s: Senyum tengok markah anatomy. Tak sangka pun ada. Apa-apa pun, Alhamdulillah.....

Friday 12 April 2013

Kosong



Kosong….
Bila kosong tak bermakna ia putih…
Tapi tidak juga ia hitam.

Yang pasti,
Kosong itu perlu diisi…
Kosong itu ada ruang yang perlu dipenuhi
Kosong itu ada sesuatu yang perlu dicari
kosong itu tidak boleh dibiarkan kosong selama-lamanya

Kosong itu perlu diganti
Baik dengan ilmu.
Lebih baik dengan iman.
Lebih lebih baik dengan insan.
Eh…?

Baik dengan insan.
Lebih baik dengan ilmu.
Lebih-lebih baik dengan iman.
Ya, kosong itu perlu diisi. Perlu dipenuhi.
Asalkan ia tidak menyalahi syariat…
Agar ia tidak lagi bernama kosong

Kosong…
Cubalah isikannya,
Walau payah,
Walau lemah,
Walau sukar...

Fighting!!!

Gula kapas

kredit tu pak cik google


“Kak chik, tolong buka jap..”

Dia mengambil bungkusan di tangan Adib. Lama dia tatap benda di tangannya itu.

“Ni makanan tak berkhasiat ni.” Dia berkata sambil bergurau. Sekadar menduga dan juga memberi peringatan. Sambil menyelam minum air katakan.

“Kak chik sayang tak laptop kak chik?” Adib membalas. Nadanya selamba, tapi  maknanya  mendalam sekali.

Perghhhh. Ni ugut ke apa? Warning kah? 

Sayang tak laptop kak chik? Aduhai..Siapa yang tak sayang laptop sendiri… Segala macam folder ada dalam tu. Tiba-tiba kena warning macam tu…..

Huh. Sentap.. Buat seketika dia terdiam. Dia pandang Adib yang masih selamba itu. Hilang kata.

Setelah beberapa saat berlalu begitu saja, dia akhirnya bersuara.

“Dah Adib sayang tak badan Adib?” Langsung tidak terlintas di fikirannya untuk berkata begitu. Namun, itulah yang terzahir.

Kali ini, Adib pula yang terdiam. 

“Adib sayang tak badan Adib?” Dia mengulang lagi. Di dalam hatinya sudah pun mengangkat bendera kemenangan.

“Kalau sakit macam mana? Benda ni kan manis.” Dia menunjuk gula-gula kapas di tapak tangannya. Makan sekarang memanglah tak sakit. Tapi lama-lama nanti...

“Badan Adib tu bukan nak pakai kejap je. Kalau boleh nak pakai sampai bila-bila. Takkan nak sakit kot.” Dia berkata lagi. Selamba.

Hakikatnya, gula-gula kapas tu memang manis. Dengan pewarna lagilah... Memang tak bagus untuk kesihatan pun.. Walau luarannya sangat menarik. Dari jauh dah boleh nampak warnanya yang boleh dikategorikan sebagai ‘bersinar’ tu.  Cantik saja tapi tak bagus pun tiada gunanya.

“Cepatlah buka!!!!” Adib sudah pun buat keluar aura raksaksanya.

Huh. Ni yang malas ni. Suka sangat pakai gaya diktaktornya itu.

Dengan paksa-rela-nya, dia membuka getah yang mengikat plastik yang berisi gula kapas itu. Lantas dia menghulurkan gula-gula itu kepada Adib. Takut andai nanti akan ada konsert rock yang berlangsung.

Dia pandang Adib yang mengambil plastik gula itu dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih lincah menekan skrin tablet. Adib, Adib...

Dilihat makanan itu hanya sedikit terusik.  Sedikit saja.

“Kak chik, tolong ikat balik...”

Dia mengambil plastik yang dihulurkan. Senyumnya tertahan di dalam hati. ;)

Monday 8 April 2013

Mandarin


“Eh, saya tak balik dengan korang kot.”
“Kenapa?”
“Dia nak singgah kedai kejap. Saya ikut dia ea...” Telunjuk kanannya menunjuk ke arah teman di sebelah. Tangan kirinya pula kemas memegang nota mandarin. Almaklum lah... Baru kelas pertama... Semangat la sikit nak belajar bahasa baru ni.
“Owh.... Betul ea korang tak nak balik dengan kitorang?” Teman itu memandang lama kearah dua teman di hadapan.
“Betul... Korang balik la dulu.” Dia angguk meyakinkan. Kalau tak pergi sekarang, stok dekat dalam bilik memang takde la....
“Okay...” Sepatah saja teman itu menjawab....
Usai kaki melangkah masuk ke dalam kedai itu, mereka disapa oleh tauke kedai tu.
“Ni hao.”
“Ni hoa..” Mereka pantas menjawab.
“Eh, baru belajar ke?” Riak terkejut jelas tergambar di muka tauke itu.
“A’ah.” Senyum.... Lepas kelas terus ada aplikasi.
“Bila ditanya soalan ‘Ni hao ma?’ yang patutnya kamu jawab adalah ‘wo hen hao’ kan....???” Tauke itu beramah mesra lagi dengan mereka.
Mereka  hanya mengangguk. Betullah apa pak cik tu cakap dengan apa yang mereka belajar di dalam kelas.  Kalau nak translate dalam bahasa Melayu, ni hao ma tu bermaksud awak apa khabar?
Dan jawapannya tentulah  saya sangat baik....
Tapi betul ke tu skema dia yang sepatutnya kita jawab?
Sepandai mana pun kita berlajar bahasa asing, jangan la kita lupa asal usul kita. Kalau kita Muslim, skema jawapan dia apa?
“Kita kenalah pandai ubah apa yang kita belajar  tu  sebaiknya.” Tauke itu berkata lagi.
Kening mereka sedikit berkerut. Ubah? Blur. Nak ubah apanya..? Karang jadi lari makna pula kan.
“Kalau orang tanya ni hao ma? Jawablah Xie xie Allah... [faham: Alhamdulillah]”
Diaterkedu. Baru belajar satu bahasa dah terlupa. Dah terlupa siapa yang kurniakan semua nikmat tu. Dah terlupa nak ikut skema yang betul. Yang penting, dah terlupa nak ucap syukur.
Ya,bahasa baru apa pun yang kita belajar, janganlah pernah abaikan apa yang dah kita belajar lama tu. jangan lupa untuk jawab ikut skema yang betul. Ikut skema Allah dan Rasul.
Dan belajar bukan di dalam kelas sahaja. di mana-mana pun kita boleh belajar. Yang penting, bukakan minda dan jiwa untuk terima ilmu tu walaupun sukar untuk didigest...
Sama-sama la kita berusaha untuk tambah ilmu kita. Sama-sama juga perbaiki diri kita agar hari esok lebih baik daripada semalam.
Jangan mengalah. Teruskan melangkah.
Fight!!!
:)

Saturday 16 March 2013

Situasi-situasi


Situasi 1

“Nah. Bagi dekat ER.” Dari jauh sehelai kertas sudah pun ‘berjalan’ dari tangan ke tangan dan akhirnya sampai ke tangan dia.
“FASKES?” Ha? Jadi Ahli FASKES(Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan). Dia hanya mampu tersenyum kelat.
“Nak ke tak ni?” Dia pandang lama borang di tangan. Borang untuk jadi AJK FASKES. Matanya lama kaku pada borang di tangan.
“Boleh ke aku catch up semua benda kalau join benda ni? Dah la aku banyak benda yang nak dibuat.” Dia menimbang-nimbang. Separuh hati dia mengatakan ya. Dan separuh lagi mengatakan tidak. Dia akui dia memang nak join benda tu. tapi....
“Huh. Macam mana ni?” Dia buntu.
“Nak ke tak?” Dia berfikir lagi.
“Saya tak nak la. Saya ada banyak benda lagi nak dibuat.” Akhirnya keputusan dibuat juga. Kertas di tangan dihulurkan kembali kepada temannya.


Situasi 2

“ER mana? ER ada tak? ER....!!!” Dari luar bilik sudah kedengaran suara temannya memanggil.
“Apa?” Dia yang sedang berbaring sambil membaca buku itu bangun dari baringnya.
“Kitorang nak cari orang untuk pergi kem petang ni. Dekat Besut. Pukul 3.30 ptg nak bertolak.”
“Kem apa?” Dia pandang jam di hansetnya. 1.00ptg.
“Kem Sekreteriat MPP.”
“Ha?”
“Kem Sekreteriat MPP. Pergi lah.”
“Miza?” Dia menunding ke arah roomate di hadapannya.
“Tak kesah lah sape-sape pun...”
“Tapi saya nak balik rumah minggu ni.” Dia memberitahu rancangan hujung minggunya itu kepada temannya.
“Alaa. Pergi la. Ada kebaikannya pergi.”
“Ha?” Dia menggaru kepalanya. Serba salah. Tak tahu nak jawab apa. Takde gunanya kalau dia menolak borang FASKES itu dan akhirnya dia join pula sekreteriat MPP. Ibarat keluar mulut buaya, dan masuk mulut harimau pula.


Situasi 3

“Eh, awak ada ke bawa baju kurung warna turqoise? Kita pakai baju warna sama la. Kita 3 orang dah ada.” Dia yang baru keluar dari toilet berpaling memandang teman-temannya yang sedang mencari baju untuk dipakai pada slot esok.
“Turqoise? Biru ada la.”
“Warna macam ni..” Dia pandang baju yang ditunjukkan kawannya itu.
“Kalau macam baju ni ??” Dia mengeluarkan sepasang baju lagi dari begnya.
“Ha. Yang ni sama la. so, esok kita pakai baju warna sama la. Deal.”
“Okay saja.”
“Saya  tak ley bayang kalo awak dan Atie tak pergi.”
“Tu la. Saya rasa memang dah takdir kita kot pergi kem ni. Baju yang kita bawa semua warnanya nak dekat  sama. Dan bayangkan lah.... Borang FASKES tu pernah sampai kat tangan kita semua. Tapi.....”
“Takdir dah menetapkan kita untuk ke sini...”
“Tu la perancangan Allah.”
“Kita merancang. Allah juga merancang....”
“Tapi perancangan Allah lebih baik.”

Wednesday 20 February 2013

Minat + cita-cita + impian.



Apa yang kita dapat bukan disebabkan bakat[baca:talent] yang kita ada. 
Bukan juga paras rupa kita. 
Harta memang jauh sekali.
Tapi apa yang kita dapat adalah sebab itu yang kita nak. 
Minat + cita-cita + impian.
Dan sebab itu yang kita usaha. 

Yeah.. 
Whether you make it or break it.
Your choice..
Mungkin minat + cita-cita + impian kita tu nampak macam tak logik.
Nampak mengarut.
Dan seisi dunia bagai menghalang kita. 
[tipulah seisi dunia. hakikatnya seisi diri kita]

 Tetaplah melangkah walau setiap kali melangkah, 
jejak yang ditinggal disapu ombak yang lalu. 
Hilang.
Jangan pernah menyerah dalam mengejar apa yang kita nak itu.
Minat + cita-cita + impian.
Biar ia menjadi kenyataan.
Biar ia menjadi realiti.
Fighting~
'Senyum'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....