Friday 12 April 2013

Gula kapas

kredit tu pak cik google


“Kak chik, tolong buka jap..”

Dia mengambil bungkusan di tangan Adib. Lama dia tatap benda di tangannya itu.

“Ni makanan tak berkhasiat ni.” Dia berkata sambil bergurau. Sekadar menduga dan juga memberi peringatan. Sambil menyelam minum air katakan.

“Kak chik sayang tak laptop kak chik?” Adib membalas. Nadanya selamba, tapi  maknanya  mendalam sekali.

Perghhhh. Ni ugut ke apa? Warning kah? 

Sayang tak laptop kak chik? Aduhai..Siapa yang tak sayang laptop sendiri… Segala macam folder ada dalam tu. Tiba-tiba kena warning macam tu…..

Huh. Sentap.. Buat seketika dia terdiam. Dia pandang Adib yang masih selamba itu. Hilang kata.

Setelah beberapa saat berlalu begitu saja, dia akhirnya bersuara.

“Dah Adib sayang tak badan Adib?” Langsung tidak terlintas di fikirannya untuk berkata begitu. Namun, itulah yang terzahir.

Kali ini, Adib pula yang terdiam. 

“Adib sayang tak badan Adib?” Dia mengulang lagi. Di dalam hatinya sudah pun mengangkat bendera kemenangan.

“Kalau sakit macam mana? Benda ni kan manis.” Dia menunjuk gula-gula kapas di tapak tangannya. Makan sekarang memanglah tak sakit. Tapi lama-lama nanti...

“Badan Adib tu bukan nak pakai kejap je. Kalau boleh nak pakai sampai bila-bila. Takkan nak sakit kot.” Dia berkata lagi. Selamba.

Hakikatnya, gula-gula kapas tu memang manis. Dengan pewarna lagilah... Memang tak bagus untuk kesihatan pun.. Walau luarannya sangat menarik. Dari jauh dah boleh nampak warnanya yang boleh dikategorikan sebagai ‘bersinar’ tu.  Cantik saja tapi tak bagus pun tiada gunanya.

“Cepatlah buka!!!!” Adib sudah pun buat keluar aura raksaksanya.

Huh. Ni yang malas ni. Suka sangat pakai gaya diktaktornya itu.

Dengan paksa-rela-nya, dia membuka getah yang mengikat plastik yang berisi gula kapas itu. Lantas dia menghulurkan gula-gula itu kepada Adib. Takut andai nanti akan ada konsert rock yang berlangsung.

Dia pandang Adib yang mengambil plastik gula itu dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih lincah menekan skrin tablet. Adib, Adib...

Dilihat makanan itu hanya sedikit terusik.  Sedikit saja.

“Kak chik, tolong ikat balik...”

Dia mengambil plastik yang dihulurkan. Senyumnya tertahan di dalam hati. ;)

2 comments:

nunaaz said...

tu diaaaaa... hahaha.. lawok adib! haha :D

nunaaz said...

tu diaaaaa... hahaha.. lawok adib! haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....