Tuesday 23 June 2015

Takut

Dia meraup wajahnya berkali-kali. Fikiran yang kusut bertambah kusut lagi. Lama matanya memandang kipas di siling. Berputar ligat seperti fikirannya kini. Ligat melawan rasa takut. Gerun.
Dia tak tahu kenapa masak adalah benda yang dia takuti. Benda yang dia nak elak sangat-sangat. Hakikatnya dia sudah bergelumung dengan dapur ni sejak dia kecil. Bukannya dia jenis yang jarang-jarang masuk dapur. Rajin je dia tolong nenek dan emak dia di dapur. Tolong mak mertua? Itu belum lagi la. Tapi rasanya dia juga akan jadi rajin menolong di dapur.
Eh... Masuk lif tekan sendiri nampaknya.. dia berbisik sendiri.
Tapi bila sebut pasal masak, dia masih takut. Sebabnya? Dia geleng kepala. Tiada jawapan.
“Relax la weh...” Wani tiba-tiba bersuara tanpa memandang Amni. Dia masih lagi ralit menatap laptop di depannya. Dia sudah seperti arif dengan sikap sahabatnya itu sejak dua tiga hari ini. Takut.
“Aku try. Tapi kau tahu tak…” dia pandang belakang teman sebilik yang sedang memandang laptopnya.
“Fikirkan tentang exam masak tu pun buat jantung aku macam nak luruh. Berdegup macam kena kejar dek anjing. Tak boleh nak tenang langsung.”
“Aku tahu…” Wani sudah pun memusingkan kerusinya mengadap Amni yang sedang berbaring itu.
“Tapi kau nak tahu tak?” Wani pandang tepat pada mata Amni.
“Hmmm...” Dia dah rasa nak menangis melawan degupan jantung yang laju tu. Tolong la tenang wahai hati...
“Prof Muhaya pernah cakap kita ni macam magnet. Kita akan tarik benda yang sama dengan kita. Macam kalau kita fikir benda yang positif, positiflah yang datang. Kalau kau fikir negatif, negatif la dapat.”
Amni geleng kepalanya.  “Cakap senanglah sebab bukan kau yang rasa.” Dia dah tak boleh menahan rasa di dada. Berdebar. Bagai nak pecah. Tolong!!!
“Cuba tenang. Keep calm and think positive. Jangan fikir kau takut. Fikir yang kau boleh lakukan ia.” Wani bersuara dengan selamba. Coolblog yang masih berbaki separuh di atas mejanya dicapai lantas dihirupnya sehingga habis.
Sungguh, dia rasa nak meraung melihat Amni. Kenapa kau boleh cool dan kenapa aku tidak?
Tiba-tiba fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Dahinya berkerut pula. “Tapi kalau magnet bukan akan tarik benda yang bertentangan ke? Opposite attracts.”
“Betul,itu hukumnya. Tapi Allah tahu apa yang dalam hati kau. Kalau kau fikir benda baik, Allah akan bagi benda baik pada diri kita.”
“Tambah pula...” Wani berhenti sejenak. Wani pandang tepat pada mata Amni yang buatkan dia rasa sesuatu pada dadanya. Bagai ditoreh halus. Tidak berdarah.
“Kalau kau tak yakin pada diri kau, maknanya kau tak yakin pada Allah. Macam mana kau tak boleh yakin kepada Yang Maha Kuasa tu? How come?”
Dia jatuh rahang mendengar soalan Wani itu. Kenapa dia boleh meragukan kuasa Yang Maha Kuasa itu sedangkan tiada kuasa yang boleh melawan Yang Maha Kuasa itu. Hanya Allah yang boleh menentukan segalanya. Usaha dan tawakal.
“Kalaupun kau tak yakin dengan diri kau, yakinlah pada Allah untuk bantu kau.” Wani tambah lagi.
Amni angguk tanpa nada.
Beb, it’s all about mindset. Kalau kau fikir kau boleh, Insha Allah kau boleh.”  Wani sudahpun bangun daripada kerusinya dan menghala ke pintu bilik. Ingin keluar ke ruang tamu barangkali.
“Dan jangan lupa minta tolong dekat Dia banyak-banyak.” Kepala Wani terjengul daripada pintu bilik untuk memberi nasihat terakhir untuk sahabatnya itu dan terus berlalu meninggalkan Amni yang punya pelbagai perasaan itu.
“Kau nak pergi mana tu?” dia menjerit bertanya kepada sahabatnya di sebalik pintu papan warna putih itu. Tiba-tiba bangun, mesti ada benda penting yang nak dia lakukan tu.
“Nak ambil buku resepi.” Wani menjerit pula.
Tiba-tiba dadanya jadi berdebar kencang. Aduh wahai hati, mohon qowiy ya..

***

14 Jun 20xx

Dia memegang kejap dulang yang membawa makanan tengahhari yang telah dimasaknya.  Dia baru saja selesai present menu yang dimasakknya untuk exam penyediaan diet terapeutik.
“Fuhhh.. lega. Lepas ni tawakal sajalah.” Dia menghela nafas lega. Akhirnya semua itu berakhir.
 “Eh, nasi kau habis? Kitaorang Prof rasa sikit je.” Tiba-tiba ada teman menegurnya apabila melihat pinggan nasi yang dibawanya kosong.
“Kitaorang punya takde la habis macam kau ni.” Temannya yang lain pula berkata.
“Mesti best kau masak ni.” Tambah temannya yang mula-mula tadi.
Dia hanya senyum segaris. Antara suka atau duka. Namun, setelah penat usaha, jangan lupa tawakal dan redha kepadaNya.
See.. aku dah kata. Semua okay kan?” Wani datang kepadanya.
“Haha. Ye la. Nak kata okay tu tak la.. tapi takut aku tu berjaya dilawan dan disingkirkan.” Dia senyum bahagia.
“Tahniahlah... Tapi jangan lupa untuk simpan rasa takut tu pada Allah juga ya.” Wani berpesan padanya.  

“Ya. Simpan rasa takut tu. Rasa yang akan pimpin kita daripada terus membuat maksiat. Moga kita semua dalam redha Allah.. ” Dia angguk dengan senyum di bibir.  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....