Thursday 26 April 2012

Eagle Ranch Resort.


Okke..  kali nie nak cerita pasal trip ke Port Dickson atau lebih tepat lagi,trip ke Eagle Ranch Resort. Trip siapa??? Tentulah trip A4,bukan sekadar kertas.
Memandangkan pagi tu kami ada kelas ganti, perjalanan bermula agak lambat. Tapi mujurlah kelas habis sampai pukul 10.20 pagi jer.

11.00a.m.
Kami diminta untuk berkumpul dekat angsana. Nak naik bas.



12.03 p.m.
Bas kami mula bergerak. Menandakan perjalanan baru bermula.
Sesi taaruf pun bermula. Dan masuk sem 2 baru nak taaruf? Takpe.. better late than never..

Yang suka makanan Itali = Wani Nadya
Yang ada blog n beg galas paling kecik = Fatin Ruslan
Yang pernah ada 2 awek,masa form3 dan form5 = our class rep,Adib
Yang suka kucing dan tak ley tidur lambat = Ili
Yang pernah jadi bendahari pengakap = Fahmi
Yang terror math masa sekolah dulu = Que
Yang pernah jadi tokoh add math masa kat sekolah = budak 4rata,Fadlin
Dan banyak lagi la yang terbongkar ketika sesi taaruf tu.

Sekarang barulah kenal sahabat-sahabat kami tu....

Alhamdulillah…  kami sampai di ERR kira-kira pukul 2.40 p.m.
Hati sedikit teruja melihat tempat penginapan kami. Rasa macam kat luar negara pun ada. Haha.. berangan jew...






Aktiviti petang tu adalah ke pantai….
Kami bertolak dari penginapan kami kira-kira pukul 5 petang .
Kami ada beberapa aktiviti yang telah dirancangkan oleh ajk aktiviti kami.

Sungguh,amat amat amat rindukan pantai. Nak tengok matahari terbit dan terbenam. Almaklumlah kan.. kat puncak alam mana ada pantai.. yang ada hanya lah bukit bukau.

Sampai jer kat sana,mata seakan terpukau. Walaupun tak secantik pantai kat kampung halaman, tak  bermakna pantai tu tak cantik. Pantai tu ada keunikannya tersendiri..





Lepas main entah apa namanya aktiviti tu, ajk makanan diminta untuk menyediakan makanan. BBQ.  Apa tunggu lagi, cepatlah bakar ayam dan ikan tu. .Dan time tu,hanya Tuhan jer  tahu betapa pedihnya mata kena asap BBQ tu.  Tapi untuk, sahabat A4 punya pasal,ku rela berkorban.


Malamnya, kami nyalakan unggun api. Dan apa tunggu lagi.. Makan..!!!!   makan sambil ditemani  unggun api dan lampu lilin..


Dan ada yang kata,
“ Siapa makan kat unggun api,diorang nak borak- borak. Dan siapa makan kat lilin,diorang memang betul- betul nak makan la tu..”

Sedikit sebanyak ada betulnya juga kata-kata tu.

Lepas makan, acara kemuncak mungkin. Perkongsian oleh mentor kami,  Encik Ahmad dan isteri.
Semasa perkongsian tu, kami semua diminta untuk tutup mata. Serius, masa tu memang dengar deruan ombak yang memukul pantai jer. Sungguh tenang.. cubalah bayangkan... memang superb...

Perkongsian yang amat menarik. Yang buatkan kami merenung  kembali kehidupan kami selama ini.
Daripada taska,ke tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menangah dan sekarang ke asasi uitm.  Sepanjang tempoh tu,apa yang dah  kami lakukan dan apa yang dah kami capai.

Masih berbekas di hati,ayat terakhir  isteri mentor kami pada malam tu..
“ Solat lima waktu jangan tinggal. Tambahkan lagi dengan solat hajat,solat dhuha dan solat taubat.”
Saya doakan anda semua mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat.”

Ameen...

Pesan mentor kami,  untuk  choose to.
Kalau ada sesuatu yang berat untuk kami lakukan,  tukar ianya kepada choose to.Bukan have to. Insha Allah, akan rasa senang hati nak lakukan benda tu..  Choose to......

Tiba masanya untuk pulang.

Perjalanan untuk pulang adalah sesuatu yang agak mencabar mental dan fizikal kami. Kenapa?? Kerana jalan yang kami lalui tu  gelap gelita dan tiada lampu jalan. Mujurlah ada seorang sahabat kami yang pandai buat dan nyalakan obor. Kami dipandu oleh  obor tu sambil ditemani lampu kereta mentor kami. Jalan berpegangan tangan sambil baca doa banyak-banyak dalam hati. Takut kowt kalau-kalau terserempak dengan benda  yang tak ingin nak tengok.. haha

Sampai dekat satu selekoh,kami terserempak dengan sesuatu,sekumpulan anjing yang jadi pak guard untuk  sebuah rumah kat situ. Pergh.. masa tu, macam nak buka langkah seribu pun ada. Mujurlah ada sahabat yang menenangkan dan halau anjing tu... punyalah takut..

Dan Alhamdulillah,kami selamat sampai. Menikmati pemandangan malam kat resort tu.

Keesokan paginya,sempatlah pergi jalan-jalan sekitar ERR tu. Memang cantik...









Aktiviti seterusnya adalah obstacle.
Untuk aktiviti ini,kami dipecahkan kepada dua group. Group satu dan group dua.Setiap group ada sorakan masing-masing.  Dan persaingan agak sengit....

Nama pun obstacle kan. Memang obstacle r.
Kami panjat tembok.
Kami seberang air.
Kami buat log riding.
Dan ada lagi r.
Memang best.

Melihat tembok yang tinggi dan tebal tu, hati sedikit gerun dan tidak yakin pada diri.
Tetapi, we choose to...

Semangat kerjasama jelas kelihatan di sini.
Walaupun kami dalam group satu dan dua, kami masih A4. Kami masih bersatu atas nama A4, dan akan tetap bersatu selamanya...

Tiba masanya, kami terpaksa pulang. Walau pun hati berat, tapi terpaksa merelakan kerana perjuangan mesti diteruskan.

Kenangan yang terindah bersama A4..
sekalung ucapan tahniah dan terima kasih  untuk yang terlibat secara langsung  atau tidak bagi menjayakan trip ni.

A4 bukan sekadar kertas, the best..!!
Friends till jannah..
Semoga jumpa lagi...

Wednesday 11 April 2012

Harga sebuah syurga..

klik untuk pic yang lagi besar


Harga sebuah syurga? 
Kesusahan, penderitaan, ujian, jihad,jiwa dan harta.

Dan mampukah kita membeli semua itu dengan menjadi manusia yang biasa?

Yup…Motifnya di sini, bangkit lah semula dan jadilah manusia luar biasa.

Spiderman mugkin. Superman mungkin. Batman mungkin.
Atau Abu Bakar As-Siddiq. Atau Umar Al-Khatab.Atau Bilal Bin Rabah.Atau Fatimah Al-Zahra.
Mereka yang diatas,tak termasuk spiderman dan kawan-kawannya dah dijamin masuk syurga..

Kita???? Huhuhu….

Fighting!!!

Kredit
Photographer : Que
Editor  : eR
Location taken : Room B2, Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Maaysia

Monday 9 April 2012

Puncak Alam


Pernah suatu ketika itu hati saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dapat tawaran ke uia atau usim seperti sahabat-sahabat saya yang lain.  Saya bagaikan tidak bersyukur.Dan saat itu,hati sedikit kecewa..

Tapikan, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia kan???

Dan akhirnya saya tahu kenapa saya ditakdirkan untuk berada di sini. Uitm Puncak Alam.  Suatu tempat yang tak pernah saya fikirkan. Tapi saya akhirnya tercampak ke situ.







Di sini,saya belajar banyak perkara. 
Tentulah saya banyak belajar biologi, kimia,fizik, bel (English), ctu (tasawwur) dan matematik. 
Masih banyak lagi yang saya belajar di sini. 
Saya belajar  erti kasih sayang, persahabatan,pengorbanan dan macam – macam laa… 
Dan yang penting,saya juga belajar berdiri atas kaki sendiri. Tiada lagi tongkat untuk membantu.

Dan kalau saya tak tercampak ke situ,takkan saya kenal  R2607 yang gempak. 
Homestay yang best...A4 yang bukan sekadar kertas dan smart group tu yang ohsem.. 
Lecture yang understanding.Dan ramai lagi. 
Sungguh, mereka semua memang terbaek.

Dan environment kat sini memang cantek.
Ciptaan Allah memang tiada bandingannya.  
Subhanallah... Terasa betapa kerdilnya diri ini...




kolam basah.
cantek...

Kalam basah nie amat terlindung daripada pandangan mata. 
Jauh di dalam hutan.


pemandangan dari atas
bila berkabus

Dan mungkin lepas nie,sukar sekali nak rasa pengalaman pagi yang berkabus. Pabila buka tingkap, terasa  seperti ada sesuatu menerobos masuk ke bilik. 
Sayup- sayup mendengar orang bermain bola sepak di padang kawad,
tanpa figura orangnya.  
Kenapa??? Kerana kabus begitu tebal.

Dan mungkin juga sukar lagi pabila terjaga dari tidur lewat tengah malam, melihat seperti ada lampu-lampu neon yang tergantung diudara. Dan orang kata itulah Genting Highlands.

Dan erti pengorbanan jelas terasa.  =)




Kini, saya bersyukur kerana pernah tercampak ke situ. 
Puncak alam dalam kenangan.  
Kenangan  yang terindah…. 

Wednesday 4 April 2012

Pergi Tak Kembali


Esok ada exam math. Final exam.Dia sedang membuat latihan math saat dia menerima panggilan tu. Kerjanya terhenti seketika.
 Diri seakan-akan tidak percaya mendengar berita yang disampaikan.
“ Atuk dah takde.”
“ Apa??” dia bertanya. Seakan akan tidak mendengari apa yang disampaikan .
“ Atuk dah takde.” Dia seakan mendengar suara tangisan di hujung talian sana.
“ Apa?”  bukannya dia pekak. Tapi dia sukar nak mempercayai.

 Dia keluar daripada biliknya. Daripada rumahnya. Belum sempat kaki melangkah,dia terduduk  di depan pintu, pabila berita itu dikhabarkan sekali lagi.
‘Atuk dah takde.....’

Orang yang dia kasihi telah pergi. Orang yang dia ingin take care selepas tamat pengajian telah pergi  sebelum dia sempat berbakti. Bukan dia tidak tahu yang atuk dia sakit,tapi dia terlalu sibuk. Terlalu sibuk berusaha mencari ilmu sampaikan tiada peluang untuk menjenguk. Dan jarak itu juga menjadi penghalang.

Dia bangun dari duduknya  untuk beralih ke tangga gusar andaikata ada yang melihat. Dan di situ dia menangis sendirian. Meluahkan rasa. Menenangkan jiwa.

Hati berkali-kali menjerit.’ Ya Allah,mengapa aku diuji ? Berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...’ dia menangis.

Dia berusaha mengumpul kekuatan agar air mata jernih tidak mengalir saat dia ingin menyampaikan berita itu kepada teman-temannya. Dia fikir dia sudah kuat. Hakikatnya dia masih lemah dah air mata itu mengalir juga. Dia sebak.

Dan sekarang,dia sudah mampu redha dan menerima hakikat itu. Walaupun dia sedikit berdebar-debar saat mendengar  handphonenya berbunyi  dan kalau boleh,dia tak nak ianya datang daripada ahli keluarganya.  Saat orang menceritakan detik-detik atuknya sakit, dia seakan ingin menutup telinga.  Menyesal kerana tiada di situ. Namun dia harus sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Jikalau dia tidak bersabar bermakna dia telah kehilangan sebahagian daripada imannya.

Firman Allah SWT:
 Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah". Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
(Surah Yunus ayat 49)

Dan dia sedar,mati itu pasti. Semua orang akan melaluinya cuma waktunya tidak kita ketahui. Yang pasti,yang dah pergi takkan kembali.
Yang masih hidup ini haruslah meneruskan hidup dan mempersiapkan dirinya dengan bekalan secukupnya.
Dan kita yang masih hidup ini juga , jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Al – Fatihah untuk yang telah pergi.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

#An-Nur : 31

^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....