Pernah suatu ketika itu hati saya tertanya-tanya kenapa saya tidak dapat tawaran ke uia atau usim seperti sahabat-sahabat saya yang lain. Saya bagaikan tidak bersyukur.Dan saat itu,hati sedikit kecewa..
Tapikan, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Tak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia kan???
Dan akhirnya saya tahu kenapa saya ditakdirkan untuk berada di sini. Uitm Puncak Alam. Suatu tempat yang tak pernah saya fikirkan. Tapi saya akhirnya tercampak ke situ.
Di sini,saya belajar banyak perkara.
Tentulah saya banyak belajar biologi, kimia,fizik, bel (English), ctu (tasawwur) dan matematik.
Masih banyak lagi yang saya belajar di sini.
Saya belajar erti kasih sayang, persahabatan,pengorbanan dan macam – macam laa…
Dan yang penting,saya juga belajar berdiri atas kaki sendiri. Tiada lagi tongkat untuk membantu.
Dan kalau saya tak tercampak ke situ,takkan saya kenal R2607 yang gempak.
Homestay yang best...A4 yang bukan sekadar kertas dan smart group tu yang ohsem..
Lecture yang understanding.Dan ramai lagi.
Sungguh, mereka semua memang terbaek.
![]() |
kolam basah. cantek... |
Kalam basah nie amat terlindung daripada pandangan mata.
Jauh di dalam hutan.
![]() |
pemandangan dari atas |
![]() |
bila berkabus |
Dan mungkin lepas nie,sukar sekali nak rasa pengalaman pagi yang berkabus. Pabila buka tingkap, terasa seperti ada sesuatu menerobos masuk ke bilik.
Sayup- sayup mendengar orang bermain bola sepak di padang kawad,
tanpa figura orangnya.
Kenapa??? Kerana kabus begitu tebal.
Dan mungkin juga sukar lagi pabila terjaga dari tidur lewat tengah malam, melihat seperti ada lampu-lampu neon yang tergantung diudara. Dan orang kata itulah Genting Highlands.
Dan erti pengorbanan jelas terasa. =)
Kini, saya bersyukur kerana pernah tercampak ke situ.
Puncak alam dalam kenangan.
Kenangan yang terindah….
3 comments:
Bersyukur dapat peluang belajar kat Puncak Alam :)
#rindu~
ahahaha...gmbr ketas bertimbun pon ko ambik...cun..
haha..tu la yang penting sebenarnye...
Post a Comment