Wednesday 4 April 2012

Pergi Tak Kembali


Esok ada exam math. Final exam.Dia sedang membuat latihan math saat dia menerima panggilan tu. Kerjanya terhenti seketika.
 Diri seakan-akan tidak percaya mendengar berita yang disampaikan.
“ Atuk dah takde.”
“ Apa??” dia bertanya. Seakan akan tidak mendengari apa yang disampaikan .
“ Atuk dah takde.” Dia seakan mendengar suara tangisan di hujung talian sana.
“ Apa?”  bukannya dia pekak. Tapi dia sukar nak mempercayai.

 Dia keluar daripada biliknya. Daripada rumahnya. Belum sempat kaki melangkah,dia terduduk  di depan pintu, pabila berita itu dikhabarkan sekali lagi.
‘Atuk dah takde.....’

Orang yang dia kasihi telah pergi. Orang yang dia ingin take care selepas tamat pengajian telah pergi  sebelum dia sempat berbakti. Bukan dia tidak tahu yang atuk dia sakit,tapi dia terlalu sibuk. Terlalu sibuk berusaha mencari ilmu sampaikan tiada peluang untuk menjenguk. Dan jarak itu juga menjadi penghalang.

Dia bangun dari duduknya  untuk beralih ke tangga gusar andaikata ada yang melihat. Dan di situ dia menangis sendirian. Meluahkan rasa. Menenangkan jiwa.

Hati berkali-kali menjerit.’ Ya Allah,mengapa aku diuji ? Berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini...’ dia menangis.

Dia berusaha mengumpul kekuatan agar air mata jernih tidak mengalir saat dia ingin menyampaikan berita itu kepada teman-temannya. Dia fikir dia sudah kuat. Hakikatnya dia masih lemah dah air mata itu mengalir juga. Dia sebak.

Dan sekarang,dia sudah mampu redha dan menerima hakikat itu. Walaupun dia sedikit berdebar-debar saat mendengar  handphonenya berbunyi  dan kalau boleh,dia tak nak ianya datang daripada ahli keluarganya.  Saat orang menceritakan detik-detik atuknya sakit, dia seakan ingin menutup telinga.  Menyesal kerana tiada di situ. Namun dia harus sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Jikalau dia tidak bersabar bermakna dia telah kehilangan sebahagian daripada imannya.

Firman Allah SWT:
 Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah". Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
(Surah Yunus ayat 49)

Dan dia sedar,mati itu pasti. Semua orang akan melaluinya cuma waktunya tidak kita ketahui. Yang pasti,yang dah pergi takkan kembali.
Yang masih hidup ini haruslah meneruskan hidup dan mempersiapkan dirinya dengan bekalan secukupnya.
Dan kita yang masih hidup ini juga , jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Al – Fatihah untuk yang telah pergi.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....