Sunday 22 July 2012

Ramadhan...

Alhamdulillah. 
Allah masih lagi memberi peluang untuk berjumpa dengan bulan ramadhan ini. 
Risau juga andai Dia tidak memberi peluang untuk berjumpa bulan yang penuh barakah ini.. 

Ya,ramadhan kembali lagi. Tanya pada diri,apa perasaan kita? 
  *Excited sebab dah nak raya? Sebab bulan ni bulan juadah?
  *Atau sedih sebab kena tahan lapar?
  *Atau tak rasa apa-apa?

Bulan ramadhan bulan marghfirah. Bulan pengampunan. 
Berdoalah banyak-banyak agar dosa kita diampunkan.

Yang menariknya,pada bulan ini syaitan dan iblis diikat.
Tapi kenapa masih ada lagi yang buat jahat? Lalai?  
Kerana mereka dijadikan hamba kepada nafsu mereka.
 Jadi,jomlah kita pakat kalahkan nafsu kita tu. 
Jihad melawan nafsu!!!

Dan cuba bayangkan andai kita dah berada pada hari terakhir kita berpuasa. 
Cuba fikir apa yang dah kita lakukan untuk grab peluang yang ada selama sebulan ni. 
Kalau yang gunakan peluang yang ada ni sebaiknya,baguslah. 
Tapi bagaimana pula bagi yang ramadhannya berlalu begitu saja. 
Ramadhan yang hanya tahan lapar semata-mata.
Ada rasa menyesal tak? Ada rasa nak ulang balik tak sebulan tu?
Menyesal pun dah tak guna. 

Jadi,sebelum kita menyesal,jom kita rebut peluang yang ada ini.
Jangan sia-siakannya. Jadikan ini ramadhan kita yang terbaik.
Jom listkan semula target kita untuk ramadhan ini. 
Ramadhan pesta ibadah,bukan pesta juadah.
Ramadhan suatu perjuangan.
Fighting!!!

Sunday 15 July 2012

*random*


Malam tadi telefon berbunyi dan yang mengangkatnya adalah saya.
"Hello"
" Hello.Siapa ni?"
"Ni eR.."
"Laa tak pergi ker?"
"Ha?Tak pergi r. Takpe..Dia kata tu bimbingan je"

saya akui saya sedikit tersentak apabila ditanya sebegitu. dan sungguh la tak sangka. 
kecewakah saya? 
saya belajar untuk redha.

dah hari ni,benda yang saya patut pergi tu dah berlalu. 
pastinya 'teman-teman' sematlamat  saya bagai sudah mendapat semangat baru. 
cuma saya je yang... errr
jeles? ada la jugak.
tapi apa nak buat...

tapi...
perjuangan mesti tetap diteruskan..
itulah pengubat saya supaya saya dapat senyum..(senyum sorang sorang..bahaya..)

yeah..
perjuangan baru,sedang bermula.
dan sekali saya melangkah,saya takkan berpaling..
fighting!!!



Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
unic-seiring sehaluan






Sunday 8 July 2012

Review buku : VERSUS




kredit untuk inche google

Sekali lagi membuka Versus. Kalau ikutkan,ini merupakan kali kedua saya meng’khatam’kan versus  secara total even ada la skip sedikit. Kalau sebelum ni,setiap kali saya cuba membuka helaian versus,setiap kali itu juga saya menutupnya kembali. 
Kenapa?
 Kerana saya merasakan kesakitan di dada saya. Seakan ditoreh dengan pisau. 
Yeah. Versus costs pain.


Ya,seperti biasa. Selepas meng’khatam’kan versus,saya bagai didera. Didera perasaan. Ditambah pula dengan ‘cabaran’ yang sedang saya hadapi. (saya sedar itu bukanlah penghalang,tetapi sedikit cabaran yang Allah beri kepada saya dalam mengejar cita.) 
Terasa begitu berat. Buktinya,pukul 10 saya sudah berada di tempat pembaringan. 
No tv. No lappy. No music. No novel.


Kenapa versus boleh membuatkan saya bagai terkena.... 
Pap!!!! Bagai ditampar. Bukan sekali,tetapi berjuta juta kali. 
Why????


C’mon,Minn. You’ve made it through from being an Ed’Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn?


Tapi payah..


“Biasanya kita kat Malaysia akan label baik tu apabila... say.. a girl pakai tudung lepas bawah,then pakai long sleeves,dan pakai stoking siap. That’s baik for Malaysian standard. Kira cukup baik la tu. Alim kata orang.”


Tapi kena tengok balik. pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga aurat tak? Kalau bab aurat dah settle tapi pergi karoke lounge,pergi cinema, pergi konsert. Adakah masih bawak lesen ‘baik’ tu lagi?


Sungguh...Untuk berubah itu bukan mudah. Nak cuba untuk meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin yang Allah tengok usaha bukan natijahnya.


“Memang la kalau nak diikutkan,orang pandang skating scene tu cool. Betul la benda tu cool. Tapi tu la. Selalunya kita punya kamus untuk definisi ni berkiblatkan kepada society kata. Bukan apa yang Tuhan kata.”


Yup. Versus memang best. Ayat kat dalam dia kekadang tu cool je. Lepak je. Cheesy je. Dan kekadang hot and spicy..


Bagi sesiapa yang belum baca buku ni,bacalah. 
Tak rugi pun. Malah akan rasa, ‘kenapa aku tak pernah baca buku ni sebelum ni’... 
Versus ibarat satu reference dalam hidup kita.


Usia muda,sanggupkah nak sia-siakannya?
Saya vote 5stars out of 5..
Thumbs up to the writer,Hlovate.


Fighting!!!!








Saturday 7 July 2012

Alhamdulillah


Alhamdulillah…
Untuk apa? Cukuplah anda semua tahu yang apa yang saya usahakan selama ini berhasil. Apa yang saya kejar menemui jalannya.

Tapi...
Kenapa perlu ada tapi dalam setiap derap langkah saya?
Alasan?

My dad said...
Jangan nak mengarutlah.

My mum said...
Pergilah.. tapi tak berbaloi r.

Ya,saya tahu. Memang nampak mengarut. Memang nampak masa tu membazir begitu saja. Tapi sepadanlah dengan ilmu yang saya dapat.

Teringat pesan Adi Akmal yang bertukar dari psikologi ke penyiaran.

Kalau ada halangan itu,jangan jadikan ia sebagai alasan.
Communicatelah.

Ada betul jugak kan.
Tapi dalam konteks saya,saya bukanlah berubah dunia.
Hanya sekadar cuba mengejar cita.

Tapi..
Masih ada tapi?

Yup. Sebab Terengganu dengan Selangor  bukannya dekat. Tambah pula Bangi. Berulang alik sejauh tu hanya untuk masa yang tak sampai 12 jam?
Saya terpaksa berfikir berkali kali. Sedalam dalamnya.

Peluang hanya datang sekali.
Takkan saya nak bazirkan peluang yang saya dapat ni.
Takkan saya nak biarkan impian saya  terkubur begitu sahaja.

Ada sebab mengapa saya ingin mengejar cita ini.
Ada sebab mengapa saya besusah payah untuk semua ini.
Ada sebab mengapa saya bertahan sehingga ini.
Semuanya bersebab.

Saya tak tahu...
Hati berbelah bahagi...
=(

Takkan saya nak give up kan?
C’monlah....


Saya akan terus usaha.
Dan memohon hanya pada Allah.....
Doakan saya agar ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan.
Syukran jazilan....



p/s: jgn tanya saya apa yang saya kejar tu. =) terima kasih atas doa kalian. Semoga Allah membalas jasa kalian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....