Sunday 8 July 2012

Review buku : VERSUS




kredit untuk inche google

Sekali lagi membuka Versus. Kalau ikutkan,ini merupakan kali kedua saya meng’khatam’kan versus  secara total even ada la skip sedikit. Kalau sebelum ni,setiap kali saya cuba membuka helaian versus,setiap kali itu juga saya menutupnya kembali. 
Kenapa?
 Kerana saya merasakan kesakitan di dada saya. Seakan ditoreh dengan pisau. 
Yeah. Versus costs pain.


Ya,seperti biasa. Selepas meng’khatam’kan versus,saya bagai didera. Didera perasaan. Ditambah pula dengan ‘cabaran’ yang sedang saya hadapi. (saya sedar itu bukanlah penghalang,tetapi sedikit cabaran yang Allah beri kepada saya dalam mengejar cita.) 
Terasa begitu berat. Buktinya,pukul 10 saya sudah berada di tempat pembaringan. 
No tv. No lappy. No music. No novel.


Kenapa versus boleh membuatkan saya bagai terkena.... 
Pap!!!! Bagai ditampar. Bukan sekali,tetapi berjuta juta kali. 
Why????


C’mon,Minn. You’ve made it through from being an Ed’Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn?


Tapi payah..


“Biasanya kita kat Malaysia akan label baik tu apabila... say.. a girl pakai tudung lepas bawah,then pakai long sleeves,dan pakai stoking siap. That’s baik for Malaysian standard. Kira cukup baik la tu. Alim kata orang.”


Tapi kena tengok balik. pergaulannya dengan different gender macam mana? Terjaga aurat tak? Kalau bab aurat dah settle tapi pergi karoke lounge,pergi cinema, pergi konsert. Adakah masih bawak lesen ‘baik’ tu lagi?


Sungguh...Untuk berubah itu bukan mudah. Nak cuba untuk meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin yang Allah tengok usaha bukan natijahnya.


“Memang la kalau nak diikutkan,orang pandang skating scene tu cool. Betul la benda tu cool. Tapi tu la. Selalunya kita punya kamus untuk definisi ni berkiblatkan kepada society kata. Bukan apa yang Tuhan kata.”


Yup. Versus memang best. Ayat kat dalam dia kekadang tu cool je. Lepak je. Cheesy je. Dan kekadang hot and spicy..


Bagi sesiapa yang belum baca buku ni,bacalah. 
Tak rugi pun. Malah akan rasa, ‘kenapa aku tak pernah baca buku ni sebelum ni’... 
Versus ibarat satu reference dalam hidup kita.


Usia muda,sanggupkah nak sia-siakannya?
Saya vote 5stars out of 5..
Thumbs up to the writer,Hlovate.


Fighting!!!!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....