Sunday 22 July 2012

Ramadhan...

Alhamdulillah. 
Allah masih lagi memberi peluang untuk berjumpa dengan bulan ramadhan ini. 
Risau juga andai Dia tidak memberi peluang untuk berjumpa bulan yang penuh barakah ini.. 

Ya,ramadhan kembali lagi. Tanya pada diri,apa perasaan kita? 
  *Excited sebab dah nak raya? Sebab bulan ni bulan juadah?
  *Atau sedih sebab kena tahan lapar?
  *Atau tak rasa apa-apa?

Bulan ramadhan bulan marghfirah. Bulan pengampunan. 
Berdoalah banyak-banyak agar dosa kita diampunkan.

Yang menariknya,pada bulan ini syaitan dan iblis diikat.
Tapi kenapa masih ada lagi yang buat jahat? Lalai?  
Kerana mereka dijadikan hamba kepada nafsu mereka.
 Jadi,jomlah kita pakat kalahkan nafsu kita tu. 
Jihad melawan nafsu!!!

Dan cuba bayangkan andai kita dah berada pada hari terakhir kita berpuasa. 
Cuba fikir apa yang dah kita lakukan untuk grab peluang yang ada selama sebulan ni. 
Kalau yang gunakan peluang yang ada ni sebaiknya,baguslah. 
Tapi bagaimana pula bagi yang ramadhannya berlalu begitu saja. 
Ramadhan yang hanya tahan lapar semata-mata.
Ada rasa menyesal tak? Ada rasa nak ulang balik tak sebulan tu?
Menyesal pun dah tak guna. 

Jadi,sebelum kita menyesal,jom kita rebut peluang yang ada ini.
Jangan sia-siakannya. Jadikan ini ramadhan kita yang terbaik.
Jom listkan semula target kita untuk ramadhan ini. 
Ramadhan pesta ibadah,bukan pesta juadah.
Ramadhan suatu perjuangan.
Fighting!!!

4 comments:

UK said...

ramadhan kareem :)

eR said...

salam ramadhan jugak...

syara said...

happy fasting.
lawo gambo tuh.mcm kat pantai pndak je.haha

eR said...

syara, salam ramadhan.. haha..memang dh..kalo dlm gmbo dh lawo,yg real mmg speechless r..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....