Friday 25 May 2012

Aku tak dapat apa yang aku nak?

Pernah tak,apa yang kita nak tapi kita tak dapat.? Kita teringin sangat-sangat.

“Aku aku tak dapat apa yang aku nak.. Kenapa?”
“Chill r…”
“Chill? Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa. Cakap senang la.”

Yup. Memang cakap terkadang tu senang sangat-sangat. Sesenang menulis 123.
Tapi cuba kita fikir balik apa yang dah kita buat untuk dapatkan apa yang kita nak tu.

“Ya Allah..Kau kabulkanlah permintaanku ini..” dan air matanya pun menitis lagi. Mungkin takkan pernah berhenti.

Kalau setakat  menangis air mata darah,merayu-rayu pada Dia.. Tapi takde usaha macam mana Dia nak bagi.Pokoknya usaha.

“Tapi,aku dah usaha. Bukan seratus dah aku berhabis,tapi seribu. Seribu minit,seribu saat,seribu ringgit...  Tapi kenapa aku still tak dapat apa yang aku nak.?”

Okay. Dalam part tu,seterusnya sabarlah. Pasti ada hikmahnya. Kita tak nampak sekarang. Nanti-nanti nampak lah.. Semua itu ujian..

Dan kalau benda tu dah lama berlalu,buat apa nak ungkit-ungkit lagi.?
Hidup jangan pandang ke belakang,pandang ke depan. Dan kalau pandang belakang pun,untuk ambil pengajaran je. Bukan untuk sedih tak tentu hala.

“Macam mana nak sabar?”
“Okay. Cuba cakap dari dalam dalam  hati Ya Allah,aku redha dengan ketentuanMu ini….

Fuh.rasanya automatik,hati jadi peace....

“Then,tak payahlah nak sedih bagai.”
“Katakan aku redha..”=)
“Dan mulakan hari yang baru.!!”

Fighting!!! ^-^


Monday 21 May 2012

Rindu Ramadhan.

Jam di tangan di pandangnya. Jam sudah menginjak pukul 6.25 petang. Tiba-tiba dia teringat sms yang diterimanya.
Insya Allah,tadarus petang ni berjalan seperti biasa.

“Nak pergi ke tak ni?” Insyirah menimbang nimbang. Jam di tangan ditoleh sekali lagi.
“Sempatlah kot.”
Tiba-tiba dia teringat sms yang diterima daripada seorang lagi sahabatnya.
Hari ni kita buka pose sama-sama ea.

“Alamak!” Insyirah menepuk dahinya.
“Macam mana boleh terlupa ni.”
“Takpe la. Boleh la kot. Berkejar la nanti.”

Satu-satu ilmu masuk ke otaknya. Tadarusnya bukan sahaja ada mengaji Al-Quran,juga ada sedikit perkongsian.Semua ilmu yang masuk cuba didigestnya. 

Selesai bertadarus bersama geng-geng usrahnya, Insyirah bergegas keluar daripada surau untuk pergi ke rumah sahabat yang  mengajakknya berbuka puasa bersama.

“Orh... sampai pun. Ingat dah tak datang tadi.” Seorang sahabat menegurnya.
“Assalamualaikum.” Insyirah memberi salam.
Sahabatnya itu tersengih. “Waalaikumussalam.”
“Eh,tunggu saya ker? Takkan rindu kot.”
“Sorry la yer. I takde masa nak rindu kat you.” Najwa bergurau,bersama kegedikannya.
“Haha. Dah nak duduk mana ni?” Matanya meliar ke sekeliling bilik yang  berpenghuni dua orang itu. Kini,bilik itu telah dipenuhi dengan  lapan orang. Sungguh padat.
“Saya duduk atas katil la yer.”
“Eh.” Semua mata memandang ke arah  Nana.
“Kenapa?”
“Pernah dengar cerita tak yang kalau makan nasi atas katil tu? Tujuh kepala menggeleng tanda tidak tahu.
“Nantilah saya cerita ea? Dah nak berbuka ni.” Semua menayangkan muka tidak puas hati.
“Kita baca doa dulu r. Tu kan sunnah.”  Ila mengingatkan.
Selesai mereka mengaminkan doa,azan kedengaran.”Saya makan dulu la ea.”  Ema sudah tidak sabar.
“Nantilah dulu. Ni kurma ea.”

Selesai berbuka puasa,mereka solat maghrib berjemaah dan bersiap-siap untuk pergi solat terawih di ruang solat utama.

“Okke. Saya ingin mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat  berterawih kepada keluarga saya yang berada di Malaysia. Doakan saya di perantauan.” Didi yang sedang merekod suasana kelam kabut ingin pergi terawih dengan Nokianya terasa ingin muntah.
“Di manakah perantauan itu? “
“Erm.. Biarlah rahsia. Okke,next,siapa nak buat salam perantauan?”
“Okke. Hai Mak. Hai su. Hai mi. Hai ayah. Okke ke duduk kat Malaysia tu? Saya ingin mengucapkan selamat hari raya dekat semua  keluarga yang berada di Malaysia. Mungkin tahun ini saya tak dapat pulang beraya kerana banyak assignment yang perlu disiapkan.”
“Kang tak jadi balik betulkan.”  Nana menyampuk bersama gelaknya.
“Eh, saya nak balik. Nak balik.” Suara Najwa naik satu nada. Menyangkal statement hot Nana.
The rest is history.


“Alhamdulillah. Habis pun terawih kita malam ni.”
“Eh,esok hari ke 21 kita puasa.  Pagi ni kita pergi qiamulail nak? Kat RSU. Sahur ada disediakan.” Nana memberi cadangan.
“Bagus jugak tu”. Ila menganggukkan kepalanya.
“Pukul empat pagi siap ea. Kita kumpul dekat gim.”
‘Empat pagi??? Malasnya nak bangun. Dah memang comfirm aku tidur mati ni.’


Deringan telefon membingitkan telinganya.
“Ngantuknya. Siapalah yang call ni. 4.03 a.m?” Matanya sedikit membutang tika melihat jam saat itu.

Skrin Nokia N70 dipandangnya.

3missed call
1 message

Kitorang tunggu kat bawah ea.

Dia bergegas bangun daripada katil. Ambil wuduk ,pakai  baju yang bersopan santun sikit dan terus menyarungkan tudung ke kepala. Telekung sembahyang dicapainya.
Sampai sahaja dekat gim,dia segera mendapatkan sahabat-sahabat yang sedang menunggunya. “Sorry lambat.”
“Takpe.”


“Sikitnya jemaah perempuan.”
“A’ah. Tak sampai pun satu saf. “
“Takpe lah..Yang penting kita datang.”
Qiamulail dimulakan dengan solat tahajud. Kemudiaanya solat taubat,solat hajat,solat sunat tasbih dan akhir sekali solat witir.  

“Eh,insyirah.” Dia ditegur oleh seorang sahabat ketika ingin pergi bersahur.
“Kenapa?”
“Awak pakai tudung terbalik ea?” Insyirah pandang tudung yang tersangkut  di kepala. Dia tarik sengih.
“Hehe. Peace.!!”

mereka sahur dalam  nie ker?
tak la .dah update sikit..makan dalam dulang tau


“Kita dengar kuliah subuh ea?”
“Okke.” Tujuh suara memberikan kata sepakat.

Insyirah dapat merasakan ada tangan yang sedang mengurut ngurut belakangnya.
Dia tayang giginya. “Ngantuk lah.”
Ila hanya tersenyum.

“Insyirah.!”  Insyirah tersentak daripada lamunannya.
Kalendar Islam  di hadapan dipandangnya.  “Fuh. Tinggal 2 bulan lagi sebelum Ramadhan. Rindunya ramadhan dahulu. Esok dah nak masuk bulan Rejab. Dah tak lama la.”
Dia kembali membaca buku di tangan.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”


“Kena puasa ni.” Dia insaf seketika.


p/s:
1- Ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab untuk seluruh umat Islam. Semoga bulan Rejab ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.
2- Nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk seorang sahabat nie. Nabila,semoga sentiasa dalam kerahmatan. Luv you..!!


Sunday 13 May 2012

The time..

Have a long talk  with beloved family members last night .
Mak ngah, pak ngah, umi, mak, che maz, and many more.
Laugh, laugh and laugh.

And yet, it is also a reflection to myself.
“Betul ke?”
“Betul la. Buat apanya nak tipu. Ish. Tak baik.”

It’s true. Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
I take it as a muhasabah.

And I know,it’s hard to spread the words.
Because not everyone can accept what we told them.
But,

Prophet, " Convey from me even if only one verse . "
Hadith Reported by Ahmad, Bukhari, Tarmidzi

I guess “dah lama tak cakap-cakap cenggini”
Sit at the beranda sambil makan-makan. Cakap-cakap.
Till the eyes feel sleepy.
“Mata dah ngantuk.”
“Mata yang ngantuk…. Telinga  tak ngantuk pun..”
Till  did’t realize that the clock showed  12.45 a.m.

Mood?
 Da tentulah happy. Sangat-sangat..

People said,tomorrow we never know.
And today,have to say goodbye to Aqil who left to Putrajaya.
My heart keep saying ‘jangan nanges. Chill beb. Smile.’
Haha..

Then,malam terasa sunyi tanpa Aqil.
three stooges. three heroes.
danish,aqil,adib.

But life must be go on.. =)

Tuesday 8 May 2012

PBAKL @ KLIBF

Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 April-6 Mei,pihak JS,Jemari Seni  sibuk menghantar e-mel kepada saya. Salah satu cara nak promote novel diorang. Dan saya time tu,memang dah putus harapan. Even masa tu saya ada kat KL. Memang takkan dapat pergi punya lah. Sedih pun ada jugak. Huhuhua.

Then,pagi  6 Mei tu..
Bapa saudara saya tanya  “Nak g pesta buku tak?”
“Jom r..”  saya jawab ala kadar saja. Dan sebenarnya saya masih tak percaya dengan soalan tu sebab saya tahu  itu adalah satu omong kosong.

Akhirnya sampai kat dalam kereta pun saya  masih belum boleh percaya yang saya akan perg ke PBKL tu.

Adib keep asking “Papa,jauh lagi ke pesta buku tu”
“Kejap. Nak sampai dah.”
“Papa kata dekat jer.. “ Adib dah nak masuk mood buat konsert.
“Dekat dalam 30 minit je. Bukannya macam nak pergi  Terengganu.”
Dan banyak pula pesanannya. ”Adib kekg tak mahu dukung-dukung. Jalan je. Pastu kena pegang tangan orang. Kak teh ke. Kak itah ke. Kak cik ke. Kekg hilang kang.”
Adib senyap je.

Dan sampai je dekat PWTC,kaki seolah-olah hilang arah. Apa taknya. Tak tahu nak pergi mana. Satu je yang ada kat dalam  kepala, iaitu JS.  Tapi tak  tahu booth JS kat mana. Tulah.. Bila pihak JS post pasal peta ke booth diorang,buat tak tahu je. Kononnya tak nak hati kecewa. Sekarang,padan muka.


Call ahli novelholic,semua tak berangkat. Akhirnya jalan-jalan  ikut hati.
Mujurlah ,ada seorang teman call   balik dan bagitau booth JS kat dewan Tun Hussein Onn. Tapi kat mana pulak dewan tu? Malu bertanya sesat jalan. Tanya petugas kat sana,akhirnya  Js,here i come.
my sis with nir. 
jom support JS
Hlovate terbaek... 



Balik rumah,macam tak percaya lagi dah pergi PBKL dan dapat jumpa penulis. Fuh.. memang excited terlebih la.
Apa-apa pun,Alhamdulillah... Hati perlu diajar untuk bersyukur.

Terima kasih untuk umi dan abah yang ikut kemahuan anaknya ini.
Terima kasih untuk yocik dan cik maz untuk bagi harapan itu.
Terima kasih untuk teman-teman yang banyak membantu dan mendoakan saya supaya dapat pergi pesta buku ni.
Terima kasih untuk pihak JS yang menerbitkan novel yang besahsiah. Juga untuk penulis-penulisnya.
Terima kasih untuk semua.

Dan yang paling penting,terima kasih untuk Allah yang bagi saya peluang untuk pergi ke PBKL tu.
PBKL, moga dapat jumpa lagi..!!! *-*

p/s: sedikit kecewa sebab tak tahu yang devotees pun ada kat PWTC around 12-1p.m.  kalau tak, memang dah pergi da..huhuhu.. sabarlah wahai hati... let’s  say  that anda memang tak ditakdirkan untuk jumpa mereka.

kahwen oh kahwin...

Ada satu buku ni. Punyalah liat nak baca. Bawa pergi johor dan balik johor,buku tu masih belum bersentuh. Pergi KL pun masih belum bersentuh. Dan akhirnya masa balik dari KL,hati tergerak nak buka buku tu.

Serius,kagum giler dengan watak-watak dalam buku tu.  

Teringat suatu kisah kat dalam buku tu.

Kisah pabila ada suatu perkataan yang membuatkan Rasulullah SAW dan Aisyah r.a bertegang.  Dan untuk selesaikan masalah itu,seorang hakim diperlukan.
Rasulullah menawarkan “Ya Aisyah,siapakah yang hendak engkau pilih untuk mengadili kita? Adakah Umar?"
Aisyah r.a menjawab, “ Tidak..Aku tidak memilih Umar. Dia terlalu keras.”
“Apakah engkau akan memilih ayahmu?”
“Benar..aku pilih ayahandaku sendiri yakni Abu Bakar As Siddiq..”

Ni macam salah satu cara nak selesaikan masalah antara suami dan isteri. Awesome.

Rasulullah SAW kemudiannya mengikirmkan utusan untuk memanggil Abu Bakar dan Abu Bakar segera datang.
Rasulullah SAW lantas menjelaskan masalah yang sebenarnya, “Ini adalah masalah daripadanya...”
Ucapan itu dibantah oleh Aisyah r.a , “Bertaqwalah kepada Allah,jangan engkau mengatakan selain yang hak,” kata Aisyah kepada Rasulullah SAW..

Mendengar perkataan anaknya yang dirasakan melampaui batas, Abu Bakar mengangkat  tangan ingin memukul Aisyah r.a. Aisyah  r.a terus ketakutan dan berlindung dibelakang Rasulullah.
Rasulullah berkata “ ya Abu Bakar, aku bersumpah,aku tidak memanggil engkau untuk ini.”

Walaupun masa tu Rasulullah SAW sedang bertegang dengan Aisyah r.a ,baginda masih protect Aisyah. r.a . Fuh...gentleman sangat-sangat.

Abu Bakar sangat geram kepada anaknya sendiri yang keterlaluan bercakap mengenai RasulullahSAW,seseorang yang sangat dicintai,diimani, dan dipercayai. Tetapi dengan perkataan Rasulullah SAW itu,dia merasa lebih baik keluar meninggalkan mereka.

Setelah ayah Aisyah meninggalkan tempat itu,barulah Aisyah r.a berdiri menjauhi Rasulullah SAW. Baginda mengusik , “ya Aisyah,dekatlah kepadaku.!” Tentulah Aisyah menolaknya tetapi Rasulullah SAW semakin mengusiknya.
          “Bukankah tadi engkau memegang erat belakangku!”

Naaa.. Masa tu,hati dah terbuai-buai. Bestnya kalau dapat suami macam Rasulullah SAW. Tapi pabila difikir balik, setanding Aisyah r.a kah saya sampai nak suami setanding Rasulullah.. huhu..

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Fighting..*-*

Oh ya.terlupa satu perkara. Nak ucapakan

SELAMAT PENGANTIN BARU

Untuk Aimie Abdul Wadud (kak Emi) dan Syamsul Amir(abg Amir)
Semoga tabah menempuh suka duka hidup bersama.
Semoga kekal bahagia ke syurga.

Rujukan
8tokoh wanita pencetus turunya wahyu by dr abd rahman umayrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....