Tuesday 8 May 2012

kahwen oh kahwin...

Ada satu buku ni. Punyalah liat nak baca. Bawa pergi johor dan balik johor,buku tu masih belum bersentuh. Pergi KL pun masih belum bersentuh. Dan akhirnya masa balik dari KL,hati tergerak nak buka buku tu.

Serius,kagum giler dengan watak-watak dalam buku tu.  

Teringat suatu kisah kat dalam buku tu.

Kisah pabila ada suatu perkataan yang membuatkan Rasulullah SAW dan Aisyah r.a bertegang.  Dan untuk selesaikan masalah itu,seorang hakim diperlukan.
Rasulullah menawarkan “Ya Aisyah,siapakah yang hendak engkau pilih untuk mengadili kita? Adakah Umar?"
Aisyah r.a menjawab, “ Tidak..Aku tidak memilih Umar. Dia terlalu keras.”
“Apakah engkau akan memilih ayahmu?”
“Benar..aku pilih ayahandaku sendiri yakni Abu Bakar As Siddiq..”

Ni macam salah satu cara nak selesaikan masalah antara suami dan isteri. Awesome.

Rasulullah SAW kemudiannya mengikirmkan utusan untuk memanggil Abu Bakar dan Abu Bakar segera datang.
Rasulullah SAW lantas menjelaskan masalah yang sebenarnya, “Ini adalah masalah daripadanya...”
Ucapan itu dibantah oleh Aisyah r.a , “Bertaqwalah kepada Allah,jangan engkau mengatakan selain yang hak,” kata Aisyah kepada Rasulullah SAW..

Mendengar perkataan anaknya yang dirasakan melampaui batas, Abu Bakar mengangkat  tangan ingin memukul Aisyah r.a. Aisyah  r.a terus ketakutan dan berlindung dibelakang Rasulullah.
Rasulullah berkata “ ya Abu Bakar, aku bersumpah,aku tidak memanggil engkau untuk ini.”

Walaupun masa tu Rasulullah SAW sedang bertegang dengan Aisyah r.a ,baginda masih protect Aisyah. r.a . Fuh...gentleman sangat-sangat.

Abu Bakar sangat geram kepada anaknya sendiri yang keterlaluan bercakap mengenai RasulullahSAW,seseorang yang sangat dicintai,diimani, dan dipercayai. Tetapi dengan perkataan Rasulullah SAW itu,dia merasa lebih baik keluar meninggalkan mereka.

Setelah ayah Aisyah meninggalkan tempat itu,barulah Aisyah r.a berdiri menjauhi Rasulullah SAW. Baginda mengusik , “ya Aisyah,dekatlah kepadaku.!” Tentulah Aisyah menolaknya tetapi Rasulullah SAW semakin mengusiknya.
          “Bukankah tadi engkau memegang erat belakangku!”

Naaa.. Masa tu,hati dah terbuai-buai. Bestnya kalau dapat suami macam Rasulullah SAW. Tapi pabila difikir balik, setanding Aisyah r.a kah saya sampai nak suami setanding Rasulullah.. huhu..

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.
Fighting..*-*

Oh ya.terlupa satu perkara. Nak ucapakan

SELAMAT PENGANTIN BARU

Untuk Aimie Abdul Wadud (kak Emi) dan Syamsul Amir(abg Amir)
Semoga tabah menempuh suka duka hidup bersama.
Semoga kekal bahagia ke syurga.

Rujukan
8tokoh wanita pencetus turunya wahyu by dr abd rahman umayrah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....