Monday 21 May 2012

Rindu Ramadhan.

Jam di tangan di pandangnya. Jam sudah menginjak pukul 6.25 petang. Tiba-tiba dia teringat sms yang diterimanya.
Insya Allah,tadarus petang ni berjalan seperti biasa.

“Nak pergi ke tak ni?” Insyirah menimbang nimbang. Jam di tangan ditoleh sekali lagi.
“Sempatlah kot.”
Tiba-tiba dia teringat sms yang diterima daripada seorang lagi sahabatnya.
Hari ni kita buka pose sama-sama ea.

“Alamak!” Insyirah menepuk dahinya.
“Macam mana boleh terlupa ni.”
“Takpe la. Boleh la kot. Berkejar la nanti.”

Satu-satu ilmu masuk ke otaknya. Tadarusnya bukan sahaja ada mengaji Al-Quran,juga ada sedikit perkongsian.Semua ilmu yang masuk cuba didigestnya. 

Selesai bertadarus bersama geng-geng usrahnya, Insyirah bergegas keluar daripada surau untuk pergi ke rumah sahabat yang  mengajakknya berbuka puasa bersama.

“Orh... sampai pun. Ingat dah tak datang tadi.” Seorang sahabat menegurnya.
“Assalamualaikum.” Insyirah memberi salam.
Sahabatnya itu tersengih. “Waalaikumussalam.”
“Eh,tunggu saya ker? Takkan rindu kot.”
“Sorry la yer. I takde masa nak rindu kat you.” Najwa bergurau,bersama kegedikannya.
“Haha. Dah nak duduk mana ni?” Matanya meliar ke sekeliling bilik yang  berpenghuni dua orang itu. Kini,bilik itu telah dipenuhi dengan  lapan orang. Sungguh padat.
“Saya duduk atas katil la yer.”
“Eh.” Semua mata memandang ke arah  Nana.
“Kenapa?”
“Pernah dengar cerita tak yang kalau makan nasi atas katil tu? Tujuh kepala menggeleng tanda tidak tahu.
“Nantilah saya cerita ea? Dah nak berbuka ni.” Semua menayangkan muka tidak puas hati.
“Kita baca doa dulu r. Tu kan sunnah.”  Ila mengingatkan.
Selesai mereka mengaminkan doa,azan kedengaran.”Saya makan dulu la ea.”  Ema sudah tidak sabar.
“Nantilah dulu. Ni kurma ea.”

Selesai berbuka puasa,mereka solat maghrib berjemaah dan bersiap-siap untuk pergi solat terawih di ruang solat utama.

“Okke. Saya ingin mengucapkan selamat berbuka puasa dan selamat  berterawih kepada keluarga saya yang berada di Malaysia. Doakan saya di perantauan.” Didi yang sedang merekod suasana kelam kabut ingin pergi terawih dengan Nokianya terasa ingin muntah.
“Di manakah perantauan itu? “
“Erm.. Biarlah rahsia. Okke,next,siapa nak buat salam perantauan?”
“Okke. Hai Mak. Hai su. Hai mi. Hai ayah. Okke ke duduk kat Malaysia tu? Saya ingin mengucapkan selamat hari raya dekat semua  keluarga yang berada di Malaysia. Mungkin tahun ini saya tak dapat pulang beraya kerana banyak assignment yang perlu disiapkan.”
“Kang tak jadi balik betulkan.”  Nana menyampuk bersama gelaknya.
“Eh, saya nak balik. Nak balik.” Suara Najwa naik satu nada. Menyangkal statement hot Nana.
The rest is history.


“Alhamdulillah. Habis pun terawih kita malam ni.”
“Eh,esok hari ke 21 kita puasa.  Pagi ni kita pergi qiamulail nak? Kat RSU. Sahur ada disediakan.” Nana memberi cadangan.
“Bagus jugak tu”. Ila menganggukkan kepalanya.
“Pukul empat pagi siap ea. Kita kumpul dekat gim.”
‘Empat pagi??? Malasnya nak bangun. Dah memang comfirm aku tidur mati ni.’


Deringan telefon membingitkan telinganya.
“Ngantuknya. Siapalah yang call ni. 4.03 a.m?” Matanya sedikit membutang tika melihat jam saat itu.

Skrin Nokia N70 dipandangnya.

3missed call
1 message

Kitorang tunggu kat bawah ea.

Dia bergegas bangun daripada katil. Ambil wuduk ,pakai  baju yang bersopan santun sikit dan terus menyarungkan tudung ke kepala. Telekung sembahyang dicapainya.
Sampai sahaja dekat gim,dia segera mendapatkan sahabat-sahabat yang sedang menunggunya. “Sorry lambat.”
“Takpe.”


“Sikitnya jemaah perempuan.”
“A’ah. Tak sampai pun satu saf. “
“Takpe lah..Yang penting kita datang.”
Qiamulail dimulakan dengan solat tahajud. Kemudiaanya solat taubat,solat hajat,solat sunat tasbih dan akhir sekali solat witir.  

“Eh,insyirah.” Dia ditegur oleh seorang sahabat ketika ingin pergi bersahur.
“Kenapa?”
“Awak pakai tudung terbalik ea?” Insyirah pandang tudung yang tersangkut  di kepala. Dia tarik sengih.
“Hehe. Peace.!!”

mereka sahur dalam  nie ker?
tak la .dah update sikit..makan dalam dulang tau


“Kita dengar kuliah subuh ea?”
“Okke.” Tujuh suara memberikan kata sepakat.

Insyirah dapat merasakan ada tangan yang sedang mengurut ngurut belakangnya.
Dia tayang giginya. “Ngantuk lah.”
Ila hanya tersenyum.

“Insyirah.!”  Insyirah tersentak daripada lamunannya.
Kalendar Islam  di hadapan dipandangnya.  “Fuh. Tinggal 2 bulan lagi sebelum Ramadhan. Rindunya ramadhan dahulu. Esok dah nak masuk bulan Rejab. Dah tak lama la.”
Dia kembali membaca buku di tangan.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”


“Kena puasa ni.” Dia insaf seketika.


p/s:
1- Ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab untuk seluruh umat Islam. Semoga bulan Rejab ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.
2- Nak ucapkan Selamat Hari Lahir untuk seorang sahabat nie. Nabila,semoga sentiasa dalam kerahmatan. Luv you..!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....