Monday 31 October 2011

Kak Long,24 tahun..


Sengaja tunggu 31 hb baru nak buat post nie..jahat tak??Takpe,better late than never…

21hb hari tu kakak saya ada sambut birthday yang ke…..24…

Dalam mesej saya ucap camnie jer..

Selamat hari jadi dan semoga bertambahnya umur  meningkatnya chance untuk kawen…

Sebenarnya banyak jer nak wish..Hehe..Malas nak taip jer…

Untuk kak long

SELAMAT HARI LAHIR KE-24

Semoga dikurniakan
Umur yang bermanfaat…
Rezeki yang halal
Ilmu yang berguna
Jodoh yang berkekalan bersama yang tersayang
Dan hidup yang dirahmati…

Love u always….

p/s: takdop hadioh la yer..dok keje g ekpun…J


Sunday 30 October 2011

Ganu,bersyukurlah...

Malam tadi,penyokong Terengganu pulang dengan penuh kehampaan…
Tapi kepulangan mereka bukanlah dengan telur kosong..Tapi satu gol…Sepatutnya saya dan mereka  redha dan bersyukur…

Saya pernah baca satu artikel..Dia cakap atas setiap musibah yang terjadi kat orang lain,jangan salahkan sesiapa.Salahkan diri sendiri..Bila difikirkan balik,betul ja jugakkan…Memang diakui yang kekalahan Terengganu ini juga mungkin disebabkan saya.Disebabkan kita…
Kekalahan tu mungkin disebabkan kelalaian kita dalam solat..maksiat yang kita buat..dan banyak lagi la… Dan keberkatan tu tiada…

Kita seharusnya bersyukur diatas kekalahan ini kerana sekiranya kita menang,kita  bergembira atas kemurkaan Allah…Sanggupkan kita membina kebahagiaan atas kemurkaanNya???

Dan sesungguhnya kesedihan tu adalah penghapus dosa…

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).

Penyokong Terengganu patut bersyukur dan bergembira..Smile….. J

Saturday 29 October 2011

keputusannya...mengecewakan...

Ya..Akhirnya tamatlah perlawanan selama 95 minit…Keputusannya Terengganu 1 dan negeri Sembilan 2……
Gol trg dijaringkan oleh ashaari samsuddin ,the silence killer..dan gol n9 dijaringkan oleh kunanlan dan hairuddin omar…

Kecewa????Sapelah yang tak kecewa kalau pasukan kita kalah kan..Tapi saya kena redha.. Pasti ade hikmahnya ..Seperti kata sahabat saya.. ma alisy…
Dan tiada siapa yang harus disalahkan dalam kes ini…Semua dah berusaha dan tiada rezeki la tu…takpe-takpe Terengganu…kita cuba lagi yer….jangan berputus asa..fighting…!!!!!

Malam penentuan...

Malam ini adalah malam penentuan..malam penentuan antara Terengganu dan negeri Sembilan..



Pastinya semua orang dah bersiap sedia nak saksikan perlawanan ini even adik saya yang dua orang tu..Kalau sebelum nie nak solat magrib tu punyer la liat,hari nie,dengan cepatnya diorang mandi dan solat..Harap-harap perubahan ini akan berkekalan..Sejuk hati saya tengok…

Dan malam ini jugak ada saja yang tak menunjukkan semangat kenegerian diorang dengan pergi tengok konsert yang ada devotees… Saya terpaksa bersabar saat diorang telefon dan bagitau adi lalu depan diorang…huhu..jelous dowh…takpe2….


Balik ke citer asal…Malam ni,siapakah yang akan menjadi juara???sama-sama kita saksikan..Adakah rusa yang menjadi lauk??atau penyu..Dan saya rasa lauk penyuk  tak best..Lauk rusa baru best…
Ok..Peteh ganu peteh…


Friday 28 October 2011

Satu hari yang mengenyangkan…





Ketika orang hindu sibuk merayakan perayaan mereka,rumahku ada dikunjungi tetamu…Seakan-akan menyambut raya la pulak..
Dengan siang harinya dikunjungi keluarga sebelah bapa dan malamnya dikunjungi dengan keluarga sebelah emak.. Hati memang gembira dapat bertemu dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa.

Dan yang paling best,dapat makan yang best2..
Dengan sarapannya yang bermenukan nasi impit dan kuah kacang..Kuah kacang yang ayahku beli kat kedai tu memang best laa.. Sampai bertambah la jugak….

Dan dengan makan tengahari yang bermenu kan nasi ayam.. Baru kelmarin teringin nak makan nasi ayam,hari nie dah jumpa nasi ayam..Memang Dia tahu isi hatiku..Bukan dekat palam takde nasi ayam..Ada tu ada..Tapi yang nak kena dengan citarasa  nie memanglah takde…Bak kataku….

“ Ada tu ada..Tapi not my taste la..:p”

 So,memang enjoy eating r..
Dengan supnya..
Dengan ayamnya yang memang perghhh…
Best….. Kenyang perutlah..




Malamnya..Lagi best..Ada tomyam..Ada ayam percik..Dan paling best,ada ikan sweet sour.Gaya cam lama dah tak jumpa ikan kan..Nak buat camne…...Memang cair r…






Dan aku yang sebelum nie tak amalkan sunnah..Tiba-tiba  terselit dihati nak amalkan sunnah..Memang menjilat jari r….

Aku pernah mendengar seorang ustaz bertanya kenapa kena jilat jari?? Pastu dia jawab,sebab kita tak tahu makanan mana yang ada berkah..Jadi kita kena makan semua lah yang ada agar kita dapat berkah tu…Dan kalau ada nasi yang jatuh,tu la kena kutip…

Malam tu,aku tidur dalam kekenyangan la…
Terima kasih lah untuk umi yang masak sedap-sedap dan abah yang pergi beli barang nak masak…Diri nie tolong sikit-sikit jer.. J


Harapanku...


Sukarnya membina harapan
yang belum ku ketahui pengakhirannya
Ku hanya menganyam mimpi di malam hari
Mengharapkan ia menjadi suatu realiti
Memberikan cahaya kebahagiaan dalam diri ini
Melahirkan secalit kegembiraan buat insan tersayang.

Membina angan-angan itu sangatlah mudah
Namun  menjadikan ia kenyataan amatlah payah
Dengan separuh masa yang telah  ku lewati
Separuh masa yang tak dapat ku kembalikan lagi
Bagaimana harus ku undur masa lalu
Agar dapat ku betulkan kembali
Apa yang telah ku lakukan
Dengan harapan impianku tercapai…

Namun ku tahu
kuasa hanya di Tangan Tuhan
Ku hanya mampu berdoa
Doa,doa, dan doa
Mudah-mudahan Dia mendengar 
harapanku dalam setiap doaku…
Moga impian dan harapan itu menjadi  kenyataan…..

Thursday 27 October 2011

Jangan Jatuh Cinta

Di sini pernah ada rasa simpati
Di sini pernah ada rasa menggagumi
Rasa ingin memiliki
Memasukkanmu ke dalam hati ini 


Menjadi penghuni...
Mencoba berlindung di balik fitrahnya hati 
Untuk mencari pembenaran diri...
Namun Ternyata semua hanya permainan nafsu


Untuk memburu cinta yang semu
Aku Tertipu...
Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan 
Bukan cinta yang pernah ku tanam


Aku ingin rasa cinta ini 
Masih menjadi cinta perawan
Cinta yang hanya aku berikan 
Saat ijab qabul telah tertunaikan


Tuhanku berikanku cinta yang Kau titipkan 
Bukan cinta yang pernah ku tanam 
Pada seseorang............

Jangan Jatuh Cinta
By Maidany

Aku ingin mencintaiMu


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Tiba-tiba hati sesak saat menghayati bait-bait diatas.........
Bagai ada sesuatu yang menhimpit............. :(
Fihgting.....

Tuesday 25 October 2011

Berubah???Baik???

“Dah  bila lagi?”
 Bila apa??  Bila lagi saya nak jadi baik?? Bila lagi saya nak pakai jilbab labuh?? Soalan yang sungguh sukar untuk saya jawab..Dari hati atau pun di mulut semata-mata…

Apakah baik tu sebenarnya..??  Adakah baik tu diertikan bila kita atau saya dah tukar dari tudung bawal biasa ke jilbab labuh??  Dari tak berkopiah ke berkopiah?? Adakah baik tu bila saya  always pergi surau @ masjid walaupun sebelum nie jalan ke  surau pun saya tak tau?? Bila saya join usrah??? Bila dah tukar dari aku ke saya..Itu ke baik? Itu ke berubah??

Tapi bagi saya, jadi baik tu bukan luaran semata-mata..Baik tu dari segi fizikal dan rohani terutamanya…


Saya belum cukup baik lagi kalau saya still tengok korea walaupun at the same time saya tengok tanyalah ustaz…
Saya belum cukup baik lagi kalau saya still dengar lady gaga even at the same time saya dengar  zain bhika..
 Dan bagi saya,saya belum cukup baik lagi kalau saya dah tak cakap face-to-face dengan berlainan jantina  tapi still chat dengan diorang dalam fb.. Still mesej dengan diorang.. I mean benda-benda yang  takde faedah r coz ia samalah macam kita berdua duaan dengan diorang…
“Saya belum cukup baik………”

Bagi saya,baik tu bila saya dah bersedia nak tinggalkan semua jenis entertainment yang melalaikan..k-pop..e-pop..dan segala pop lagi lah.
Baik tu bila saya dah tak tengok cerita korea atau jepun atau whatever yang boleh bazirkan masa saya yang saya boleh guna untuk buat perkara berfaedah ..
Baik tu bila saya dah tak baca novel cinta yang mengkhayalkan yang boleh buat saya lupa kepada Nya.. Yang masanya saya boleh guna untuk khatam Quran…
Baik tu bila saya dah tak ngumpat orang.. Bila saya dah pandai untuk berhusnuzon..
Baik tu bila saya tak miss tahajud dan qiamulail…
Dan yang penting,baik tu bila waktu kosong saya,saya lebih ingat DIA berbanding dia…



Dan kalau nak jadi baik ,Ia mestilah datang dari hati saya sendiri..Bukan sebab pengaruh novel versus,quartet tautan hati dan banyak lagi….Kerana saya yakin  ianya takkan berkekalan …
Tapi takkanlah saya nak tunggu ia datang bergolek kan??Saya  kenalah berusaha kan??Sayalah yang kena cari hikari tu kan….?Dan fighting!!!


Kadang-kadang,dalam perjalanan jadi baik nie,
saya  rasa letih walaupun masih merangkak bukannya berlari...
Letih pura-pura jadi orang lain.. ‘it against myself’
Letih jadi dua orang at the same time…
Letih untuk menangkis godaan hawa nafsu dan environment…
Rasa sakit pabila kita terpaksa tinggalkan apa yang kita suka …
Rasa rindu dekat apa yang dah kita tinggalkan….
Dan suatu ketika tu,saya dah tak rasa apa-apa,
coz perasaan saya dah jadi zero akibat terlalu banyak diuji…

Tapi itulah pengorbanan..Cinta  perlukan pengorbanan…. Kejayaan perlukan pengorbanan.. Semuanya perlukan pengorbanan…
Korbankan rasa..Korbankan perasaan…Korbankan segalanya….
 kerana itulah yang terbaik… Terbaik untuk segalanya…

Semoga dalam mencari hikari itu,kita,saya,dan aku tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran…. Dan jangan pernah menyesal n just look forward….
Berubahlah walaupun payah…Fighting..!!!
Usia muda,sanggupkah nak sia-siakannya??? 

Saturday 15 October 2011

Cinta

Cinta itu fitrah manusia..
Menjadi fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai..
Sense of belonging...
Cinta itu juga anugerah...

Cinta kepada ibu ayah
Cinta kepada sahabat handai
Cinta kepada saudara mara
Cinta kepada si dia...

Siapa pun yang kita cinta,biarlah cinta kita tu kerana Allah...
Cinta bukan kerana Allah adalah cinta kosong...
Cinta yang berlandaskan hawa nafsu
ataupun tuntutan material semata-mata....
Cinta yang mengundang kelalaian... Penderitaan...

Sesungguhnya cinta kerana Allah membawa kita kepada kebahagiaan yang hakiki
Kerana cinta yang beralaskan kepada Allah  adalah wajah iman yang sebenar..

Amru ibnu Maimun berkata,Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Seseorang yang ingin mendapatkan kesenangan rasa nikmat iman,maka hendaknya dia mencintai seseorang,semata-mata Allah.
HR Imam Ahmad

Abu Saleh meriwayatkan,Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanNya,kamu tidak akan masuk syurga,kecuali telah beriman.Dan kamu disebut tidak beriman kecuali saling mencintai.Mahukah aku beritahu amalan apakah yang kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?Sebarkan salam antara kamu.
HR Imam Muslim

Bila difikirkan balik,sejauh manakkah cinta kita kepadaNya???
Adakah setinggi gunung??? Atau hanya sebesar kuman???
Adakah cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita kepada segalanya??


Oleh itu,marilah kita semua jernihkan kembali cinta kita hanya keranaNya..
Memaknakan cinta kita hanya kepadaNya..
Mencintai seseorang  untuk mencapai redhaNya...


Lenyapkanlah cinta yang sia-sia itu....
Carilah ia semula di atas landasan yang betul...

Ayuh kita ungkapkan

“UHIBBUKA/UHIBBUKI FILLAH” J


Tuesday 11 October 2011

My Diary : Kembara kami!!!

04 Oktober

5.30 a.m :
Aku terkejut agak lambat dari plan asal...Ada 5missed call dari CEO ku...

6.30 a.m :
Bermulalah perjalanan the 7 beuty of homestay najbila...
Dingin  pagi tidak mematahkan semangat kami pergi mengembara..
Kembara lepasan sem1 asasi....
Kembara menghabiskan duit kpt..
Kembara kami !!!!!

6.30 a.m di puncak..
Laut yang dalam..
Bukit yang curam...
Bas yang penuh...
Jalan yang sesak...
Lrt yang canggih...
Semuanya kami redah...



Sarapan kami
Teh tarik......
Terjumpa...
12.00 p.m :
Akhirnya  kami tiba ke destinasi kami iaitu rumah nabila...
Dengan perut yang lapar,sungguhlah kami terharu pabila  dihidangkan dengan laksa penang... Memang best....

Malamnya kami dihidangkan dengan kuah singgang... Memang tambah 2x la kami... Memang malam tu kami tak kebuluran....Terima kasih untuk mak nabila..Rasa macam dah balik umah sendiri jer........

05 Oktober

6.00 a.m :
Semuanya dah bangun... Berebutkan giliran untuk mandi.. Saat nie teringat
 Saat pergi kem..Tak pun saat pergi lawatan time form 4... Memanglah riuh....

9.00 a.m :
Perjalanan pun bermula.....
Kami naik teksi... Kami ambil lrt... Kami seberang jalan yang berbahaya...



Jalan ke TS
Akhirnya...
Times Square,here we come....
Kat sini ada yang beli shawl.Ada yang beli sandal.Ada yang beli baju.Aku???
 Aku bukanlah kaki shopping...

So,apa tunggu lagi... Low Yat,here I come....Aku pergi ke sana bersama seorang lagi sahabatku... Kredit untuk kakakku yang tunjukkan jalan untuk ke sana...

Pertama kali melangkah kaki ke Low Yat,hatiku sungguh gembira... Mataku bagai terlekat melihat gadjet-gadjet kat sana... Paling aku tak tahan adalah kamera-kameranya... Atau lebih tepat dslr-dslrnya... Kalaulah duit aku cukup time tu,memang tak fikir panjang laa....

Pengubat hati

3.00 p.m :
7org,ada 7tempat yang nak pergi..Ada yang nak pergi Sogo..Ada yang nak pergi tengok wayang dan ada yang nak main rollercoaster...Setelah memikirkan sebab dan akibatnya,kami memilih Times Square Theme Park...

Apa yang kami tak main kat sini..Rollercoster??Merry go round??Bumper car?? Semuanya kami redah....
Tapi ada saja yang menyerah di tengah jalan..Kalah kepada perasaan takut... Bagiku,cabaran perlu disahut....

“Buat pe bayar mahal-mahal tapi tak main kan???? Membazir......”

Playground




06 Oktober

6.00 a.m :
Bangun pagi ada yang badannya sakit-sakit.. Mungkin penangan rollercoaster sebanyak dua kali tu.....Tapi apa-apa pun,pengembaraan mesti diteruskan.. Kali nie kat mana pulak yer???

Kali nie kami round area-area Sogo n jalan TAR.... Memang best laa shopping.. Banyak barang yang murah-murah... Apa tunggu lagi???Nielah masanya nak menghabiskan duit kpt... Huahuahua....
Aku???Still dengan gaya aku...

“Manalah hobi aku shopping-shopping nie....
Tapi kalau nak ajak aku shopping,aku still on....”






3.00 p.m :                        
Kami ambil KTM untuk pergi Mid Valley pula... Buat pe pergi Mid Valley??? Kami nak ambil pengalaman tengok wayang...



3.30 p.m :
Kami sampai kat MV... Cepat-cepat cari cinema dan fikir cerita apa yang best untuk ditonton...
“Kita tengok cerita hantu r... Baru best sound effect yer...”
“A’ah... Tengok Dream House... Cerita hantu tu...”

Tayangan Dream House pukul 3.30... So,kami cepat-cepat la cari tempatnya dan layannnn...........

5.00 p.m :
Pergh... Yang nie kami katakan cerita hantu...??? Cerita sedih ada la..... Ada jew yang sapu air mata diorang... Memang cerita yang menyayat hati r.... Apa-apa pun cerita nie best la juga.... Terbaik!!!!







Buah tangan dari MPh
Marry me?Yes, i do...
07 Oktober

Memandangkan hari nie hari kepulangan kami dan tiada apa-apa yang kami rancangkan hari ini,kami bangun agak lambat... Keletihan juga menyelubungi kami...

11.30 a.m :
Bertolak dari rumah Nabila untuk ke Hentian Putra.... Perjalanan yang agak mencabar dengan dua buah beg yang agak besar....

12.50 p.m :
Selamat berada diatas bas untuk pulang ke kampung.. Hati bagaikan tidak percaya yang aku akan pulang ke rumah semula....

8.15 p.m :
Selamat sampai ke rumah.... Rindunya dekat novel-novelku...Dan dekat katilku....

Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang telah menceriakan hidup ini...
 Love you all....
Sem depan kita serang Sunway pulak....... :D

Sekalung penghargaan diucapkan kepada

Nabila dan keluarga.....
Jasamu tak terbalas.....

Yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kembara ini...

Ceo
Nabila

Biro Fesyen
Nj

Biro Penuh Persoalan
Asmaa’

Biro Tunjuk Arah
Hani
Nabila

Biro Tarbiah @ Rohani
Dee Dee

Biro Dokumentari Dan Fotografi
Tierah
EizR




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....