Saturday 15 October 2011

Cinta

Cinta itu fitrah manusia..
Menjadi fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai..
Sense of belonging...
Cinta itu juga anugerah...

Cinta kepada ibu ayah
Cinta kepada sahabat handai
Cinta kepada saudara mara
Cinta kepada si dia...

Siapa pun yang kita cinta,biarlah cinta kita tu kerana Allah...
Cinta bukan kerana Allah adalah cinta kosong...
Cinta yang berlandaskan hawa nafsu
ataupun tuntutan material semata-mata....
Cinta yang mengundang kelalaian... Penderitaan...

Sesungguhnya cinta kerana Allah membawa kita kepada kebahagiaan yang hakiki
Kerana cinta yang beralaskan kepada Allah  adalah wajah iman yang sebenar..

Amru ibnu Maimun berkata,Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Seseorang yang ingin mendapatkan kesenangan rasa nikmat iman,maka hendaknya dia mencintai seseorang,semata-mata Allah.
HR Imam Ahmad

Abu Saleh meriwayatkan,Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda,
Demi Zat yang nyawaku berada dalam genggamanNya,kamu tidak akan masuk syurga,kecuali telah beriman.Dan kamu disebut tidak beriman kecuali saling mencintai.Mahukah aku beritahu amalan apakah yang kamu kerjakan dapat menzahirkan rasa saling cinta antara kamu?Sebarkan salam antara kamu.
HR Imam Muslim

Bila difikirkan balik,sejauh manakkah cinta kita kepadaNya???
Adakah setinggi gunung??? Atau hanya sebesar kuman???
Adakah cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita kepada segalanya??


Oleh itu,marilah kita semua jernihkan kembali cinta kita hanya keranaNya..
Memaknakan cinta kita hanya kepadaNya..
Mencintai seseorang  untuk mencapai redhaNya...


Lenyapkanlah cinta yang sia-sia itu....
Carilah ia semula di atas landasan yang betul...

Ayuh kita ungkapkan

“UHIBBUKA/UHIBBUKI FILLAH” J


3 comments:

nunaaz said...

wa iyyaki!!

nunaaz said...

uhibbuki fillah aidhan!

eR said...

uhibbuki fillah.............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....