Tuesday 25 October 2011

Berubah???Baik???

“Dah  bila lagi?”
 Bila apa??  Bila lagi saya nak jadi baik?? Bila lagi saya nak pakai jilbab labuh?? Soalan yang sungguh sukar untuk saya jawab..Dari hati atau pun di mulut semata-mata…

Apakah baik tu sebenarnya..??  Adakah baik tu diertikan bila kita atau saya dah tukar dari tudung bawal biasa ke jilbab labuh??  Dari tak berkopiah ke berkopiah?? Adakah baik tu bila saya  always pergi surau @ masjid walaupun sebelum nie jalan ke  surau pun saya tak tau?? Bila saya join usrah??? Bila dah tukar dari aku ke saya..Itu ke baik? Itu ke berubah??

Tapi bagi saya, jadi baik tu bukan luaran semata-mata..Baik tu dari segi fizikal dan rohani terutamanya…


Saya belum cukup baik lagi kalau saya still tengok korea walaupun at the same time saya tengok tanyalah ustaz…
Saya belum cukup baik lagi kalau saya still dengar lady gaga even at the same time saya dengar  zain bhika..
 Dan bagi saya,saya belum cukup baik lagi kalau saya dah tak cakap face-to-face dengan berlainan jantina  tapi still chat dengan diorang dalam fb.. Still mesej dengan diorang.. I mean benda-benda yang  takde faedah r coz ia samalah macam kita berdua duaan dengan diorang…
“Saya belum cukup baik………”

Bagi saya,baik tu bila saya dah bersedia nak tinggalkan semua jenis entertainment yang melalaikan..k-pop..e-pop..dan segala pop lagi lah.
Baik tu bila saya dah tak tengok cerita korea atau jepun atau whatever yang boleh bazirkan masa saya yang saya boleh guna untuk buat perkara berfaedah ..
Baik tu bila saya dah tak baca novel cinta yang mengkhayalkan yang boleh buat saya lupa kepada Nya.. Yang masanya saya boleh guna untuk khatam Quran…
Baik tu bila saya dah tak ngumpat orang.. Bila saya dah pandai untuk berhusnuzon..
Baik tu bila saya tak miss tahajud dan qiamulail…
Dan yang penting,baik tu bila waktu kosong saya,saya lebih ingat DIA berbanding dia…



Dan kalau nak jadi baik ,Ia mestilah datang dari hati saya sendiri..Bukan sebab pengaruh novel versus,quartet tautan hati dan banyak lagi….Kerana saya yakin  ianya takkan berkekalan …
Tapi takkanlah saya nak tunggu ia datang bergolek kan??Saya  kenalah berusaha kan??Sayalah yang kena cari hikari tu kan….?Dan fighting!!!


Kadang-kadang,dalam perjalanan jadi baik nie,
saya  rasa letih walaupun masih merangkak bukannya berlari...
Letih pura-pura jadi orang lain.. ‘it against myself’
Letih jadi dua orang at the same time…
Letih untuk menangkis godaan hawa nafsu dan environment…
Rasa sakit pabila kita terpaksa tinggalkan apa yang kita suka …
Rasa rindu dekat apa yang dah kita tinggalkan….
Dan suatu ketika tu,saya dah tak rasa apa-apa,
coz perasaan saya dah jadi zero akibat terlalu banyak diuji…

Tapi itulah pengorbanan..Cinta  perlukan pengorbanan…. Kejayaan perlukan pengorbanan.. Semuanya perlukan pengorbanan…
Korbankan rasa..Korbankan perasaan…Korbankan segalanya….
 kerana itulah yang terbaik… Terbaik untuk segalanya…

Semoga dalam mencari hikari itu,kita,saya,dan aku tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran…. Dan jangan pernah menyesal n just look forward….
Berubahlah walaupun payah…Fighting..!!!
Usia muda,sanggupkah nak sia-siakannya??? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....