Showing posts with label FriEnds. Show all posts
Showing posts with label FriEnds. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Report



lab report yang dah macam tesis
"Amboi.. Lama mandi?Dari aku masak air sampailah aku dah nak siap bancuh kopi pun kau tak siap lagi. Apa kes?"

Dia pandang Wani yang sedang kacau kopi. "Biasalah.. Manjakan diri. Dah dua hari mandi tak basah.. Lab report punya penangan...Tidur pun tak lena..”

“Tu la... Sekarang boleh relax-relax la kejap. Tapi...” Ayat Wani tergantung bagai tak bertali.

“Tapi what?” Mata Aini sedikit terbuntang. Masalah ke kalau dia nak relax kejap?

“Kita bukannya dah habis sem pun.  Baru habis kuliah dan hantar last lab reports. Final exam masih ada la...” Wani menyambung ayatnya yang tergantung tadi dengan senyuman sinisnya.

“Jangan ingatkan boleh tak?” Tiba-tiba dia rasa nak siram Wani dengan air kopi.

“Trauma. Trauma. Tahu tak?”Dia menambah lagi. Cukuplah lab report je yang buatkan dia tidur 2 jam sehari je. Sekarang dah nak kena fikir exam pulak? Aini geleng kepala. Lama-lama macam ni, dia boleh dapat darah tinggi la.

“Woiii. Realiti kena hadapi. Bukannya lari.”

“Ya, aku tahu. Perjalanan kita masih panjang. Jadi student ni hidup bukan hanya assignment semata-mata. Kita takkan lepas daripada test dan exam bagai tu...” Baju kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh di tepi tandas. Dia tuang pula sabun baju. Kemudian, butang start ditekannya.

“Tapi kau juga ada hak. Hak untuk menikmati hidup ini. Hak untuk gembira. Hak kepada diri sendiri lepas kau dah penat berusaha. Yang paling penting, hak kau kepada matlamat kau sendiri.” Dia panggung mukanya memandang Wani. Dia tayang sengih.

“Buat lab report  tak gembira ke?” Wani tanya Aini pula.

“Eh, kau gembira ke?” Aini tanya balik. Bukan dia tak tahu, orang buat lab report dengan tangan, tapi Wani buat dengan mulut.

Aini basuh tangannya di singki. “Assignment tu hanya alat untuk kita dapat ijazah tu. Untuk dapat ilmu tu. Macam cawan yang kau pegang tu jugak. Tu hanyalah alat untuk kau isi kopi kau. Hakikatnya, apa yang kau nak adalah kopi tu.”

Dia dah pun menyandar pada mesin basuh. Macam lama je nak sembang dengan Wani. “ Tapi kenapa kita selalu pilih mug yang cantik time beli tu?”

Wani angkat bahunya. Tak tahu dan terdiam dengan kata-kata Aini mungkin. Tu la, siapa suruh ajak Aini borak. Kan dah jadi melarat. Karang terus tak jadi nak belajar.

“Sebab cantik tu mahal dan mahal tu lambang kekayaan, eh?” Aini angkat kening pada Wani. A typical reason.

“Hakikatnya, kita biarkan keadaan sekeliling yang kawal kita. Bukan kita yang kawal keadaan. Macam hidup kita juga. Kita biarkan ijazah, pangkat dan harta tu kawal hidup kita. Kita kejar ijazah dan pangkat sampai lupa nak nikmati hidup ini. Kadang-kadang sampai lupa nak jalankan tanggungjawab kita sebaga hamba.  Padahal pangkat dan harta tu hanya alat untuk kita penuhi hidup kita dan ia bukannya matlamat kita. Sebab matlamat kita kat dunia ni adalah afterlife. Akhirat sana.” Aini sambung lagi. Ha. Kan dah kena. Sekali dia balas, rasa macam makan sambal yang sangat pedas. Sampai rasa nak nangis pun ada. Wahhai..

“Sebab tu, kalau kau dah penat berusaha dengan bersungguh-sungguhnya, kau kena rest dan tenang kejap. Untuk kau fikir balik kenapa kau buat benda tu. Betul ke tak niat kau. Jangan sampai kau buat sesuatu tu gempak giler, but in fact kau tak dapat apa-apa.”  Dia tatap muka Wani yang tengah teguk kopi. Sungguh, tu dia tak nak sangat benda tu berlaku.

“Jadi, apa-apa pun, live your life. Enjoy your life. Tapi kena ikut syariah la.... Dunia letak kat tangan, bukan dekat hati, sis.  Okay la weh.. Aku chow dulu la. Lepas solat, aku nak layan PMS kejap. Lepas tu aku study la balik.”

“Boleh pulak kau ya...”



#Hanya rekaan semata-mata... Perjuangan masih panjang. Suka atau tak, tetap kena tempuhi jua. Best of luck. doakan saya juga...

Sunday, 20 January 2013

Makan dengan timun




“Eh, korang bawa tak timun?”

“Nak buat apa?”

“Nak makan dengan ni la.”

“Makan dengan ni?”

“Orang kata makan ni boleh sebabkan kanser. So, bila ada timun, tak jadi la kanser tu.”

“Serius?”

“Iye…”

“Tak bawa la pulak.”


True fact…

Makanan BBQ macam ni atau pun sate biasanya dibakar dengan arang. Arang tu mengandungi karbon dan karbon itu boleh menyebabkan kanser.

Then, bila makanan tu dibakar, karbon tu juga akan pergi melekat dekat makanan kita. Biasanya,part yang hangus-hangus tu la tendency dia lagi tinggi.

So, untuk mengelakkan kanser, biasanya sate dihidangkan bersama timun.

Oleh kerana sate mengandungi unsur karsinogen, timun mengandungi unsur-unsur antikarsinogen yang boleh mengelakkan kanser.


Pengajarannya, apabila buat bbq, sediakan timun sekali..

So, Makan secara sedap @ makan secara sihat?
 Pilihan anda…
:)




Friday, 18 January 2013

Yang retak sebenarnya




Short conversation maybe...


“Cantiknya langit.”

“Kan?”


“Nak tahu tak satu fact tentang langit ni.?”


“Apa dia?”


“Langit ni dari kita lahir sampailah sekarang tetap sama. Dah nak masuk 20tahun, tapi tak pernah sekali pun kita tengok ia  koyak atau pun rosak. Apatah lagi retak.”


“Qaf 50 : 6. Maka apakah mereka tidak melihat akan langit di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya  dan langit-langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun.”


“Subhanallah…”


"Dan cuma hubungan manusia je yang kadangkala retak.."


"Harap-harap kita tak macam tu lah.."


Angguk. "Friends till jannah.."


:)


p/s : untuk mereka yang bernama teman, kawan,dan sahabat. kawan sampai syurga. in sha Allah

Tuesday, 11 October 2011

My Diary : Kembara kami!!!

04 Oktober

5.30 a.m :
Aku terkejut agak lambat dari plan asal...Ada 5missed call dari CEO ku...

6.30 a.m :
Bermulalah perjalanan the 7 beuty of homestay najbila...
Dingin  pagi tidak mematahkan semangat kami pergi mengembara..
Kembara lepasan sem1 asasi....
Kembara menghabiskan duit kpt..
Kembara kami !!!!!

6.30 a.m di puncak..
Laut yang dalam..
Bukit yang curam...
Bas yang penuh...
Jalan yang sesak...
Lrt yang canggih...
Semuanya kami redah...



Sarapan kami
Teh tarik......
Terjumpa...
12.00 p.m :
Akhirnya  kami tiba ke destinasi kami iaitu rumah nabila...
Dengan perut yang lapar,sungguhlah kami terharu pabila  dihidangkan dengan laksa penang... Memang best....

Malamnya kami dihidangkan dengan kuah singgang... Memang tambah 2x la kami... Memang malam tu kami tak kebuluran....Terima kasih untuk mak nabila..Rasa macam dah balik umah sendiri jer........

05 Oktober

6.00 a.m :
Semuanya dah bangun... Berebutkan giliran untuk mandi.. Saat nie teringat
 Saat pergi kem..Tak pun saat pergi lawatan time form 4... Memanglah riuh....

9.00 a.m :
Perjalanan pun bermula.....
Kami naik teksi... Kami ambil lrt... Kami seberang jalan yang berbahaya...



Jalan ke TS
Akhirnya...
Times Square,here we come....
Kat sini ada yang beli shawl.Ada yang beli sandal.Ada yang beli baju.Aku???
 Aku bukanlah kaki shopping...

So,apa tunggu lagi... Low Yat,here I come....Aku pergi ke sana bersama seorang lagi sahabatku... Kredit untuk kakakku yang tunjukkan jalan untuk ke sana...

Pertama kali melangkah kaki ke Low Yat,hatiku sungguh gembira... Mataku bagai terlekat melihat gadjet-gadjet kat sana... Paling aku tak tahan adalah kamera-kameranya... Atau lebih tepat dslr-dslrnya... Kalaulah duit aku cukup time tu,memang tak fikir panjang laa....

Pengubat hati

3.00 p.m :
7org,ada 7tempat yang nak pergi..Ada yang nak pergi Sogo..Ada yang nak pergi tengok wayang dan ada yang nak main rollercoaster...Setelah memikirkan sebab dan akibatnya,kami memilih Times Square Theme Park...

Apa yang kami tak main kat sini..Rollercoster??Merry go round??Bumper car?? Semuanya kami redah....
Tapi ada saja yang menyerah di tengah jalan..Kalah kepada perasaan takut... Bagiku,cabaran perlu disahut....

“Buat pe bayar mahal-mahal tapi tak main kan???? Membazir......”

Playground




06 Oktober

6.00 a.m :
Bangun pagi ada yang badannya sakit-sakit.. Mungkin penangan rollercoaster sebanyak dua kali tu.....Tapi apa-apa pun,pengembaraan mesti diteruskan.. Kali nie kat mana pulak yer???

Kali nie kami round area-area Sogo n jalan TAR.... Memang best laa shopping.. Banyak barang yang murah-murah... Apa tunggu lagi???Nielah masanya nak menghabiskan duit kpt... Huahuahua....
Aku???Still dengan gaya aku...

“Manalah hobi aku shopping-shopping nie....
Tapi kalau nak ajak aku shopping,aku still on....”






3.00 p.m :                        
Kami ambil KTM untuk pergi Mid Valley pula... Buat pe pergi Mid Valley??? Kami nak ambil pengalaman tengok wayang...



3.30 p.m :
Kami sampai kat MV... Cepat-cepat cari cinema dan fikir cerita apa yang best untuk ditonton...
“Kita tengok cerita hantu r... Baru best sound effect yer...”
“A’ah... Tengok Dream House... Cerita hantu tu...”

Tayangan Dream House pukul 3.30... So,kami cepat-cepat la cari tempatnya dan layannnn...........

5.00 p.m :
Pergh... Yang nie kami katakan cerita hantu...??? Cerita sedih ada la..... Ada jew yang sapu air mata diorang... Memang cerita yang menyayat hati r.... Apa-apa pun cerita nie best la juga.... Terbaik!!!!







Buah tangan dari MPh
Marry me?Yes, i do...
07 Oktober

Memandangkan hari nie hari kepulangan kami dan tiada apa-apa yang kami rancangkan hari ini,kami bangun agak lambat... Keletihan juga menyelubungi kami...

11.30 a.m :
Bertolak dari rumah Nabila untuk ke Hentian Putra.... Perjalanan yang agak mencabar dengan dua buah beg yang agak besar....

12.50 p.m :
Selamat berada diatas bas untuk pulang ke kampung.. Hati bagaikan tidak percaya yang aku akan pulang ke rumah semula....

8.15 p.m :
Selamat sampai ke rumah.... Rindunya dekat novel-novelku...Dan dekat katilku....

Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang telah menceriakan hidup ini...
 Love you all....
Sem depan kita serang Sunway pulak....... :D

Sekalung penghargaan diucapkan kepada

Nabila dan keluarga.....
Jasamu tak terbalas.....

Yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kembara ini...

Ceo
Nabila

Biro Fesyen
Nj

Biro Penuh Persoalan
Asmaa’

Biro Tunjuk Arah
Hani
Nabila

Biro Tarbiah @ Rohani
Dee Dee

Biro Dokumentari Dan Fotografi
Tierah
EizR




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....