Thursday 2 February 2012

Jangan direnung pahitnya usaha...

Jangan direnung pahitnya usaha.Tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan…




Ya.Allah tengok usaha kita, bukannya hasilnya…
Kita dah usaha semampunya..

Tapi kan…
“Aku dah usaha..Dua malam aku tak tidur…Tapi kenapa aku still tak boleh jawab..
Atau lebih tepat lagi,result aku hancur…?? “

Yup..Kadang-kadang kita dah usaha sedayanya..
Tapi keputusan yang kita dapat masih teruk…
Ketahuilah sememangnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya…
Dalam hidup ini,semua orang akan berjaya..
Cuma lambat atau cepatnya…

“Tapi aku dah usaha…”
Mungkin kita masih tak layak untuk menerima kejayaan tu…
Masih banyak yang kita perlu perbaiki…
Oleh itu,hadapilah dugaan ini dengan penuh  tali kesabaran…

“Cakap senanglah kan..Tapi aku yang rasa..”
Dalam Quran ada sebut…
‘Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar….’
Al Nahl : 96

Bila melihat sirah Rasulullah…
Rasulullah pernah berhijrah ke Thaif untuk menyebarkan dakwah baginda..
Tapi apa yang baginda dapat daripada orang Thaif???
Baginda dibaling dengan batu sehingga luka kaki baginda..
Kaki baginda penuh dengan darah..
Sampaikan selipar baginda boleh melekat kat kaki baginda..
Begitu banyaknya darah kan…
Tapi baginda still tak putus asa dan terus bersabar…
Dan cuba teka bila Islam tersebar luas kat Thaif…?

Tengoklah,baginda pun tak pernah berputus asa dengan rahmatNya..
Jadi,siapalah kita nak dibandingkan dengan baginda
 yang nak putus asa dengan rahmatNya yang tak terhitung tu…….

Mungkin air mata itu pernah mengalir..
Tapi sedarilah bahawa air mata itu bukan air mata lemah..
Namun air mata harapan yang akan manampung semangat kita
untuk tetap bertahan dalam iman..

Dan harapan kepada Allah bukanlah harapan mainan,
Tapi harapan kepada Dia yang tak tidur,
Yang selalu mendengar doa kita…..



Dan fighting….:)



3 comments:

dd said...

La tahzan..janji ALLAH itu benar.

'Dan janji ALLAH itu benar. siapakah yang lebih benar perkataanya drpd ALLAH?' An-nisa',4:122

ALLAH dah kate DIA akan balas setiap amal perbuatan kita. kalau kite dah usaha, ada lah hasil yang ALLAH bagi nanti. jangan terburu2 minta balasan daripada ALLAH. ALLAH kurniakan hujan hari ni mungkin sebab ALLAH nak kurniakan pelangi hari esok. kali ni result kite x ok w/pun dah usaha, mungkin sbbnye ALLAH nak bagi hadiah istimewa final exam nanti. Yang penting selalu berdoa pada ALLAH. moga dipermudahkan segala urusan belajar, dunia dan akhirat. same2 kite kuatkan rase kebergantungan kepada ALLAH. Jangan kite rase kite dah usaha, kite mesti dapat buat. kite lupe yang sumenya bergantung pada ALLAH.
' Jika ALLAH menolong kamu, tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika ALLAH membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? kerana itu, hendaklah kepada ALLAH saja org2 mukmin bertawakal. ' Ali-imran, 3:160

ingat, kena USAHA, DOA, TAWAKAL... bukan usaha semata-mata. :)

mahu berubah w/pun payah.. YA ALLAH, izinkan aku menyentuh cintaMU.Titipkanlah rasa rindu dan cinta padaMU dalam hatiku. pandulah aku, pimpinlah aku,jangan kau biar aku sendiri kerana aku lemah tanpaMU.

eR said...

syukran ats nasihat n kata2 smgt... really apreciate it...

nunaaz said...

aja-aja fighting!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....