Monday 23 January 2012

mid valley,di situ ada kenangan dan pengalaman...


Cuti kali ini masih ke tempat sama tapi dengan tujuan yang berbeza…
Menghabiskan baucar RM200…Bagaikan mendapat durian runtuh..

Perjalanan bermula kala semua orang masih diulit lena…
Dan hujan turun agak lebat..Hujan  rahmat barangkali…
Jalan masih lengang…KL Sentral masih kosong...







Dan hati sedikit kecewa pabila melihat booth MPH dekat KL Sentral tutup..
Terlepas diskaun 70%..Tapi percaya masih mampu membeli di Mid Valley…




Tiba dekat Mid Valley,destinasi pertama adalah MPH… Nama pun nak habiskan baucar 1Malaysia tu..RM 200 tu…Memang buntu r nak pilih apa….

Saat sampai kat MPH,hati seakan-akan tersentap… Sukar nak percaya…
Rak buku semua kosong… Yang ada hanya clearance stok…
Hati berbisik “Penangan baucar rm200..….




Ada jer sahabat yang dah nak nangis.. Dia cakap “dah kita nak beli buku apanya ni..”

Menyusur di sebalik rak-rak itu ,ada seseorang bagitau…
“Kalau nak beli buku,lepas pintu nie,belok kiri,turun ke LG,dan pergi kat hujung sekali..Kat sana ada kedai MPH yang baru….”

Hahaha..Akhirnya mampu tersenyum kembali…So,apa tunggu lagi,terus terjah MPH tu…


Dengan baucar RM 200 tu,tak tahu nak beli apa.. Dan beli jer apa yang rasa nak baca….







Selesai  shopping,pergi solat dan berjalan-jalan tanpa arah tujuan…Menolak troli yang tidak kurang beratnya..Merasa seolah-olah sebuah keluarga…

Orang kata,bila kita banyak ketawa,kita akan bersedih kemudiannya…

Berjalan beberapa langkah keluar dari jusco punya scanner,hati terkejut dengan seorang sahabat yang berhenti mengejut…Tertanya-tanya…
 “Kenapa nie??”
“Hanset saya hilang..”  tak diakui yang mata dia sedikit merah….
“Mungkin masa langgar lelaki tu tadi kot… Patut lah saya tak rasa pun langgar dia,tapi dia buat macam langgar…”

Bergegas ke tempat perlanggaran…

Suspek masih ada disana… Beritahu dekat security guard kat situ…
“Kita tak boleh buat apa laa…Kita bukannya nampak dia yang ambil..”
“Kalau saya tahu dia ambil,saya boleh pergi tanya dia..Tapi saya suspek dia…”
“Buat report polis r…Tapi report jer laa…Tak boleh dapat juga hanset tu…”
“Tu cctv…….”

Suspek masih disana dengan muka bersalah dan lagak orang bersalah…
“Okke..Tiga orang pergi buat report dan tiga orang tunggu tengok diorang…”
Sungguh…Rasa nak jer pergi ‘aproach’ lelaki tu..Tapi sayangnya diri tak seberani tu… Mampu berdoa agar hati dia lembut…

“Bukan dialah… Dia tunggu makwe dia laa…”
Hati dah cuak… Apa hukumnya berburuk sangka?? Apa hukumnya fitnah..??
Huhu…Hanya mampu berisighfar…
Nanti malam nie saya tengok cctv.. Apa-apa saya contact semula..bagi nombor yang boleh dihubungi…

... “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Surah Al-Ankabut 2-3

Walau bagaimana kuat pun diuji,hidup mesti diteruskan…

Rasa lapar… Dan singgah kat Chicken Rice Shop… Memang best dan kenyang…








9.30malam….Terpaksa  bersesak dalam bas U90 yang last untuk pulang ke puncak…

Sedang bersesak,seorang sahabat menerima panggilan telefon…Daripada polis tu… Hati dah takut…
“Ha…!!!!Betul la lelaki tu…???”
The rest,history….

Okke…Alhamdulillah..Hati dah lega…Rasa bahagia… Curiga kami berasas…
Harap-harap kes tu dapat diselesaikan…

10.30malam..Sampai kat bilik…Badan sedikit letih..Pak cik bas tu sempat lagi tanya nak main roller coaster tak…Memang roller coaster puncak alam laa…

Pengalaman yang memang best…Pengalaman yang kita tak sangka kita akan lihat dan rasa dengan sendirinya…Pengalaman yang berharga…Dan pengalaman lah yang menjadi guru kita…










2 comments:

eR said...

dalam hidup ni,kita akan lalui banyak pengalaman.dan kadangkala pengalaman pahit terutamanya sukar untuk kita digest.tanpa kita sedari,pengalaman itulah yang buat kita kuat.pengalaman tulah yang mengajar kita banyak perkara.pengalaman itulah ujian kita...semoga sahabat saya tu kuat,tabah,dan sabar.. ingat,kita ada Allah....all da best....

Anonymous said...

isyaALLAH,sy akn cube digest n absorb peglmn tu n apply utk kegunaan pd mase akn dtg.. :) moga ALLAH bg kekuatan utk lalui sume ni.sy tahu ALLAH sayang sy.. :)

shukron zie..syukron juge pd sume shbt2 yg tlg dlm mase kelam kabut tu..jazakillahukoira.. :)

~dd~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....