Monday 6 August 2012

Apakah????

Dia menatap kalendar di skirn laptopnya. “5 Ogos?  Dah tak lama. Tak sampai sebulan pun.”
 Tiba-tiba hatinya disapa pelbagai perasaan. Cuak. Gelisah. Gembira. Sedih. Bercampur baur.


Bimbang akan perjalanan yang bakal bermula. Perjalanan kali ini bukanlah perjalanan biasa-biasa. Kenapa? Kerana  perjalanan kali ini adalah perjalanan luar biasa. Aduh!!!


Hakikatnya,perjalanan kali ini bukanlah perjalanan mengejar cita-cita. Jauh sekali menggapai impian. Namun,perjalanan kali ini pastinya suatu yang berbeza. Perjalanan mencari erti hidup.

Ya,dari tadika. Taska. Sekolah rendah. Menengah dan mungkin sehingga ke akhirnya,seringkali dia dihujani soalan yang sama.
Apakah cita-cita anda? Atau anda  nak jadi apa? Soalan yang sama jenisnya namun berbeza cara penyampaiannya,

Tapi.....

Jarang sekali dia ditanya soalan ni.
Apakah erti hidup anda? Apakah makna hidup anda?
Eh,jarang sekali???? Mungkin tidak pernah....
 Ya,apakah makna hidup kita? Tepuk dada tanya iman.

“Sekali aku melangkah,aku takkan berpaling lagi.  Ya,aku takkan berundur lagi. Hidup ini untuk dinikmati. Bukan untuk ditangisi. Terima segala ketentuan Allah dan ucapkan syukur. Alhamdulillah...” Dan syukur bukan hanya di bibir,tapi juga di hati. Perlahan hatinya berbisik.

Yeah.. Perjuangan dia  baru bermula. Perjuangan kita?
Pastinya perjuangan ini bukanlah menjanjikan kesenangan. Apatah lagi  kedamaian.
Ianya penuh dengan cabaran. Penuh dengan rintangan.
Namun itu bukanlah alasan untuk menyerah.
Teruskan usaha. Teruskan bersabar dalam iman.
Dan fighting!!!

Semoga dia dipermudahkan urusan. Semoga dia mendapat apa yang dicari.
Ameen.

Akhir sekali,tanya diri sendiri,apa MAKNA hidup kita? Apa ERTI hidup kita?
Bukan apa cita-cita kita....
Sekian.....


7 comments:

syara said...

good luck zie.mu gi diri ke ? family mu gi lake ?

eR said...

huahua..time kaseh.....ak g ngn mk ayh ak..diorg xbg g sorang..hehe

fathin aiN said...

gud luck dejavu di kinabalu la ko....

FR said...

zi, dapat sambung study dekat sabah ke ?

eR said...

fathin ain,
haha...time kaseh..doakan ak..
nanti ak cri bazli utk ko ea.. (ak xske ammar) hehe
fatin ruslan,
a'ah...alhamdulillah.dpt ums..

fadlin zalnas said...

wah zie, tahniah! dpt fly slalu la :)

eR said...

haha..time kaseh....doakan sy ea..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....