Pengalaman dicari, sejarah diterokai.
Alhamdulillah...
Kaki akhirnya berjaya juga dijejakkan ke Mesir. Mesir
bumi ‘ini sejarah kita’. Tempat bersejarah bagi umat Islam. Di dalamnya penuh
sejarah. Semakin kita terokainya, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.
Sungguh, dalam debarnya tetap ada gembira. Peluang yang
kita dapat, jangan sesekali pernah disia-siakan. Peluang mengembara ke negara
orang.
Makanya, here we come, Mesir!!!
16/02/2014,Ahad : Pengembaraan
bermula
Pagi-pagi berkejar ke KLIA. Oleh kerana bakal ke luar
negara, kena la check in awal daripada biasa, 3jam awal. Flight pukul 9.45,
pukul 6.45 pagi dah kena ada dekat airport.
Makanya, jadi la saya, dua adik saya, dan parents saya
duduk di airport sementara menunggu waktu berlepas.
Sebelum ni kalau lalu airport Terengganu, bibir tanpa sedar mengukir senyuman. Ya, sungguh la excited dan hari ini, mimpi bagaikan menjadi nyata. Cita-cita akhirnya tercapai jua.
Flight kali ni dari Kuala Lumpur ----> Doha ----> Kaherah, Mesir.
Hanya short transit di Doha. Jadi, tak sempat la nak
kenal-kenal dengan Doha ni. Cuma hati kagum melihat Doha dari ruang udara.
Cantik.
Sampai saja di Mesir dan keluar dari airportnya, badan
seakan-akan menggigil. Sejuk. My sis
kata cuaca kat Mesir biasa-biasa saja. Tapi
mungkin bukan bagi kami.
17/02/2014,Isnin : Sejarah untuk diingati
Antara destinasi kami hari ini ialah
1) Kubu Salahuddin al Ayyubi
Kalau nak diikutkan, kubu Salahuddin ada 3 di Mesir dan
ini adalah salah satu daripadanya.
Siapa itu Salahuddin al Ayyubi? seorang tokoh yang pernah membebaskan Palestin.
Di dalam kubu ni juga ada muzium pertahanan dan masjid
Sultan Ali.
2) Husin
Husin ni adalah salah satu tempat untuk shopping.
Macam-macam ada dijual di sini.
Satu tips nak membeli belah kat sini ialah kena pandai
tawar menawar dan kena pandai ‘berlakon’ sikit. Barulah dapat harga murah.
Ramai orang Malaysia yang suka shopping kat sini.
Makanya, ada je penjual yang pandai cakap Melayu. ‘Harga murah’, ‘Harga
runtuh’, dan banyak lagi.
Ni lif dekat rumah sewa kakak saya. Antik tak? |
18/02/2014,Selasa: Iskandariah @ Alexenderia
Hari ini, KISK diteruskan ke Iskandariah. Iskandariah ni
dari Kaherah memakan masa kira-kira 3 jam kalau dengan menaiki kereta.
Kami ke sana dengan menaiki kereta yang telah ditempah
oleh kakak saya. Pakej yang diambil sekali
dengan tourist guidenya atau yang kami panggil ustaz. Senang ada tukang bawa kereta dan tukang
cerita.
Tengok ustaz tanya jalan. Ustaz tu yang belah kiri. |
Antara tempat-tempat yang kami lawati termasuklah:
1) Qal’ah Qaitbay
Kubu pertahanan.
Kata ustaz, dulu-dulu orang Romawi menjajah Mesir melalui
laut. Sebab itulah kubu ini dibina. Memang kubu ini berdekatan dengan laut dan
bayu lautnya jelas terasa. Badan terketar-ketar la juga walaupun matahari
tinggi di atas kepala.
Sungguh saya kagum melihat senibinanya. Bayangkan senibina
beribu-ribu tahun lamanya itu masih kukuh sehingga sekarang. Dan hati berkata, ‘patutlah
orang Islam dulu hebat...’.
2) Masjid dan makam Mursi
3) Perpustakaan Iskandariah
Perpustakaan ini adalah perpustakaan ke-2 tertua di
dunia. Melihatkan senibina luarannya sudah cukup cantik dan kat dalamnya tak
tau la.
4) Taman Awam Montazah
Pada zaman dulu, taman ini adalah tempat tinggal raja. Oleh
itu, taman ini adalah taman peribadi pada suatu ketika dulu yang kini telah
dibuka untuk orang awam. Kawasannya dekat dengan Laut Mediteranean.
![]() |
Istana di dalam Montazah |
Bersambung
Credit picture: Adik-adik dan kakak saya :)
p/c: Baru sempat update pasal KISK ni. Asyik tertangguh je.
No comments:
Post a Comment