Showing posts with label FaMiLy.... Show all posts
Showing posts with label FaMiLy.... Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

My Diary: Kembara Ini Sejarah Kita; Mesir Part 2

Pengalaman dicari, sejarah diterokai.

bersambung lagi....

19/02/2014,Rabu:

Pejam celik. Pejam celik. Rupanya dah empat hari kami ada kat Mesir. Macam sekejap je masa berlalu. Walaubagaimanapun, kembara tetap diteruskan. Makanya, hari ini antara tempat lawatan kami termasuklah:
                       
1) Piramid Giza
Rasanya ni tempat wajib kalau melawat Mesir.  Tempat yang dikatakan tempat perkuburan firaun. Kat sini ada 3 piramid utama. Kat sini juga ada binaan yang bernama sphinx yang berkepalakan manusia dan berbadan singa.








2) Masjid Amru al As
Amru Al As ni salah seorang sahabat nabi. Banyak peperangan yang disertai beliau. Amru al As ni juga yang bebaskan Mesir daripada jajahan Rom.  Oleh itu, beliau yang pertama kali buka Mesir. masjid ni ialah masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Sebenarnya, yang kekal sejak zaman dahulu ialah tapaknya saja. Masjid ni dah lalui banyak pembaikan.




3) Universiti Kaherah Mesir
Okay, yang ni sebenarnya  tujuan asal kami ke Mesir. Tengok kakak saya graduate. Akhirnya setelah 6 setengah tahun, dia akhirnya berjaya capai cita-cita dia.  Tahniah my sis!!!



Hanya di Mesir je kot yang semua family boleh masuk dalam dewan konvo. Pulak tu, lampu dewan sampai kena tutup untuk suruh semua orang keluar. Sebab semua sibuk bergambar dan tak sedar hari dah lewat malam.




20/02/2014,Khamis: Lawatan masjid-masjid

Kembara hari ini bertemakan masjid. Makanya, tempat yang kami pergi adalah ke masjid-masjid di sekitar Kaherah. Antaranya adalah:

1) Masjid dan makam imam Syafie
Mungkin kami terlalu awal, tempatnya masih tidak dibuka ketika kami sampai. Dan setelah pintu pagarnya dibuka, makamnya masih belum boleh dibuka. Jadi, kami hanya pergi melawat masjidnya, dan hanya berdoa dari luar makam Imam Syafie.






Pulang dari tempat ni, hati jadi teramat kagum. Jiwa berkobar kobar nak ikut perjuangan Imam Syafie. Imam Syafie tokoh yang penuh dengan ilmu.

2) Masjid Sultan Hasan
Masjid ini juga dikenali dengan masjid empat mazhab kerana di dalam masjid ini terdapat 4 madrasah yang mengajarkan empat mazhab umat Islam; mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali.
Di setiap sudut masjid ini terdapatnya madrasah bagi keempat-empat mazhab itu.                                   




madrasah
asrama pelajar
Hospital dalam masjid

Kata ustaz, dia pernah menjadi bilal di situ dan ketika melaungkan azan, mikrofon tak diperlukan sebab  masjid itu memang dah bergema.

3) Masjid Ar Rifai
Sebenarnya masjid Sultan Hasan dan masjid Ar Rifai ini bersebelahan. M.Sultan Hasan di sebelah kiri dan M. Ar Rifai di sebelah kanan. Ar Rifai ini ialah pengasas tarekat Rifai. Di dalam masjid ini ada makam Shah Iran. Shah Iran ini ialah pemimpin yang digulingkan oleh komunis.



Jarak dua masjid tu
tiket masuk

4) Masjid Ahmad Tulun
Masjid tertua di Mesir. Masjid terbesar di Kaherah dan ketiga terbesar di dunia. Masjid ini tidak lagi menjadi tempat untuk solat, hanya sekadar menjadi tempat lawatan orang ramai. Di masjid ini, ada satu menara yang kita boleh melihat seluruh Mesir.





5) Masjid Al Azhar
Masjid ini sudah tentulah berdekatan dengan universiti al Azhar. Oleh itu, kebanyakan yang datang bersolat dan beri’tiqaf di sini ialah pelajar uni Al Azhar.

6) Masjid Husin
Masjid ini berdekatan dengan Husin, tempat shopping tu.  Jadi, sesiapa yang pergi shopping di situ akan singgah bersolat di sini.



21/02/2014,Jumaat: Selamat tinggal Mesir.

Okay, hari ni adalah hari kepulangan kami ke Malaysia. Tapi pagi tu, sempatlah kami pergi bergambar di menara jam di Universiti Kaherah Mesir. Kata kakak saya, tak lengkap kalau pergi uni dia kalau tak ambil gambar dekat menara tu. Jadi, pergi la kami.



Sungai Nil.
Sungai Nil dan Mesir tu jodoh.
Kalau takde Sg. Nil, takde la tamadun Mesir Purba. :)

Hati berat nak tinggalkan Mesir. Rasa tak cukup lagi kembara Ini Sejarah Kita Mesir. harap-harapnya dapat datang lagi Mesir. One fine day. Dan pergi ke tempat-tempat yang tak saya lawati lagi.



22/02/2014,Sabtu: Selamat pagi Malaysia!

Orang kata hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi hujan batu juga yang kita suka.  Lega dapat sedut udara Malaysia. Hehe.. 

Pulang dengan pelbagai rasa untuk teruskan perjuangan.  Walaubagaimanapun, perjuangan tetap perjuangan.

Sekian saja catatan KISK kami. Kalau nak dibandingkan catatan ini dengan pengalaman yang kami dapat kat sana, memang banyak la. 
Syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat ini. 
Dan sungguh, kenapa kita nak nampak ujian yang kecil tu besar padahal ada je rezeki Allah yang lain yang boleh kita perbesarkan lagi. 

Akhir kata, usia muda sanggupkah kita nak sia-siakannya?

Makanya, berjalan dan bermusafirlah.
Tapi, musafir atau berjalan tu bukan terhad ke luar negara saja. Kita keluar ke tempat yang kita tak pernah pergi itu pun dikira berjalan.

Moga dalam derap langkah kita, Allah pimpin langkah itu ke jalan yang lurus.
Moga sentiasa dalam redhaNya.


Wassalam.

Tuesday, 12 August 2014

My Diary: Kembara Ini Sejarah Kita; Mesir Part 1


Pengalaman dicari, sejarah diterokai.

Alhamdulillah...
Kaki akhirnya berjaya juga dijejakkan ke Mesir. Mesir bumi ‘ini sejarah kita’. Tempat bersejarah bagi umat Islam. Di dalamnya penuh sejarah. Semakin kita terokainya, semakin banyak pengalaman yang kita dapat.

Sungguh, dalam debarnya tetap ada gembira. Peluang yang kita dapat, jangan sesekali pernah disia-siakan. Peluang mengembara ke negara orang.

Makanya, here we come, Mesir!!!


16/02/2014,Ahad : Pengembaraan bermula

Pagi-pagi berkejar ke KLIA. Oleh kerana bakal ke luar negara, kena la check in awal daripada biasa, 3jam awal. Flight pukul 9.45, pukul 6.45 pagi dah kena ada dekat airport.

Makanya, jadi la saya, dua adik saya, dan parents saya duduk di airport sementara menunggu waktu berlepas.


Sebelum ni kalau lalu airport Terengganu, bibir tanpa sedar mengukir senyuman. Ya, sungguh la excited dan hari ini, mimpi bagaikan menjadi nyata. Cita-cita akhirnya tercapai jua.



Flight kali ni dari Kuala Lumpur ----> Doha ----> Kaherah, Mesir.

Hanya short transit di Doha. Jadi, tak sempat la nak kenal-kenal dengan Doha ni. Cuma hati kagum melihat Doha dari ruang udara. Cantik.



Sampai saja di Mesir dan keluar dari airportnya, badan seakan-akan menggigil. Sejuk.  My sis kata cuaca kat Mesir biasa-biasa saja.   Tapi mungkin bukan bagi kami.


17/02/2014,Isnin : Sejarah untuk diingati

Antara destinasi kami hari ini ialah

1) Kubu Salahuddin al Ayyubi
Kalau nak diikutkan, kubu Salahuddin ada 3 di Mesir dan ini adalah salah satu daripadanya.
Siapa itu Salahuddin al Ayyubi? seorang tokoh yang pernah membebaskan Palestin.


Di dalam kubu ni juga ada muzium pertahanan dan masjid Sultan Ali.











2) Husin
Husin ni adalah salah satu tempat untuk shopping. Macam-macam ada dijual di sini.
Satu tips nak membeli belah kat sini ialah kena pandai tawar menawar dan kena pandai ‘berlakon’ sikit. Barulah dapat harga murah.



Ramai orang Malaysia yang suka shopping kat sini. Makanya, ada je penjual yang pandai cakap Melayu. ‘Harga murah’, ‘Harga runtuh’, dan banyak lagi.

Ni lif dekat rumah sewa kakak saya. Antik tak?

18/02/2014,Selasa: Iskandariah @ Alexenderia

Hari ini, KISK diteruskan ke Iskandariah. Iskandariah ni dari Kaherah memakan masa kira-kira 3 jam kalau dengan menaiki kereta.

Kami ke sana dengan menaiki kereta yang telah ditempah oleh kakak saya.  Pakej yang diambil sekali dengan tourist guidenya atau yang kami panggil ustaz.  Senang ada tukang bawa kereta dan tukang cerita.


Tengok ustaz tanya jalan.
Ustaz tu yang belah kiri. 
Antara tempat-tempat yang kami lawati termasuklah:

1) Qal’ah Qaitbay
Kubu pertahanan.
Kata ustaz, dulu-dulu orang Romawi menjajah Mesir melalui laut. Sebab itulah kubu ini dibina. Memang kubu ini berdekatan dengan laut dan bayu lautnya jelas terasa. Badan terketar-ketar la juga walaupun matahari tinggi di atas kepala.





Sungguh saya kagum melihat senibinanya. Bayangkan senibina beribu-ribu tahun lamanya itu masih kukuh sehingga sekarang. Dan hati berkata, ‘patutlah orang Islam dulu hebat...’.

2) Masjid dan makam Mursi
Mursi ni adalah murid kanan kepada pengasas tarekat Sazali.



3) Perpustakaan Iskandariah
Perpustakaan ini adalah perpustakaan ke-2 tertua di dunia. Melihatkan senibina luarannya sudah cukup cantik dan kat dalamnya tak tau la.


4) Taman Awam Montazah
Pada zaman dulu, taman ini adalah tempat tinggal raja. Oleh itu, taman ini adalah taman peribadi pada suatu ketika dulu yang kini telah dibuka untuk orang awam. Kawasannya dekat dengan Laut Mediteranean.


Istana di dalam Montazah


Bersambung

Credit picture: Adik-adik dan kakak saya :)

p/c: Baru sempat update pasal KISK ni. Asyik tertangguh je. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....