Thursday 18 October 2012

Keputusan



"Ya Allah,jadikan keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik untuk aku.. Ameen." Perlahan dia meraup mukanya. Mata yang berkaca disapunya perlahan. Lantas dia bangkit daripada duduknya di tikar sembahyang. 

Duduk sendirian, fikirannya menerawang entah ke mana. Mungkin sudah menyeberangi Laut Cina Selatan. Jauh.... 

“Akak tak kira. Malam ni Am kena ikut juga kitorang pergi dewan. Kita main badminton.”
Senior dihadapannya dipandang. “Ha? Malam ni tak boleh la kak.”
“Kena jugak. Ahhh.. Tak kira..”
“Takpe kak. Saya empat tahun dekat sini.” Dia memberi harapan.  
“Empat tahun ya…..” Senior itu sudah pun tersenyum.

****

“Am,jom kita keluar.”
“Pergi mana?”
“Sim Sim. Seafood kat situ best. “
“Pergi dengan apa?”
“Keretalah. Cukup lima orang..”
Aku sorang je ke junior. Dah lah baru je kenal dengan senior ni. “Hmmm…Saya sorang je ker? Orang lain? Junior bilik akak tu.” Akhirnya terluah juga soalan yang membelenggu fikirannaya..
“Ha? Errmmm…”  Tengok pada jawapan seniornya itu, dia pun tersenyum. Mengangguk faham.

****

“Timbalan dekan kata rumah kita bersepahlah.”
“Serius?”
“Betul..”
“Jom la kita kemas rumah kita..” 
……..

“Sekarang kita dah kemas rumah kita. Takde pulak orang nak datang.”“Mananya dekan ni. Datang la rumah kitorang.” Dia seakan memanggil-manggil
dekan untuk datang melawat. Teh di dalam mug dihirupnya perlahan. Tiba-tiba dia bagaikan ingin tersedak..
“Kak... Dekan kak.” Dia memandang figura dekan yang berlalu melepasi tingkap rumah mereka.  Tika itu, riak senior di hadapan usahlah nak diceritakan. 
Tuk! Tuk! Tuk!

****

“ Tengok tempat tu..Nanti kita nak lawat masa mid-sem..Melancong...” Dia memberi arahan PENTING kepada temannya. Gusar andai peluang yang ada tidak digunakan sebaik-baiknya.
“Okke..” Senyum.

****
“Malam ni kat tempat biasa eh...” sahabatnya memberitahu tempat untuk ‘date’
mereka malam tu.
“Kita bertiga je. Ker?”
“Yup..”
“Owhh...” Hampa.
“Takpe la. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak meriahkan surau tu.”

****

“Am kacau air lawan arah jam ea?”
“Hmm. Kenapa?”
“Tak la. Baguslah. Mak saya pun cakap tu bagus. Ikut arah orang tawaf.”
“Hmmm..” dia mengangguk perlahan. dia akui, banyak ilmu yang dia dapat sepanjang berkenalan dengan sahabat-sahabat di hadapannya itu. Banyak sangat.


'Aku bina kenangan bersama mereka selama tiga minggu. Dan aku harap,tiga minggu yang mendatang, aku dapat lupakan mereka.' Perlahan hatinya berbisik.

Sebenarnya,bukan saja-saja dia nak lupakan mereka, tapi kenangan tu cukup sayu untuk diingatkan kembali.

“Wahida,nanti kalau ada buat permohonan kat mana ke, atau nak pindah u ker, cakap awal-awal. Boleh akak sedia dahulu. Taklah terkejut sangat.” Satu persatu perkataan masuk ke dalam fikirannya. Perit.

“Takde la orang nak pergi lawat malam-malam sebelum tidur.”
“Sedihnya. Nanti tinggal kita berdua je la.. Huhu"

“Akak dah penat berjuang sorang-sorang. Bila korang datang, akak rasa semangat sikit. Sekarang ni...”

“Pergilah. Rezeki tu.Ada hikmahnya.”

“Takpe. Fb kan ada....”


Dia akui,kenangan bersama mereka takkan dia mampu lupakan. Kenangan tu akan tetap melekat dalam hatinya. 

Dan bila diingatkan kembali,menyesalkah dia meninggalkan semua itu?
Dalam dia mengejar cita-cita, dia terlupa untuk mengejar erti hidup..
Menyesalkah dia? Amni tiada jawapan.       


Tapi, perlukan dia menyesal sekarang? Setelah keputusan itu dipilih. Setelah banyak dikorbankan untuk semua itu?
Perlukah dia?

to be continued....

2 comments:

nunaaz said...

having the same feeling but difference situation.. T__T
" dont worry, kat mana je tempat kita berada, itu la tempat yang terbaik untuk kita.."

nunaaz said...

*different situation* ..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....