“Esok
ada test?? Harap-harap madam lupa nak buat soalan...”
Kalau esok ada exam,pastinya dia akan
berharap yang exam tu ditunda.
Kenapa? Kerana dia rasa yang dia still tak
habis belajar lagi. Rasa tak bersedia sangat.
Tapi perlu ke setiap kali esok ada test,
dia berharap perkara yang sama..?
Ya. Hidup ini, kita kena sentiasa pandang
ke hadapan.
Terima dan hadapi kenyataan tu.
Sedarlah
wahai diri yang masih berada di takuk lama.
Takut macam mana pun. Tak bersedia macam
mana pun diri itu..
Lambat laun kita akan laluinya jugak.
Jadi, berhentilah daripada melarikan diri..
Jadilah orang yang super berani untuk
hadapi hari yang mendatang.
“Tapi saya tak bersedia lagi...”
Huh... Dah kalau tahu diri masih belum
bersedia, bersedia la mulai sekarang.
Walau pun lambat. Walaupun tempoh hanya
ada 5 saat.
Usaha hingga akhir waktu.
Dan bukan usaha di akhir waktu.
Ya, Allah tengok usaha kita...
Dan janganlah kamu iri hati dengan kurnia
yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain.
Kerana bagi lelaki ada bahagian apa yang mereka usaha. Dan perempuan pun, ada
bahagian apa yang mereka usahakan. Mohonlah dari Allah sebahagian dari
kurniaNYA. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
An Nisa’ : 32
“Dia
bijak la.Dia baca sekali dah ingat.”
“Aku
baca 10 kali pun belum tentu ingat..”
Setiap orang memang berbeza caranya.
Namun, itu bukanlah penghalangnya.
Kerana,kadangkala kelemahan itu boleh
bertukar menjadi kelebihan.
Dan kelebihan itu boleh bertukar menjadi
kelemahan.
Yang pasti...
Apa yang kita usaha, itu yang Allah bagi.
Kerana bagi lelaki ada bahagian apa yang mereka usaha. Dan perempuan pun,
ada bahagian apa yang mereka usahakan.
Oleh itu.....
FIGHTING!!!!!
![]() |
menjadi bahan ujikaji. walaupun sakit, perjalanan tetap diteruskan.... |
No comments:
Post a Comment