Sunday 4 December 2011

Cita-cita vs cinta…

 Kalau diberi peluang,yang mana satu kita nak pilih?
Cita-cita atau cinta??

ihsan mr google
Dan mungkin ada yang dilemma…
Kalau aku pilih cita-cita,aku mungkin kehilangn cinta…
Tapi kalau pilih cinta,aku mungkin kehilangn cita-cita….
Susahkan kalau macam tu…..

Apakah definisi cinta yang sebenar dalam Islam…?
Cinta adalah perasaan kasih sayang yang menjadi fitrah manusia sesama mereka dengan mengutamakan cinta yang utama iaitu Allah dan RasulNya…

Couple Islam tu boleh ker..Contoh cam tak jumpa pun…Mesej jer…
Tapi soalan yang sebenarnya…Boleh ker kita bercinta…???
Bercinta???Memang lah boleh…Boleh sangat-sangat..Tukan fitrah manusia…
Bercinta,mencintai,dicintai..Hukum dia ada 5…Siap ada hukum lagi ek???
Tulah indahnya Islam….

1-WAJIB :
 Cinta pada Allah dan RasulNya..Nie maknanya kita buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang… Bila kita buat cam tu,maknanya kita sedang bercinta…Maka berbahagialah orang yang bercinta dengan cinta ini……

2-SUNAT :
Cinta pada alim ulama’,ibu bapa... Cinta suami kepada isteri pun sunat.. Tengok sajalah cara Nabi kita tunjukkan sayang Baginda kat isteri..Tengoklah panggilan Nabi kepada isteri…

3- HARAM :
Cinta pada seseorang yang sehinggakan sanggup mengorbankan cinta yang suci... Contohnya cintakan kekasih sehingga buat perkara yang tak sepatutnya…
Dating tu termasuk dalam perkara yang tak sepatutnya ker?
Dating tu harus..Tapi bukan berdua-duaan  kerana ia boleh menjurus ke arah zina...  So,kalau nak pergi dating tu,bawalah ayah sekali ker… Dan berdua-duaan pada zaman sekarang nie,bukan sahaja pergi pantai berdua.. Chatting dalam fb,ym,skype juga dikira  berdua-duaan…

4- HARUS :
Cinta sesame makhluk.. Cintakan haiwan.. Tumbuhan..Lelaki dan lelaki..Perempuan dan perempuan…Yup..Cinta ini harus atas dasar kasih sayang yang suci…

5- MAKRUH :
Cinta syok sendiri… Cinta yang melalaikan kita dari perkara yang lebih penting… Dan jika merasakan cinta itu tidak perlu,adalah sebaiknya untuk gugurkan ia dulu kerana ianya sia-sia.Wasting. Tangguhkan dahulu dan jika dia jodoh kita,Insya Allah…. Percayalah pada jodoh Allah….

Macam mana kalau dah ada pilihan hati..Tapi tak nak berzina..Tunang,kawin atau putus.. Yang mana satu???

juga ihsan mr google

Jikalau ada kemudahan dan keringanan, kawinlah…
Kawinkan sunnah.. Pastinya dapat pahala…
Dan kalau belajar,tak bermakna tak boleh berkahwin… Jangan kita jadikan belajar tu satu halangan… Kawin sebenarnya dapat menghalang kita dari terjerumus ke jalan yang serong…
Sungguh,perasaan itu,kita tak boleh nak halang….

Tunang… Adalah janji untuk berkahwin…
Tapi jodoh tu kuasa Tuhan… Kita hanya mampu berserah….
Kita pegang cinta hakiki dulu,then,cinta yang suci tu akan datang menyusul…

Tapi,jikalau tidak berkemampuan,berpuasalah…
Berpuasa bukan sahaja jaga makan dan minum… Tapi juga jaga mata,telinga, hati dan semuanyalah…

Sungguh….
Perasaan cinta yang membuak-buak itu adalah dari syaitan. Dari nafsu…..
Cinta yang hakiki adalah selepas ‘aku terima nikahnya’….

Betulkah university adalah tempat untuk mencari pasangan….?
Tak keterlaluan andai kata u adalah medan terbaik untuk mencari pasangan…
Kenapa ya???
Kerana sekufu ada di sini…
Umur yang tak jarak jauh sangat,pendidikan yang hampir sama, dan mungkin keturunan yang baik-baik…..
Inilah yang penting dalam satu perhubungan bagi mengelakkan sebarang masalah…
Namun begitu…..

Pesanan Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara,  kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya,  dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.”

Ikutlah pesanan Rasulullah SAW nie…
Harta, keturunan, kecantikan, dan agama….
Insya Allah bahagia…

Kesimpulannya…
Cinta sebelum kawen = Haram
Rasa cinta = Tak berdosa
Menjalinkan rasa cinta yang tak sepatutnya = Haram
Cita-cita @ Cinta ??? = Seiringan…

Dan ingatlah….
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”.

Wallahualam….

2 comments:

fadlin zalnas said...

wahh...bagus la... awk ingt semua la ape yg ustaz n ustazah ckp...
cam record plak..haha

*nti kot2 sy lupa, blh tgk blog awk..hehe

eR said...

fadlin..hehehe..nie pun sbnrnye igtn utk sy jugak..bese la kan....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....