Friday 11 January 2013

Buku


Masih terngiang kata-kata partner saya itu.
“Assignment kita tebal sebab kita nak buat buku ni.”



Ye la. Semua hairan kot tengok assignment kitorang yang lebih 20 page tu. Padahal diorang relax je dengan 2,3 page. Mostly tak lebih 10 page.

Hakikatnya,kami pun bukannya nak buat buku pun macam yang sir tu cadangkan kepada semua student... Cuma maklumat yang kami kumpul banyak tu, tak boleh nak elak la.

Dan yang kami tak sangka, genetic disease yang kami pilih tu, adalah yang juga sir kami tengah buat research. Then...
“Both of you, if wanna publish your assignment, come and see me.”

Gulp... Terkejut kami. Kami  main-main saja. Bukannya serius pun.

“Betul ke kita nak buat ni?”
“Betul ke ? Benda ni bukan senang tau.”

Dan berbekal kan ‘rasa’ itu, kaki tetap melangkah ke bilik sir kami.  Dalam hati berdoa moga-moga ALLAH tunjuk dan berikan apa yang terbaik untuk kami.

Sampai saja, tengok bilik sir gelap. “Betul ke sir ada ni?”
“Gelap je bilik.”
“Maknanya kita kena balik la ni...” Hati sebenarnya dah pun tersenyum. Nak melompat.
“A’ah. Biasanya kalau gelap, takde la tu.”
Dan dengan dan main-mainnya, saya mengetuk pintu dihadapan itu. Yakin 100% peratus yang sir  tiada di dalam.
“Wait. Wait.” Semua terkejut. Rupa-rupanya sir tu ada kat dalam. Kemudian, terdengarlah kunci pintu dibuka dari dalam.

Kami masuk ke dalam bilik tu dengan pelbagai rasa.

Cerita punya cerita, lastly...
“So, are you serious you want do it?”

Seriously, saat tu...
‘Betul ke aku nak buat semua ni?’
‘Cam susah jer. Tak nak lah. Nak keluar lah...’

Saat tu, nak je keluar dari bilik tu. Rasa bagai dah tersilap langkah. Terasa bagai tak terlarat dengan tanggungjawab tu. Dan hati pun ragu-ragu...

Namun, langkah itu sudah mereka dan saya mulakan. Tiada peluang untuk berpaling lagi.
Cuma pengakhiranya bagai sukar untuk kami temui.

Dan mungkin.. Dalam perjalanan itu kami diuji, kami dihadapkan dengan halangan, kami hilang arah....

Tapi, kami akan tetap bertahan dan berjalan tanpa henti.

Kerana tiada yang mudah dalam hidup ini.
Kalau kita nak sesuatu tu, kita yang kena usaha. Bukan dia yang datang sendiri.

“Betul ke kita nak teruskan ni.”
“Kita nak buat apa untuk first chapter?” Pantas sahaja soalannya ditanya dengan soalan...

Dan betullah. Kita hidup ni kena saling melengkapi. Saat kita rasa ragu-ragu, merekalah yang akan hadir memberikan bimbingan. Agar kita tidak kecundang di persimpangan.
Moga-moga kami mampu teruskan dan habiskannya. Doakan kami. =)

3 comments:

UK said...

fighting!
kalau buku tu dah publish, jgn lupa share dengan kami ya! hee.
may Allah ease ur steps. always.
uhibbuki fillah :)

eR said...

huahua... kadang2 rasa xlarat je nk teruskan..tp dh alang2 mulakan,kena la habiskan...
doakan kami...
in sha Allah..
syukran ummi..
uhibbuki fillah aidhan...

UK said...

:) insyaAllah u can do it!
ingat janji Allah..
"La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha.."
:)
fii amanillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....