Sunday 13 January 2013

Random...



Teringat..
On the way nak g exam anatomy, telinga tiba-tiba disapa dengan lagu ni.


Rasulullah dalam mengenangmu 
Kami susuli lembaran sirahmu 

Pahit getir pengorbananmu 
Membawa cahaya kebenaran 
Engkau taburkan pengorbananmu 
Untuk umatmu yang tercinta 
Biar terpaksa tempuh derita 
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya 


Hidangan pagi...
Sedar tak sedar, mata terasa macam masuk habuk. Huhu..

Tak terjangkau tinggi pekertimu 
Tidak tergambar indahnya akhlakmu 
Tidak terbalas segala jasamu 
Sesungguhnya engkau rasul mulia 
Tabahnya hatimu menempuh dugaan 
Mengajar erti kesabaran 
Menjulang panji kemenangan 
Terukir namamu di dalam Al-Quran 

Rasulullah kami umatmu 
Walau tak pernah melihat wajahmu 
Kami cuba mengingatimu 
Dan kami cuba mengamal sunnahmu 

Kami sambung perjuanganmu 
Walau kita tak pernah bersua 
Tapi kami tak pernah kecewa 
Allah dan rasul sebagai pembela

Perjuangan Rasulullah penuh ranjaunya. Penuh onak durinya. 
Baginda diuji mental dan fizikal.
Pengorbanan baginda tak terhitung nilainya.
Kalaulah nak dibandingkan perjuangan Rasulullah dengan perjuangan saya dan kita hari ini, 
terasa jauh bezanya. 
Namun, Rasulullah tak pernah mengeluh. 
Jadi, siapalah kita nak mengeluh lebih-lebih dengan perjuangan kita yang baru sedikit itu...

Dan ayuhlah...
Kita hidupkan kembali Sunnah Nabi kita...
Biar terasa dekat kita dengan Baginda.

Dan...
Usia muda, sanggupkah nak sia-siakannya?
Fighting..



p/s: Selamat hari lahir untuk teman-teman yang birthdaynya 13 n 14 Januari ni. Semoga berjaya mencapai apa yang diimpikan.. Tak kesahlah kat mana anda berada, jangan pernah menyerah. Teruskan melangkah... In Sha Allah, kejayaan dalam genggaman. =)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....