Sunday, 1 May 2011

1 Mei = Kembara Perubatan = Heartbeat.....

Hari nie 1 Mei…Hari apa yer???Hari pekerja kan…Yup…Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja di Malaysia dan di dunia…Kerja baik-baik ea…..

Tiba-tiba aku teringat pulak yang pada 1 Mei 2010,aku ada pergi satu kem…Kem Kembara Perubatan namanya…Unikkan nama kem nie…Seunik orang yang anjurkan dan jayakan kem nie…Yang anjurkan tu adalah students UKM dan yang jayakan faham-faham je laaa…Tentulah students SHAMS dengan bantuan students UKM ….:D


Kat kem nie,aku dan kawan-kawan memang happy r coz kitaorang didedahkan pada bidang perubatan dan pelajar-pelajarnya….Dan kitaorang boleh enjoy…!!!!

So hari nie,1,Mei,genaplah setahun aku kenal fasi-fasinya………Fasi??Yup..Kat kem nie aku dan kawan-kawan dibahagikan kepada group masing-masing dan dalam group tu adanya fasi-fasi yang banyak membantu…

Kumpulan aku diberi nama HEARTBEAT….Nielah first time aku dengar nama heartbeat dan terus tersuka kat nama nie…
Heartbeat??Kenapa hearbeat??Dalam banyak-banyak cadangan,heartbeat jugak yang terpilih..Nama heartbeat nie sebenarnya dicadangkan oleh seorang ahli group aku  yang 
masa tu tengah fanatic giler kat lagu heartbeat nyanyian 2p.m. tu...So,kitaorang pilih aje….


Heaartbeaat…Beat for you…..Ohhhhhhhhhhhh…Heartbeat…….

Nielah cheers kitorang….Kitorang sama-same fikir dengan bantuan fasi kitaorang…Memang semangat r kitaorang laungkan statement nie…..

Balik pada kem nie pulak………
Teringat  kat forum yang diadakan..

“Realiti pelajar perubatan….Memang no life..Tapi nak jadi ulat buku tu,itu semua pilihan kita..dan keluarga mesti diutamakan……..”

Teringat kat LDK…Memang seronok r..Kitaorang,satu group,heartbeat, diwajibkan reka hospital sendiri dengan  carta organisasinya + kemudahan hospital tu…..Dengan tunjuk ajar para fasi..Masa nielah kitaorang kenal ENT,O&G dll…..


Dan akhirnya ‘wujud’lah Hospital Darul Syifa’…Pengarahnya tentulah ketua group dan konco-konconya yang terdiri daripada 2orang students fom5 dan beberapa orang students fom4..Aku memegang jawatan sebagai pakar O & G…

Masih lagi aku teringat soalan juri tu ketika present pasal hospital nie supaya dapat diluluskan oleh kerajaan…..:D

”O & G tu,ape nama panjang dia ea???”
“Obs and Gyne??”
“Hahaaaa…tu singkatannya…Nak yang panjang punyer…..”
…the rest is history…..

Masa kat akhir pertandingan tu,group aku seri, dengan satu kumpulan lagi…So,adalah satu soalan penentuan….

          “Bagitau nama penuh fasi korang……..”

Aku tengok ‘pengarah hospital’…Aku tengok ‘ahli farmasi Darul Syifa’…Diorang semua angkat bahu….Dan akhirnya kitorang kalah coz kumpulan satu lagi tu sempat lagi tanya kat kawan fasi diorang…….So,kitaorang terpaksa r terima kenyataan……Yang kitaorang takley nak laungkan ….

Heaartbeaat…Beat for you….. Ohhhhhhhhhhhh… Heartbeat…….

kat atas stage….

Bila kitaorang citer pasal tu,nie ayat kak fasi kitaorang
          “Terror gak korang ea…..”

Tapi sekarang nie,kakak and abang lagi terror coz korang  bakal mencapai impian korang tak lama lagi…Jeles ea..Apa-apapun,tahniah laa untuk kak Zati dan abang Aliff…Nanti bila dah kerja nanti,kerja baik-baik ea…hehe…..Ada jodoh,kita jumpa lagi….:D


Dan aku….???Kamu …???Mungkinkah impian itu menjadi kenyataan?????Tepuk dada,tanya iman….All da best semua!!!!!

Tuesday, 26 April 2011

Masa oh masa...

Pernah tak ada banyak perkara nak buat..???Nak study tu,study nie..Bace novel..Update blog..Tengok movie..Dan banyak lagi laa..
Tapi semuanya tak menjadi..

"Aku rasa yang aku tak cukup masa.."
24 jam sehari,7 hari seminggu...Tak cukup lagi????


Teringat kat satu kata-kata:
”Orang gagal sentiasa mengeluh kekurangan masa..”

Fikir punye fikir,pasti ada something wrong somewhere kan…

Yup..!!!

"Aku nak buat benda tu..Tapi aku tak berusaha pun nak realisasikannya.."
Bak kata pepatah ‘hangat-hangat tahi ayam’…..Cakap tak serupa bikin....

Setiap kejayaan memerlukan PENGORBANAN..Nak capai hasrat kita,kenalah sanggup berkorban.

Korban masa,wang,tenaga..

Korban masa……tu yang utama…

Kalau duduk lenggang kangkung..camnelah nak capai hasrat tu kan????
Kalau tidur  aje kerjanya..camnelah semua perkara tu nak berlaku…Kan..Kan???

So..janganlah buang masa…
Bangkitlah dari tidur dan gunalah masa tu sebaik-baiknya…Masa bukanlah untuk disia-siakan…..

Interview kplspm...

Alhamdulillah…Interview maktab baru jew habis…Lepas nie boleh laa nak concentrate ngecat umah aku..Tapi sebelum tu,izinkan aku kongsi soalan-soalan untuk temuduga maktab….



Yang insak, tak payah aku nak citer r coz aku sangat-sangat yakin yang budak sekolah tadika pun boleh jawab…

Kalau yang interview kumpulan, soalan-soalan yer tak r susoh..Tapi ok r…
Pada pemerhatian & pengalaman anda,apakah factor-faktor berlakunya masalah disiplin???
Bagaimanakah disiplin boleh menyumbang kepada bidang akademik & gerak kerja kokurikulum sekolah??

Haaa…Tibanyer masa temuduga individu….Hati memang tak usah nak kata r…..Rasanya nak tercabut jew segala organ dalaman….Can u hear my heartbeat????

Masuk aje…..”Can u tell me about yourself??’’
Aku yang terpinga-pinga nie trus r “in English??”
“Yup…” Pastu bla…..bla…..

Pastu penemuduga tu tanye laa serba sedikit pasal kokurikulum aku coz nak kasi markah…So,masa nie laa nak bangga yang aku nie ade blackbelt ker..Ade sijil alat muzik ker..Dan banyak lagi r…

“Result awak nie molek..Camne kalau dapat engineer ker..Doktor ker..Farmasi ker….Camne???”Aku senyum jew dengar soalan yer..Tetapkan pendirian r kan

“Siapa pengarah pelajaran negeri Terengganu..???”Jujurnya aku jawab “saya tak tahu..maaf”

“Kenapa minat sangat nak jadi cikgu??” memang soalan familiar r…
Aku jawablah yang aku nak didik anak bangsa supaya dapat membentuk modal insan yang cemerlang….bla…bla…

“Boleh awak terangkan apa modal insan yang cemerlang tu???”

“Bler pelajar cemerlang,guru pun mesti cemerlang kan..So,bayangkan kalau awak guru cemerlang..Apa yang awak lakukan..??”
Bler soalan  bayangkan,memang aku tersangatlah suka coz aku dapat goreng sehabisnya r…

“Kalau dalam kelas tu,ada 5 orang student yang kureng,apa yang awak lakukan??”Ala-ala penyelesaian masalah r kan…So,pandai-pandai r….

"Apa yang awak sanggup korbankan kalau awak jadi cikgu??"Aku jawab masa....

“Kalau awak ngaja kat kelas belakang-belakang,ade student yang tak faham awak ngajar..Apa yang yang awak lakukan???”Soalan cam same jew kan

“Okay,isu semasa…”Dengar jew isu semasa,aku bayang r maybe diorang nak tanye sal MBMMBI ker...NKRA ker..Tsunami ker…

Alih-alih dia tanye ”Awak tengok kat palestin tu…Cuba cerita apa yang yang berlaku kat sana….”Mujur aku tak pengsan jew dengar soalan nie..

Tapi kredit r untuk penulis novel Kemilau Mutiara Raudah,dan Tautan Hati coz sebab novel-novel nie aku dapat jawab soalan nie…Aku kelentong banyak r…Siap cakap lagi yang “ dalam Quran sendiri ada bagitau yang orang Israel takkan berhenti serang umat Islam selagi diorang tak dapat apa yang diorang hajatkan….”bagi sesiapa yang dah pernah baca novel2 tu,memang diorang akan tahu r jawapan aku selebihnya….Hehehe….

“Okay awak ustazah…Kalau kat palestin,ada seorang pemuda yang biarkan dia diletupkan oleh orang Israel..Apa pandangan awak..???”Soalan yang sukar…

“Kalau awak kerja,tak dapat gaji…Camne??”

“Kalau dihantar kat Sabah atau Sarawak,awak pergi tak??”

Sampai tu aje soalan diorang…Akhirnya tamatlah juga sesi yang mendebarkan…Akhirnya tibalah saat yang dinantikan….Rasa nak jerit jew...Hepi sesangat..Tapi kontrol r...hehe...Syukur ke hadrat Ilahi…

Terima kasih untuk semua yang membantu n beri support...Family,sahabat-sahabat dan ramai lagi...

Buat sahabat-sahabat yang akan teruskan perjuangan dalam beberapa hari akan datang,teruskan…Jangan mengalah…Fight…..

Thursday, 21 April 2011

Resume?????

NAME :

ADDRESS:

DATE OF BIRTH:

MOBILE PHONE:

EMAIL:

EDUCATION
1999-2005
Sekolah Kebangsaan ……………….
2006-2010
Sekolah Menengah Kebangsaan……………..

ACHIEVEMENTS
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 5A
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 9A
 Sijil Pelajaran Malaysia 9A….,2B+

CO-CURRICULUM
Participated in Inter-School Taekwondo Competition
Represented the school in netball and ‘kawad’
Co-teasurer in Persatuan Taekwondo GTF SHAMS
Comitee member in Netball Club

CAPABILITIY
Able to communicate in English,Malay, and Arabic.
Can work for long hour.

INTERESTS
Reading
Arts
Photography

REFERENCE
Benz Alif Sulaiman
Ipoh,Perak
017-9333333
Addi Shah
Kuala Terengganu,Terengganu
019-9000000

 p/s: yang nie hanye pendek aje....nk wat panjang cket,dipersilakan.....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....