Tuesday, 21 June 2011

Pertama vs kedua...

Orang tanya kenapa dah lama tak update blog....
Sebenarnya bukan malas nak update blog....
Bukan takde idea nak menaip...


Tapi ada banyak perkara yang nak kena buat...
So,kita buatlah benda yang pertama penting dulu,sebelum kita buat benda yang kedua penting..

Cam solat kita lah...Kita mestilah buat solat fardhu dulu sebelum solat sunat....
Bila kita buat yang pertama,Insya Allah,kita akan dapat buat benda yang kedua....

Cam jugak kita nak kuar pergi jalan-jalan...Kita pakai kasut dulu kan baru kita pergi jalan-jalan...

Kenapa kita mesti lakukan yang utama dulu baru yang kedua????

Tepuk dada tanya iman.......

Wednesday, 8 June 2011

Balik kampung....

 Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba...Hari apa yer??Tentulah hari jumaat...Hari aku balik kampung.....Gembiranya memang tak terkata r....Lepas jer kelas pukul 5 tu,terus pergi solat Asar n terus pergi bus stop TANPA berlengah lagi....Hati rasa TERLAMPAU gembira sampai nak nyanyi lagu.........

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

....walaupun lirik tunggang terbalik...hehe....

Tepat pukul 6.20,aku sampai kat destinasi yang dituju...Hati memang excited r tengok ‘tanah air’ yang dah lama ditinggalkan...

 Alhamdulillah laa sebab selamat sampai ke destinasi yang dituju... Sampai jer kat umah,memang tak sempat nak sambung tido balik r walaupun bantal macam memanggil-manggil jer...
Letih memang la letih..Tapi orang kata kalau kita suka buat benda tu,letih pun jadi tak letih....
Tapi terkejut r tengok perubahan dan pembaharuan yang ada kat umah tu....Cantik sangat...


Pergi umah mak(nenek) tengok Aqil laen jew...Maybe kurus sikit kot...



Pergi r salam tokki...nak bagitau yang kak cik ada balik..tokki cakap
          “kak cik mane????”
Ye laa...kak cik mane ea??Kak cik puncak alam???kak cik sebelah umah???yang mane ea???
Last -last aku cakap
          “kak cik r....” =)
          “Oooo...kak cik...dah amek course nde??
          “Tak tau lagi...” ‘Tapi insya Allah doctor kat kuala lumpur...’

The event is getting started....
What event??????
Tentulah wedding bapa saudara aku....Wedding yosu lah...



Oleh kerana kakitangan kitaorang memang sentiasa sikit dan yang banyak pun still baya-baya upin ipin,aku pun terpaksa laa jadi orang ke 10 yang penting...hehehe..tapi suka r...Dapat belajar buat makanan untuk makan beradab...Ramai orang kata...

“Kak cik kena balajar laa buat semua nie..nanti kak long @ kak ngoh kawen kena laa buat..Takkan pengantin nak buat kowt....”

Aku just senyum jer dengar ayat tu...Memang kenyataan....









Untuk sesiapa yang takde kat majlis tu,nie sebahagian lagi gambar majlis tu...









Alhamdulillah r semuanya dah settle....

Nie pula masa pergi fotoshoot kat pantai...




 Sikit jew....

Tibalah masa kena balik ke u semula....Hati bukan saje berat,tapi  malas jugak nak balik u....Rasa nak stay jer kat ‘tanah air’.....huhuhu...
Tapi hati kena kuat....Dengan malasnya,tangan akhirnya menyimpan barang nak balik ke sana...Dengan beratnya,kaki akhirnya melangkah masuk ke dalam bas......

Akhirnya kembali semula ke u...Kembara mencari ilmu pun bermula....Gambate kudasai!!!! Fighting!!!!!






Sunday, 15 May 2011

Takut hantu????


Al-kisahlah suatu malam tu aku tinggal sorang kat rumah….Dipendekkan cerita,datanglah satu rombongan nie yang nak tumpang sembahyang Maghrib…Ketika diorang masuk tu,adalah seorang mak cik yang cakap…
          “Tak takut ker duk sorang nie?Beraninya….”
Pastu adalah yang menambah
          “Aaahhh…Beraninya…”
Terlintas kat fikiran aku..
‘Ye laa..!!!Betul ker aku nie berani?Bukankah aku nie penakut.. pontianaklah.. poconglah.. toyollah.. dan macam-macamlahh…’
Tapi siapa yang perlu aku takutkan sebenarnya???
Hantu???
Jin???
Perompak???

Perlu ker aku takut kat diorang melebihi takutku padaNya???????

Bukankah Allah saje yang perlu kita takut..??Kalau tak salah aku laa…
Kalau difikirkan balik,semua tu makhluk Tuhan jugak..Lemah dan tak berdaya,kecuali dengan izin Allah…

Bukankah Allah sentiasa  ada menemani kita??Dan aku yakin yang kalau kita rasa yang hidup nie bertemankan Allah,tentu kita akan berani…
Sebenarnya,takut tu especially hantu r,mindset kita jew..Kita dah setkan kat otak kita yang kita nie takut hantu..Pastu mulalah kalau kat tempat gelap tu,takut tak bertempat…Padahal hantu tu takde pun sebenarnya…..So,cepat-cepat laa ubah mindset kita…

‘Tapi camne ea kalau terserempak dengan hantu???Dia nak cekik kita…Kalau dengan perompak????’

Kalau terjumpa dengan diaorang,tawakallah kepada Allah….Tapi sebelum tawakal tu,kenalah usaha dahulu….Contohnya kalau jumpa perompak tu,buka r bunga silat,even tak pernah belajar pun…Tak pun lari r laju-laju….Nie just cadangan jer,nak buat,buat laa….


Teringat kat ayat seribu dinar…

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akn membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya...Dan barangsiapa yang bertawakal kepada kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya….Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu……
Surah At-Talaq ayat 2-3

So,lepas nie,janganlah takut lagi…Jadilah seorang yang berani………




Sunday, 1 May 2011

1 Mei = Kembara Perubatan = Heartbeat.....

Hari nie 1 Mei…Hari apa yer???Hari pekerja kan…Yup…Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja di Malaysia dan di dunia…Kerja baik-baik ea…..

Tiba-tiba aku teringat pulak yang pada 1 Mei 2010,aku ada pergi satu kem…Kem Kembara Perubatan namanya…Unikkan nama kem nie…Seunik orang yang anjurkan dan jayakan kem nie…Yang anjurkan tu adalah students UKM dan yang jayakan faham-faham je laaa…Tentulah students SHAMS dengan bantuan students UKM ….:D


Kat kem nie,aku dan kawan-kawan memang happy r coz kitaorang didedahkan pada bidang perubatan dan pelajar-pelajarnya….Dan kitaorang boleh enjoy…!!!!

So hari nie,1,Mei,genaplah setahun aku kenal fasi-fasinya………Fasi??Yup..Kat kem nie aku dan kawan-kawan dibahagikan kepada group masing-masing dan dalam group tu adanya fasi-fasi yang banyak membantu…

Kumpulan aku diberi nama HEARTBEAT….Nielah first time aku dengar nama heartbeat dan terus tersuka kat nama nie…
Heartbeat??Kenapa hearbeat??Dalam banyak-banyak cadangan,heartbeat jugak yang terpilih..Nama heartbeat nie sebenarnya dicadangkan oleh seorang ahli group aku  yang 
masa tu tengah fanatic giler kat lagu heartbeat nyanyian 2p.m. tu...So,kitaorang pilih aje….


Heaartbeaat…Beat for you…..Ohhhhhhhhhhhh…Heartbeat…….

Nielah cheers kitorang….Kitorang sama-same fikir dengan bantuan fasi kitaorang…Memang semangat r kitaorang laungkan statement nie…..

Balik pada kem nie pulak………
Teringat  kat forum yang diadakan..

“Realiti pelajar perubatan….Memang no life..Tapi nak jadi ulat buku tu,itu semua pilihan kita..dan keluarga mesti diutamakan……..”

Teringat kat LDK…Memang seronok r..Kitaorang,satu group,heartbeat, diwajibkan reka hospital sendiri dengan  carta organisasinya + kemudahan hospital tu…..Dengan tunjuk ajar para fasi..Masa nielah kitaorang kenal ENT,O&G dll…..


Dan akhirnya ‘wujud’lah Hospital Darul Syifa’…Pengarahnya tentulah ketua group dan konco-konconya yang terdiri daripada 2orang students fom5 dan beberapa orang students fom4..Aku memegang jawatan sebagai pakar O & G…

Masih lagi aku teringat soalan juri tu ketika present pasal hospital nie supaya dapat diluluskan oleh kerajaan…..:D

”O & G tu,ape nama panjang dia ea???”
“Obs and Gyne??”
“Hahaaaa…tu singkatannya…Nak yang panjang punyer…..”
…the rest is history…..

Masa kat akhir pertandingan tu,group aku seri, dengan satu kumpulan lagi…So,adalah satu soalan penentuan….

          “Bagitau nama penuh fasi korang……..”

Aku tengok ‘pengarah hospital’…Aku tengok ‘ahli farmasi Darul Syifa’…Diorang semua angkat bahu….Dan akhirnya kitorang kalah coz kumpulan satu lagi tu sempat lagi tanya kat kawan fasi diorang…….So,kitaorang terpaksa r terima kenyataan……Yang kitaorang takley nak laungkan ….

Heaartbeaat…Beat for you….. Ohhhhhhhhhhhh… Heartbeat…….

kat atas stage….

Bila kitaorang citer pasal tu,nie ayat kak fasi kitaorang
          “Terror gak korang ea…..”

Tapi sekarang nie,kakak and abang lagi terror coz korang  bakal mencapai impian korang tak lama lagi…Jeles ea..Apa-apapun,tahniah laa untuk kak Zati dan abang Aliff…Nanti bila dah kerja nanti,kerja baik-baik ea…hehe…..Ada jodoh,kita jumpa lagi….:D


Dan aku….???Kamu …???Mungkinkah impian itu menjadi kenyataan?????Tepuk dada,tanya iman….All da best semua!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....