Jangan direnung pahitnya usaha.Tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan…
Ya.Allah tengok usaha kita, bukannya hasilnya…
Kita dah usaha semampunya..
Tapi kan…
“Aku dah usaha..Dua malam aku tak tidur…Tapi kenapa aku still tak boleh jawab..
Atau lebih tepat lagi,result aku hancur…?? “
Yup..Kadang-kadang kita dah usaha sedayanya..
Tapi keputusan yang kita dapat masih teruk…
Ketahuilah sememangnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya…
Dalam hidup ini,semua orang akan berjaya..
Cuma lambat atau cepatnya…
“Tapi aku dah usaha…”
Mungkin kita masih tak layak untuk menerima kejayaan tu…
Masih banyak yang kita perlu perbaiki…
Oleh itu,hadapilah dugaan ini dengan penuh tali kesabaran…
“Cakap senanglah kan..Tapi aku yang rasa..”
Dalam Quran ada sebut…
‘Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersabar….’
Al Nahl : 96
Bila melihat sirah Rasulullah…
Rasulullah pernah berhijrah ke Thaif untuk menyebarkan dakwah baginda..
Tapi apa yang baginda dapat daripada orang Thaif???
Baginda dibaling dengan batu sehingga luka kaki baginda..
Kaki baginda penuh dengan darah..
Sampaikan selipar baginda boleh melekat kat kaki baginda..
Begitu banyaknya darah kan…
Tapi baginda still tak putus asa dan terus bersabar…
Dan cuba teka bila Islam tersebar luas kat Thaif…?
Tengoklah,baginda pun tak pernah berputus asa dengan rahmatNya..
Jadi,siapalah kita nak dibandingkan dengan baginda
yang nak putus asa dengan rahmatNya yang tak terhitung tu…….
Mungkin air mata itu pernah mengalir..
Tapi sedarilah bahawa air mata itu bukan air mata lemah..
Namun air mata harapan yang akan manampung semangat kita
untuk tetap bertahan dalam iman..
Dan harapan kepada Allah bukanlah harapan mainan,
Tapi harapan kepada Dia yang tak tidur,
Yang selalu mendengar doa kita…..
Dan fighting….:)