Monday, 28 November 2011

Seminggu yang takkan berulang...

Seminggu sudah berlalu…
Seminggu yang sia-sia…
Seminggu yang saya rasakan macam saya masih dalam cuti…
Seminggu yang telah saya bazirkan…

Saya terleka seketika…
Terlalai….

Saya terlebih bermuka buku..
Saya terlayan korea….
Sungguh saya tak mampu untuk melawan semua tu…
Saya hanyalah manusia biasa….

Saya terlupa yang….
Saya sudah masuk semester baru…
Juga tahun baru….

Saya terlupa yang saya bukanlah seorang yang genius…
Yang kalau tak belajar pun masih mampu untuk score…
Saya terlupa mampukah saya menggapai impian
 andai saya masih bergoyang kaki…

Mungkin lepas ni….
Tiada lagi cerita korea…
Jarang sekali  muka buku…
Jarang sekali update post…
Saya akan simpan lappy ini diam-diam….
Biarkan ia berehat…

Yang hanyalah mujahadah..
Yang ada hanyalah jihad….
Dan saya harap dalam tempoh itu,
Saya cukup kuat untuk melawan semua itu…
Saya cukup sabar…
Cukup tabah…

Sungguh…
Kejayaan itu takkan datang bergolek…
Saya yang kena mencarinya….
Saya yang kena berusaha untuk mengecapinya….
Insya Allah….
~Fighting~


Origami bakul...

Kelmarin,seorang kawan tanya camne nak buat origami bakul…
Mungkin kebosanan yang melanda dirinya….

Dan sungguh,origami yang dah lama tak buat tu,ingat-ingat lupa jer camne nak buat….
Check kat mr google,yang jumpa hanya lah origami yang susah-susah….

Dan malamnya dapat skype dengan orang jauh…
Dialah yang ajarkan macam mana nak buat bakul yang paling simple….

First,buat kapal….
Kapal pun tak tahu ker….???

Lipat dua.

Then camni..

Buat camni…




Buka...Siap kapal…

Lepas tu
Buka bahagian dalam.


Lipat camni…
Dua belah...

Then camni...Untuk dua belah juga...

Buka....

Dan akhirnya jadilah bakul yang simple…





Siap untuk temanku,Hannan Syazwani…J

Sekalung ucapan terima kasih untuk Wani dan roommate dia atas tunjuk ajar ini…J

Saturday, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433.....

Salam Maal Hijrah 1433 untuk semua…

Tahun yang lepas tidak akan berulang lagi…
Dan jika diizinkn Allah, kita akan menyambung sisa hidup kita di tahun 1433 hijrah...

Bagaimana agaknya perjalanan kita dalam mengakhiri sisa usia yang Allah berikan?

Kita hanya punya 3 pilihan
menjadi HAMBA ALLAH yg berada dlm KEUNTUNGAN (lebih baik dari semalam)
menjadi HAMBA ALLAH yg dalam KERUGIAN (sama spt smlm) atau
menjadi HAMBA ALLAH yg CELAKA (Na'uzubillah)...(lebih buruk dari semalam)

Sempena tahun baru nie,marilah kita tanamkan azam baru…
Supaya esok lebih baik dari semalam.

Dan moga ada satu penghijrahan yang besar dalam dan kepada diri kita, dan keluarga kita pada tahun baru 1433 Hijrah ini…

Dan moga kita sama-sama sentiasa beroleh keberkatan dalam hidup dan rezeki, rahmat, keredhaan dan hidayah Allah selalu hendaknya...

InsyaAllah….

Salam Maal Hijrah 1433


Wednesday, 23 November 2011

Sepinggan dosa,berulam pahala…


Sekali lagi membuka lembaran lama dan terjumpa kolum ustaz hasrizal… Topik yang sungguh menarik… Sepinggan dosa,berulam pahala…

Kisahnya mengenai seorang wanita yang bertudung labuh yang bolehlah digelar muslimah….. Dirinya begitu mengasihani teman lelakinya sampai sanggup menghantar SMS pada pukul 4 pagi agar teman lelakinya bangun bertahajjud… Sungguhlah caring….


Memetik kalam ustaz hasrizal,

Semakin ramai siswa dan siswi serta muda-mudi hari ini berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka bersms hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik.Namun,hakikatnya yang teransang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal,tetapi gelodak nafsu dan tipuan yang licik daripada syaitan…

Yup..betullah kata ustaz tu…Ramai yang sekarang suka buat hukum sendiri… Dan sungguh..Itu semua kerana nafsu semata-mata….Bukan keranaNya….
Dan mata terus membaca…

Jika saudari benar-benar mahu bertaubat,taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan  dengan hijrah.

Rumahtangga yang dibina di atas tapak maksiat kelak akan dihukum oleh Allah dengan krisis yang tak kunjung padam..

Bukan mata sahaja yang terbuka,hati juga mestilah turut terbuka…

….mudah-mudahan terhindar dengan taubat  bersama yang benar-benar tulen atau saling berhijrahlah dengan berpisah dan meninggalkan satu sama lain,sejauh mungkin serta tidak mengadakan lagi apa-apa hubungan walaupun dengan SMS.Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dariNya.

Tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Dan terkesan lagi…..

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam ,tetapi  pada kekuatan menghalang diri  dari saling  mengotorkan pasangan dengan maksiat.

Kerana orang yang sanggup bersama-sama berkongsi maksiat dan dosa dengan  saudari tanpa mengajak bersama-sama ke pangkal jalan kebenaran dan menjaga maruah bukanlah jenis orang yang dianggap ‘BAIK’..

Maaf andai bahasanya pahit,tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya..

Berulang-ulang kali membaca ayat ini….

Peratus besar perubahan berada dalam diri sendiri,nasihat ustaz tidak memberi erti andainya saudari tidak mahu ikuti dengan kesedaran untuk bertaubat dan membaiki diri.

Yup..Bertaubat dan berhijrahlah….Masih belum terlambat..Selagi kita belum mati..

~Struggle for the Garden....
~Fighting..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....