Wednesday 23 November 2011

Sepinggan dosa,berulam pahala…


Sekali lagi membuka lembaran lama dan terjumpa kolum ustaz hasrizal… Topik yang sungguh menarik… Sepinggan dosa,berulam pahala…

Kisahnya mengenai seorang wanita yang bertudung labuh yang bolehlah digelar muslimah….. Dirinya begitu mengasihani teman lelakinya sampai sanggup menghantar SMS pada pukul 4 pagi agar teman lelakinya bangun bertahajjud… Sungguhlah caring….


Memetik kalam ustaz hasrizal,

Semakin ramai siswa dan siswi serta muda-mudi hari ini berani membuat hukum sendiri bahawa kononnya cinta mereka adalah suci kerana mereka bersms hal-hal iman dan amal serta nasihat-nasihat yang baik.Namun,hakikatnya yang teransang bukanlah keinginan untuk beribadah dan beramal,tetapi gelodak nafsu dan tipuan yang licik daripada syaitan…

Yup..betullah kata ustaz tu…Ramai yang sekarang suka buat hukum sendiri… Dan sungguh..Itu semua kerana nafsu semata-mata….Bukan keranaNya….
Dan mata terus membaca…

Jika saudari benar-benar mahu bertaubat,taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan  dengan hijrah.

Rumahtangga yang dibina di atas tapak maksiat kelak akan dihukum oleh Allah dengan krisis yang tak kunjung padam..

Bukan mata sahaja yang terbuka,hati juga mestilah turut terbuka…

….mudah-mudahan terhindar dengan taubat  bersama yang benar-benar tulen atau saling berhijrahlah dengan berpisah dan meninggalkan satu sama lain,sejauh mungkin serta tidak mengadakan lagi apa-apa hubungan walaupun dengan SMS.Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dariNya.

Tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Dan terkesan lagi…..

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam ,tetapi  pada kekuatan menghalang diri  dari saling  mengotorkan pasangan dengan maksiat.

Kerana orang yang sanggup bersama-sama berkongsi maksiat dan dosa dengan  saudari tanpa mengajak bersama-sama ke pangkal jalan kebenaran dan menjaga maruah bukanlah jenis orang yang dianggap ‘BAIK’..

Maaf andai bahasanya pahit,tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya..

Berulang-ulang kali membaca ayat ini….

Peratus besar perubahan berada dalam diri sendiri,nasihat ustaz tidak memberi erti andainya saudari tidak mahu ikuti dengan kesedaran untuk bertaubat dan membaiki diri.

Yup..Bertaubat dan berhijrahlah….Masih belum terlambat..Selagi kita belum mati..

~Struggle for the Garden....
~Fighting..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....