Wednesday 9 November 2011

Luqman Al-Hakim??? Siapa sebenarnya Luqman nie.

Luqman Al-Hakim??? Siapa sebenarnya Luqman nie.

Luqman Al-Hakim ialah  seorang yang soleh.
Allah telah memberikan beberapa hikmat dan faslul kitab kepadanya.Faslul kitab ialah cakap yang membezakan perkara yang betul dan yang tidak betul atau yang batil.

Allah juga telah memuliakan Luqman dengan ma’rifat ,ilmu, penilaian yang benar dan sahih belaka.Inilah pemberian Allah yang paling mulia kepada umat manusia.

Wasiat-wasiat Luqman juga penting untuk kita renung dan memikirkannya kerana ia adalah satu nasihat yang berharga.Ianya merupakan wasiat ahli hikamat yang luas pengalamannya,luas pengetahuannya,wara’,taqwa dan cerdik pandai.


Suatu hari,seorang lelaki telah datang kepada Luqman Al-Hakim.Dia datang untuk belajar dan bertanyakan sesuatu kepada Luqman Al-Hakim.

Lelaki : Maaf tuan,adakah tuan yang bernama Luqman?

Luqman : Ya, saya Luqman.

Lelaki : Adakah tuan penggembala kambing?

Luqman : Ya,betul.

Lelaki : Mengapa tuan orang hitam?

Luqman : Adapun kehitamanku ini hanyalah zahirnya sahaja.Adakah sesuatu yang menarik perhatian kamu tentang diriku?

Lelaki : Ramai benar manusia duduk bersama tuan,senangnya mereka keluar masuk rumah tuan dan mereka berasa senang dan reda mendengar ucapan-ucapan tuan.

Luqman : Wahai anak saudaraku,jika engkau mahu mendengar dan melaksanakan apa yang aku katakan kepadamu,engkau juga akan menjadi seperti mereka.

Kemudian Luqman Al-Hakim berkata lagi :
Aku menundukkan pandanganku,aku memelihara lidahku,aku menjaga makananku,aku memelihara kemaluanku,aku bercakap hanya yang benar belaka,aku memenuhi janjiku,aku memuliakan tetamuku,aku mengambil berat tentang jiranku,aku meninggalkan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dan tidak penting bagiku.Itulah yang telah menjadikan aku seperti yang engkau lihat.

Begitulah Luqman Al-Hakim menerangkan kepada orang yang bertanya berkenaan dengan dirinya yang dianggap mulia oleh orang yang mengenalinya.

Oleh itu,tidak syak bahawa Luqman  juga adalah orang yang mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Cukuplah untuk dibuktikan kemuliaanya dengan dirakamkan nama dan wasiat-wasiatnya di dalam Al-Quran oleh Allah S.W.T.

Rujukan :
Himpunan Wasiat-Wasiat Luqman Al-Hakim untuk Anak-anak oleh Fathullah Al-Hafnawi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>Tentangku...

bumi Tuhan
Hanyalah manusia biasa yang tak pandai berbicara..Yang tak pandai menyampaikan kata..Menulis bukan untuk suka-suka.Menulis kerana cita...Menulis kerana ada sesuatu untuk dibicara..Menulis untuk melafazkan kata... Moga-moga sentiasa kuat hadapi segala rintangan.....